Analisis Keputusan Peperiksaan STPM 2022

Analisis Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Tahun 2022. Tahniah kepada calon peperiksaan yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang cemerlang. Umum sedia maklum yang keputusan keseluruhan STPM 2022 akan diumumkan pada 13 Julai 2023. Berikut dikongsikan Analisis Keputusan Peperiksaan STPM 2022 melibatkan seramai 43,687 calon yang telah menduduki peperiksaan di pusat peperiksaan di seluruh negara.

Keputusan peperiksaan yang cemerlang memberikan lebih peluang buat lepasan STPM untuk diterima masuk ke universiti awam melalui permohonan UPU online. Untuk sesi 2023-2024, permohonan kemasukan telah dibuka dari 7 Februari sehingga 28 Mac 2023.

Analisis Keputusan Peperiksaan STPM

Analisis Pencapaian Calon Peperiksaan STPM 2022

Berikut dikongsikan analisis keputusan peperiksaan STPM tahun 2022 yang merupakan ringkasan keputusan  peperiksaan termasuk peratus peningkatan atau penurunan sebagai rujukan.

  • PNGK Nasional STPM 2022 ialah 2.82 meningkat sebanyak 0.03 mata dari tahun 2021 iaitu 2.79
  • Sebanyak 1,184 calon atau 2.84 peratus calon telah mendapat PNGK 4.00 dan daripada 1,184 calon ini 1,009 atau 85.22 peratus adalah dari golongan B40. Bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00 telah meningkat sebanyak 310 calon.
  • Dari segi PNGK pula, calon secara keseluruhan didapati peratusan longgokan calon STPM 2022 pada PNGK 3.75 dan ke atas (9.59 peratus), PNGK 3.00 dan ke atas (42.96 peratus), PNGK 2.75 dan ke atas (56.97 peratus) dan PNGK 2.00 dan ke atas (89.75 peratus) adalah meningkat berbanding tahun 2021

Lulus Penuh (Peringkat Prinsipal)

  • Dalam peperiksaan STPM, lulus penuh adalah daripada Gred C ke Gred A, lulus sebahagian adalah antara gred C- ke Gred D dan gagal adalah Gred F
  • Peratusan calon STPM 2022 yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran berbanding STPM 2021 didapati telah meningkat sebanyak 1.31 peratus daripada 73.70 peratus (2021) kepada 75.01 peratus (2022)
  • Secara keseluruhan, kesemua 23 mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2022 telah mencatatkan peratusan lulus penuh melebihi 60 peratus iaitu gred C dan ke atas
  • Dalam peperiksaan STPM 2022, tiga mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan melebihi 3.00 peratus dari segi prestasi Lulus Penuh berbanding dengan prestasi pada tahun 2021, iaitu mata pelajaran Bahasa Arab, Pengajian Perniagaan dan Literature in English serta tiga mata pelajaran telah menunjukkan penurunan melebihi -3.00 peratus dari segi prestasi Lulus Penuh berbanding dengan prestasi pada tahun 2021 iaitu mata pelajaran Mathematics T, Bahasa Cina dan Chemistry
  • Manakala 17 mata pelajaran STPM yang lain tidak berubah prestasinya kerana beza peratusan calon yang Lulus Penuh antara tahun 2022 dengan 2021 adalah kurang daripada 3.00 peratus

STPM 2021

  • PNGK Nasional STPM 2021 ialah 2.79 meningkat sebanyak 0.01 mata dari tahun 2020 iaitu 2.78
  • Walaubagaimanapun pencapaian calon STPM 2021 dianggap sama dengan pencapaian tahun 2020 kerana peningkatan itu tidak menggambarkan signifikan yang besar
  • Sebanyak 874 calon atau 2.14 peratus calon telah mendapat PNGK 4.00 dan daripada 874 calon ini 584 atau 66.82 peratus adalah dari golongan B40. Bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00 telah meningkat sebanyak 133 calon.
  • Dari segi PNGK pula, calon secara keseluruhandidapati peratusan longgokan calon STPM 2021 pada PNGK 3.75 dan ke atas (9.04 peratus), PNGK 3.00 da ke atas (41.72 peratus), PNGK 2.75 dan ke atas (55.85 peratus) dan PNGK 2.00 dan ke atas (88.24 peratus) adalah meningkat berbanding tahun 2020

