Gred Markah Peperiksaan (UPSR, PT3, SPM, STAM, STPM)

Sistem Gred Pemarkahan Peperiksaan Awam (UPSR, PT3, SPM, STAM, STPM). Apakah gred markah peperiksaan yang anda dapat dalam keputusan peperiksaan anda? Berikut dikongsikan julat markah untuk peperiksaan dan ujian bagi Penetapan Gred Markah bagi sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia.

Mulai tahun 2016, terdapat perubahan dalam sistem gred pemarkahan bagi peperiksaan dan ujian persekolahan. Ianya seperti dimaklumkan melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Pencapaian para pelajar akan ditentukan oleh julat Gred Markah Peperiksaan (UPSR, PT3, SPM, STAM, STPM) baru yang dikongsikan di bawah ini.

Gred Markah Peperiksaan

Gred Markah Peperiksaan Awam (UPSR, PT3, SPM, STAM, STPM)

Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu :-

  • i.Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2016
  • ii.Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2016
  • iii.Julat Gred Menengah Atas (MA) 2016

1) Julat Gred Markah Sekolah Rendah

Berikut adalah Julat Markah, gred untuk Sekolah Rendah (UPSR) :-

Julat Markah/ Gred / Catatan

  • 80 – 100 : A : Cemerlang
  • 65 – 79 : B : Baik
  • 50 – 64 : C : Memuaskan
  • 40 – 49 : D : Mencapai Tahap Minimum
  • 0 – 39 : E : Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH : TH : Tidak Hadir

Gred Tahun 2015

Sebagai panduan, berikut juga dikongsikan gred markah untuk tahun sebelumnya iaitu tahun 2015 :-

Julat Markah/ Gred / Catatan

  • 80 – 100 : A : Cemerlang
  • 60 – 79 : B : Baik
  • 40 – 59 : C : Memuaskan
  • 20 – 39 : D : Mencapai Tahap Minimum
  • 0 – 19 : E : Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH : TH : Tidak Hadir

Terdapat 2 sistem Gred yang digunakan di Sekolah Rendah tahun 2015 iaitu:

  1. Pelajar Darjah 6 yang masih menggunakan sistem pembelajaran lama iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) akan menggunapakai julat gred yang lama.
  2. Manakala pelajar tahap dua (darjah 4 & 5) yang menggunakan sistem pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan menggunakan julat gred yang baru.

2) Julat Gred Markah Menengah Rendah

Berikut adalah Julat Markah, gred untuk Menengah Rendah (PT3) :-

Julat Markah/ Gred / Catatan

  • 85 – 100 : A : Cemerlang
  • 70 – 84 : B : Kepujian
  • 60 – 69 : C : Baik
  • 50 – 59 : D : Memuaskan
  • 40 – 49 : E : Mencapai Tahap Minimum
  • 0 – 39 : F : Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH : TH : Tidak Hadir

Tahun 2015

Julat Markah/ Gred / Catatan

  • 85 – 100 : A : Cemerlang
  • 70 – 84 : B : Kepujian
  • 60 – 69 : C : Baik
  • 50 – 59 : D : Memuaskan
  • 40 – 49 : E : Mencapai Tahap Minimum
  • 1 – 39 : F : Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH : TH : Tidak Hadir

Gred pencapaian Menengah Rendah 2015 ini melibatkan pelajar di Tingkatan 1, 2 & 3 tahun 2015. Jika semua subjek mendapat E masih dikira menguasai. Tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F, maka keputusannya Tidak Menguasai (GAGAL).

3) Julat Gred Markah Menengah Atas

Berikut adalah Julat Markah, gred untuk Menengah Atas (SPM) :-

Julat Markah/ Gred / Catatan

  • 90 – 100 : A + : Cemerlang Tertinggi
  • 80 – 89 : A : Cemerlang Tinggi
  • 70 – 79 : A – : Cemerlang
  • 65 – 69 : B + : Kepujian Tertinggi
  • 60 – 64 : B : Kepujian Tinggi
  • 55 – 59 : C + : Kepujian Atas
  • 50 – 54 : C : Kepujian
  • 45 – 49 : D : Lulus Atas
  • 40 – 44 : E : Lulus
  • 0 – 39 : G : Gagal
  • TH : TH : Tidak Hadir

Tahun 2015

Julat Markah/ Gred / Catatan

  • 90 – 100 : A + : Cemerlang Tertinggi
  • 80 – 89 : A : Cemerlang Tinggi
  • 70 – 79 : A – : Cemerlang
  • 65 – 69 : B + : Kepujian Tertinggi
  • 60 – 64 : B : Kepujian Tinggi
  • 55 – 59 : C + : Kepujian Atas
  • 50 – 54 : C : Kepujian
  • 45 – 49 : D : Lulus Atas
  • 40 – 44 : E : Lulus
  • 1 – 39 : G : Gagal
  • TH : TH : Tidak Hadir

Gred pencapaian Menengah Atas 2015 ini melibatkan pelajar di Tingkatan 4 dan 5 tahun 2015.

4) Julat Gred Markah STPM

MarkahGred KertasGred Mata pelajaranNilai gred mata pelajaran
75 – 100AA4
70 – 74A-A-3.67
60 – 69B+B+3.33
55 – 59BB3
50 – 54B-B-2.67
45 – 49C+C+2.33
40 – 44CC2
35 – 39C-C-1.67
30 – 34D+D+1.33
25 – 29DD1
0 – 24FF0

Sumber SAPS

5) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Format penyataan keputusan peperiksaan STAM yang melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran adalah seperti berikut (Peringkat & Takrif) :-

  • Mumtaz : Cemerlang
  • Jayyid Jiddan : Sangat Baik
  • Jayyid : Baik
  • Maqbul : Lulus
  • Rasib : Gagal

Semoga Julat Gred Markah Peperiksaan (UPSR, PT3, SPM, STAM, STPM) ini boleh dijadikan panduan dalam meningkatkan lagi tahap pembelajaran pelajar dalam menghadapi peperiksaan awam nanti.

Related : gred markah baru peperiksaan, semakan keputusan peperiksaan, sekolah dalam sistem saps ibu bapa, julat gred markah baru, darjah 1 hingga 6, julat gred menengah atas, berikut adalah gred, baru peperiksaan dan ujian, skala gred, gred pemarkahan terkini,

Tinggalkan Balasan