Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

Apa Itu Peperiksaan STPM? Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) buat pelajar yang bercadang menduduki peperiksaan STPM. Untuk makluman, peperiksaan STPM yang baru telah dilaksanakan bermula tahun 2012. Antara ciri baru peperiksaan STPM ini termasuk peperiksaan diadakan pada akhir setiap penggal, pentaksiran dilaksanakan secara peperiksaan bertulis dan kerja kursus. Calon juga dibenarkan untuk mengulang peperiksaan bagi setiap penggal untuk memperbaiki keputusan peperiksaan mereka.

STPM Sistem terminal diubah supaya selaras dengan sistem pengajian pasca menengah yang lain dan sistem pengajian di IPT. Ciri baru dalam sukatan pelajaran STPM pula adalaj seperti berikut :-

  1. Jumlah kandungan kurikulum bagi sesuatu mata pelajaran dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu satu bahagian untuk satu penggal
  2. Bilangan waktu pengajaran disediakan untuk memudahkan guru merancang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
  3. Hasil pembelajaran disediakan untuk memberikan panduan kepada guru dan pelajar tentang skop dan apa yang hendak diuji untuk setiap tajuk dan subtajuk
  4. Calon diwajibkan melaksanakan amali, kerja kursus, atau kerja lapangan secara Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi setiap mata pelajaran kecuali Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Literature in English, dan Further Mathematics.

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

Maklumat Penting Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan peperiksaan STPM termasuk maklumat latar belakang, sistem pengajian, sistem pentaksiran, yuran, sistem gred dan pengiktirafan.

i) Latar Belakang

  • STPM sistem terminal telah mula dilaksanakan pada tahun 1982 dimana Sistem penggal STPM telah bermula pada tahun 2012 bagi kohort 2013

ii) Sistem Pengajian

  • Tiga penggal
  • Sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan
  • Pilih minimum 4 mata pelajaran dan maksimum 5 mata pelajaran
  • Tempoh pengajian adalah setahun setengah

iii) Sistem Pentaksiran

  • Peperiksaan penggal (Bertulis)
  • Kerja kursus
  • Peperiksaan Ulangan
  • Keputusan STPM, pilih keputusan terbaik antara peperiksaan penggal dan peperiksaan ulangan dan dijumlahkan bersama kerja kursus

iv) Yuran

  • Jumlah Yuran asas RM120.00
  • Yuran setiap mata pelajaran adalah sebanyak RM90.00
  • 4 mata pelajaran RM480.00
  • 5 mata pelajaran RM570.00
  • Caj ulang RM50.00 per kertas

v) Sistem Gred

  • Gred A, A-, B+, B-, C+, C (Lulus penuh)
  • Sistem Gred C-, D+, D (Lulus sebahagian)
  • Gred F (Gagal)

gred markah stpm

vi) Pengiktirafan

  • JPA untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan awam
  • Kerajaan Malaysia untuk sambung pengajian Ijazah di IPTA/ IPTS
  • Cambrisge Assessment, UK untuk sambung Ijazah di IPT luar negara (Negara Komanwel dan bukan Komanwel)

vii) Taraf

  • Setaraf A-Level Cambridge

viii) PNGK

  • PNGK ialah purata Nilai Gred Kesulruhan. Pengiraan PNGK adalah berdasarkan purata markah bagi empat mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am. PNGK akan hanya tertera sekiranya calon menduduki sekurang-kurangnya 4 mata pelajaran termasuk Pengajian Am.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut peperiksaan STPM, sila rujuk kepada soalan lazim (FAQ)

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bermanfaat buat semua pelajar.

Tinggalkan Balasan