Lulus Penuh (Peringkat Prinsipal)

  • Dalam peperiksaan STPM, lulus penuh adalah daripada Gred C ke Gred A, lulus sebahagian adalah antara gred C- ke Gred D dan gagal adalah Gred F
  • Peratusan calon STPM 2021 yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran berbanding STPM 2020 didapati telah meningkat sebanyak 0.73 peratus daripada 72.97 peratus (2020) kepada 73.70 peratus (2021)
  • Secara keseluruhan, kesemua 23 mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2021 telah mencatatkan peratusan lulus penuh melebihi 70 peratus iaitu gred C dan ke atas
  • Dalam peperiksaan STPM 2021, satu mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan melebihi 3.00 peratus dari segi prestasi Lulus Penuh berbanding dengan prestasi pada tahun 2020, iaitu mata pelajaran Bahasa Cina dan satu mata pelajaran telah menunjukkan penurunan melebihi -3.00 peratus dari segi prestasi Lulus Penuh berbanding dengan prestasi pada tahun 2020 iaitu mata pelajaran Mathematics M
  • Manakala 21 mata pelajaran STPM yang lain tidak berubah prestasinya kerana beza peratusan calon yang Lulus Penuh antara tahun 2021 dengan 2020 adalah kurang daripada 3.00 peratus

STPM 2020

  • Gred Purata Nasional GPN bertambah dengan skor 2.78 berbanding 2.77 ketika STPM 2019
  • 741 calon raih PNGK 4.00 berbanding 804 calon pada tahun sebelumnya. 554 calon bersamaan 74.76 peratus daripada jumlah itu merupakan calon dari golongan B40 (hampir 75 peratus)
  • Dari 741 calon yang mendapat PNGK 4.00, 23 calon telah mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil dan 718 calon telah mendapat 4A dalam mata pelajaran yang diambil
  • Dari segi analisis calon yang mendapat 5A dan 4A, didapati bilangan calon yang mendapat 5A telah berkurang daripada 42 calon pada peperiksaan STPM 2019 kepada 23 calon dalam peperiksaan STPM 2020
  • Begitu juga dengan bilangan calon yang mendapat 4A dengan PNGK 4.00 dalam peperiksaan STPM 2020 juga telah berkurang daripada 760 pada tahun 2019 kepada kepada 718 calon

Lulus Penuh

  • Peratusan calon STPM 2020 yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran daripada jumlah keseluruhan calon hadir didapati menurun dengan perbezaan peratusan sebanyak 0.70 peratus.
    • Ianya melibatkan penurunan daripada 73.67 peratus atau 33,021 calon pada 2019 kepada 72.97 peratus atau 31,366 calon dalam STPM 2020 dengan perbezaan penurunan sebanyak 1,655 calon berbanding tahun sebelumnya
    • Peratusan pencapaian calon sekolah kerajaan yang mendapat lulus penuh dalam lima hingga satu mata pelajaran adalah melebihi 95 peratus dan telah meningkat sedikit berbanding dengan peperiksaan tahun sebelum iaitu daripada 97.99 peratus atau 43,924 calon kepada 98.34 peratus atau 42,271 calon
  • Semua 23 mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2020 telah mencatatkan peratusan lulus penuh melebihi 70 peratus iaitu gred C dan ke atas
  • Mata pelajaran Literature in English telah menunjukkan peningkatan dalam prestasi lulus penuh berbanding dengan prestasi pada tahun sebelumnya melebihi 3.00 peratus manakala Mathematics T telah menunjukkan penurunan prestasi lulus penuh berbanding pada tahun sebelumnya melebihi -3.00 peratus
  • Sebanyak 21 mata pelajaran lain dianggap tidak berubah prestasinya kerana beza peratusan calon yang lulus penuh antara 2020 dengan 2019 adalah kurang daripada 3.00 peratus
  • Seramai 63 calon STPM daripada 69 pelajar mengambil mata pelajaran Tahfiz AI-Quran telah berjaya menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran

Secara keseluruhannya, bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00, iaitu yang mendapat A dalam kelima-lima dan empat mata pelajaran yang diambil telah berkurang daripada 802 calon pada tahun 2019 kepada 741 calon pada tahun 2020, iaitu berkurang sebanyak 61 calon atau 7.61 peratus

