Semak Result STPM 2025 Kesuluruhan Secara Online Dan SMS. Bila tarikh rasmi pengumuman keputusan keseluruhan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2025 diumumkan? Berhajat memohon UPU online? Berikut dikongsikan maklumat penting Semakan Keputusan STPM 2025 (keseluruhan) yang boleh disemak secara online dan juga kaedah SMS. Berdasarkan kepada tarikh semakan tahun-tahun sebelumnya, calon peperiksaan dijangka boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan pada pertengahan tahun 2026 tertakluk kepada pengumuman rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Result STPM tahun 2025 akan diumumkan pada 18 Jun 2026. Untuk makluman, keputusan STPM tahun ini dikeluarkan lebih awal berbanding dengan tarikh keputusan peperiksaan tahun sebelumnya yang telah diumumkan pada bulan Julai.
Semakan Keputusan STPM 2025 Keseluruhan Secara Online & SMS
Pelajar adalah disarankan untuk melayari Portal Rasmi MPM dalam mendapatkan tarikh rasmi keputusan STPM keseluruhan diumumkan.
Berikut dikongsikan panduan cara-cara dalam membuat semakan (keseluruhan) buat rujukan calon peperiksaan.
Tarikh & Kaedah Semakan Keputusan STPM Tahun 2025
Berikut merupakan maklumat-maklumat penting mengenai semakan secara atas talian dan SMS yang dapat dirujuk:
Tarikh Penting
- 18 Jun 2026 (Hari Khamis), mulai jam 11.30 pagi
Nota : Tarikh RASMI semakan keputusan seperti dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Calon peperiksaan STPM boleh membuat semakan keputusan mereka melalui kaedah berikut :-
i) Sekolah
Calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 11.30 pagi pada tarikh yang dimaklumkan. Calon persendirian individu pula akan memperoleh keputusan melalui pos. Pelajar juga boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mendaftar peperiksaan dahulu.
ii) Semakan Secara Atas Talian (Keputusan Penuh)
- Sila layari pautan berikut untuk check result stpm keseluruhan : MPM
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan (KP), Cth: 800729085298 dan Angka Giliran (AKG), Cth: SR0055/1590 dan tekan butang Semak
- Sila pastikan nombor kad pengenalan dan angka giliran yang dimasukkan adalah betul.
- Perlu diingatkan aplikasi atas talian ini hanya boleh diakses untuk semakan keputusan peperiksaan STPM pada tarikh rasmi yang akan ditetapkan MPM sahaja
- Panduan Cara Kira Pointer STPM Baharu
Nota : keputusan peperiksaan semester sahaja tidak boleh digunakan bagi tujuan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi dan tidak layak untuk menerima sebarang kemudahan yang dikeluarkan kepada pemegang sijil stpm oleh jabatan perkhidmatan awam malaysia
iii) Semakan Melalui SMS (Ringkasan Keputusan)
Antara alternatif lain untuk check result stpm keseluruhan adalah dengan menggunakan SMS.
Berikut dikongsikan caranya:
- perkhidmatan SMS ringkasan keputusan (dipapar pada penyata) dengan taip STPM<jarak>No. Kad Pengenalan<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888
- Diaktifkan pada 18 Jun 2026 (Khamis) mulai jam 1100 pagi
Maklumat lanjut, sila rujuk kepada grafik berikut :-

Apa Itu PNGK?
PNGK ialah purata Nilai Gred Keseluruhan. Pengiraan PNGK adalah berdasarkan purata markah bagi empat mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am. PNGK akan hanya tertera sekiranya calon menduduki sekurang-kurangnya 4 mata pelajaran termasuk Pengajian Am.

Kenyataan Media KPM Keputusan Keseluruhan STPM
18 Jun 2026 (Khamis) – Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2025 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia merangkap Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pencapaian calon STPM 2025 berdasarkan PNGK Nasional telah meningkat sebanyak 0.03 mata berbanding tahun lepas, iaitu dari 2.85 pada tahun 2024 kepada 2.88 pada tahun 2025. PNGK ini merupakan PNGK tertinggi dan signifikan dari aspek pencapaian calon dengan peningkatan sebanyak 12.06% (0.31 mata) berbanding PNGK 2.57 pada STPM 2013.
Selain itu, seramai 1,336 calon berjaya memperoleh PNGK 4.00, meningkat sebanyak 70 calon berbanding tahun sebelumnya. Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan warga pendidik, calon, serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan kecemerlangan pendidikan prauniversiti negara.
Majlis Peperiksaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon STPM 2025 atas pencapaian yang membanggakan dan mendoakan kejayaan berterusan dalam melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Turut bersama pada sesi tersebut ialah Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Ketua Eksekutif MPM, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Dato’ Indera Ikmalrudin Bin Ishak, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KPM, dan seluruh Ahli Majlis MPM.
Berikut dikongsikan kenyataan media KPM berkaitan tarikh rasmi keputusan keseluruhan STPM tahun 2025.
- Klik MPM
Semoga perkongsian maklumat Semakan Keputusan STPM 2025 (keseluruhan) secara online dan SMS boleh dijadikan panduan buat calon peperiksaan menyemak keputusan peperiksaan. Tahniah kepada calon STPM yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang kali ini. Usaha tanpa mengenal erti penat lelah anda pastinya berbaloi dengan result yang cemerlang ini.