STPM 2019

  • Bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM adalah seramai 46, 237. Yang hadir adalah seramai 44, 823 iaitu 96.94%
    • 44,501 adalah calon sekolah kerajaan (99.28%)
    • 167 calon sekolah swasta (0.37%)
    • 128 calon persendirian individeu (0.29%) dan 27 (0.06%) calon sekolah kerajaan negeri
  • Calon yang hadir mengikut aliran :-
    • Sains sosial (Art) 40149 calon
    • Aliran Sains 4,674 calon
  • Pengajian am adalah mata pelajaran wajib yang mempunyai jumlah pendaftaran pelajar yang paling tinggi iaitu seramai 46, 230 calon
  • Pencapaian calon peperiksaan STPM 2019 secara keseluruhan terus meningkat dalam semua kriteria pengukuran dengan peningkatan boleh dilihat menerusi PNGK, calon yang mendapat A dalam lima dan empat mata pelajaran serta peningkatan pada calon lulus penuh
  • Pencapaian PNGK Nasional adalah 2.77 berbanding PNGK STPM tahun 2018 iaitu 2.80. penurunan iaitu perbezaam 0.03.  PNGK sekolah kerajaan sama dengan PNGK Nasional iaitu 2.77
    • Pencapaian PNGK walau bagaimanapun masih mengatasi PNGK STPM tahun 2017, 2016, 2015, 2014, 2013
  • Perbezaan PNGK ini tidak memberikan siqnifikan kepada pencapaian calon STPtVI 2019 keseluruhannya.

Ini kerana faktor berikut :-

    • (a) terdapat peninqkatan pada bilangan calon yang mendapat PNGK 4 00 (bertambah sebanyak 136 calon, 2019 sebanyak 802 calon manakala pada tahun 2018: 666 calon);
      • Daripada keseluruhan 802 calon mendapat PNGK 4.00, 587 daripadanya adalah daripada golongan B40
    • (b) terdapat peftambahan bilangan calon pada PNGK 3.00-3.99 (bertambah sebanyak 168 calon, 2019: 17,615 calon; 2018: 17,447 calon), PNGK 2.75-2.99 (bertambah sebanyak 153 calon, 2019′. 6,423 calon; 2018′. 6,270 calon), dan PNGK 2.00-2.74 (bertambah sebanyak 972 calon, 2A19. 14,694 calon: 2018′,13,722 calon);
    • (c) terdapat kenaikan peratusan dan bilangan calon yang mendapat 5A (bertambah sebanyak 18 calon, (2019′.42 calon; 2018: 24 calon). 27 calon adalah dari kategori B40 (Isi rumah nerpendapatan rendah)
    • (d) terdapat juga kenaikan peratusan dan bilangan calon yang mendapat 4A (bertambah sebanyak 118 calon, 2019: 760 calon; 20’18: 642 calon)
  • Berdasarkan kepada keputusan STPM 2019, dijangkakan lebih ramai akan mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka melalui permohonan UPUonline
  • Secara keseluruhannya, kesemua 22 mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2019 telah mencatatkan peratusan lulus penuh melebihi 70 peratus, iaitu gred C dan ke atas
  • Mata pelajaran Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Usuluddin dan Matematik T mencatatkan peningkatan prestasi melebihi 3 peratus
  • Terengganu merupakan negeri terbaik di peringkat kebangsaan untuk keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2019 dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.02 mengatasi PNGK peringkat nasional 0.25 sekali gus menjadikan Terengganu sebagai negeri terbaik keputusan STPM untuk dua tahun berturut-turut

Analisis keputusan peperiksaan STPM 2019 yang lengkap boleh dimuat turun di Portal Rasmi KPM

STPM 2018

  • Pencapaian STPM tahun 2018 telah meningkat sebanyak Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.80 berbanding PNGK 2.76 pada 2017
  • Seramai 666 orang calon STPM 2018 memperoleh PNGK 4.00, naik sebanyak 0.42 peratus berbanding 485 calon pada tahun 2017
  • 489 calon daripada 666 yang mendapat PNGK keseluruhan 4.00 atau 73.42 peratus adalah daripada golongan B40
  • Bilangan dan peratusan calon yang mendapat PNGK 3.50 ke atas juga mencatatkan pertambahan iaitu 7,129 (16.63 peratus) pada tahun 2018. Berbanding 6,408 calon (14.89 peratus) pada 2017
  • Kesemua 22 mata pelajaran yang ditawarkan pada peperiksaan STPM 2018 mencatatkan peratusan lulus penuh melebihi 70 peratus, iaitu gred C dan ke atas
  • Tiga mata pelajaran telah mencatatkan peningkatan melebihi tiga peratus, iaitu Fizik, Biologi dan Teknologi Informasi serta Komunikasi.
  • Terengganu terus menge­kalkan kedudukan terbaik dalam peperiksaan STPM 2018 apabila mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.99 yang sekaligus mengatasi PNGK Kebangsaan 2.80.

Analisis Keputusan Peperiksaan STPM Tahun 2017

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata. Pencapaian keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 adalah meningkat dengan catatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional naik kepada 2.76 berbanding 2.71 pada 2016. Keputusan ini sekaligus mengatasi semua pencapaian sejak STPM modular diperkenalkan pada 2013. Ianya juga menunjukkan peningkatan PNGK nasional yang memberangsangkan dalam semua kriteria pengukuran pencapaian berbanding STPM 2016.

Seramai 42,694 orang (99.19 peratus) calon sekolah kerajaan, 204 orang (0.47 peratus) calon sekolah swasta, 136 orang (0.32 peratus) calon persendirian dan lapan orang (0.02 peratus) calon sekolah kerajaan negeri telah menduduki peperiksaan STPM 2017.

Maklumat yang dikongsikan adalah dari sumber Harian Metro.

Ringkasan Analisis Keputusan Peperiksaan STPM Tahun 2017

Berikut adalah ringkasan analisis keputusan STPM tahun 2017 buat rujukan semua :-

  1. Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 adalah meningkat dengan catatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional naik kepada 2.76 berbanding 2.71 pada 2016
  2. Peningkatan keputusan membabitkan PNGK Nasional : PNGK 3.50 ke atas, PNGK 3.00 ke atas, PNGK 2.75 ke atas, PNGK 2.50 ke atas, PNGK 2.00 ke atas
  3. Peningkatan juga dicatatkan untuk peratus lulus penuh pada lima dan empat mata pelajaran dan peratus lulus penuh dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dengan gred C ke atas.
  4. Bilangan calon yang memperoleh PNGK 3.50 ke atas bertambah kepada 6,408 calon iaitu 14.89 peratus. Berbanding 6,137 calon (14.20 peratus) pada 2016
  5. Peratusan calon yang mendapat PNGK 3.00 ke atas juga meningkat kepada 40.48 peratus (17,423 calon) pada 2017. Berbanding 37.62 peratus (16,263 calon) pada 2016
  6. Peratusan calon mendapat PNGK 4.00 sedikit menurun iaitu kepada 1.13 peratus atau 485 calon. Berbanding 1.31 peratus (565 calon) pada 2016
  7. Bilangan dan peratusan calon yang mendapat 5A dan 4A menurun kepada 521 calon (1.21 peratus) pada 2017 berbanding 575 calon (1.33 peratus) pada 2016.
  8. Peratusan calon yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran meningkat kepada 72.02 peratus berbanding 71.88 peratus pada 2016
  9. Peningkatan dan bilangan calon yang mendapat PNGK 2.75 ke atas adalah tinggi iaitu 55.19 peratus berbanding 51.83 peratus pada 2016,
  10. Secara keseluruhan, semua 22 mata pelajaran yang ditawarkan dalam STPM 2017 mencatatkan peratusan lulus penuh. Iaitu melebihi 70 peratus, iaitu gred C dan ke atas.

Kesimpulan

Peningkatan keputusan peperiksaan STPM telah memberi gambaran bahawa pencapaian calon Tingkatan Enam di sekolah kerajaan kini semakin baik. Ianya dipercayai hasil dari pelaksanaan inisiatif Pemerkasaan Tingkatan Enam yang giat diusahakan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya mendapt keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM tahun 2022.

Tinggalkan Balasan