Semakan Keputusan STPM Semester 3 2022 Online SMS

Calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang telah menduduki peperiksaan Semester 3 STPM 2022 (dahulunya Penggal 3) boleh membuat semakan keputusan mereka yang dijangkakan akan diumumkan pada bulan Februari 2023. Tarikh rasmi akan dimaklumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui laman rasmi mereka. Untuk pengetahuan Semakan Keputusan STPM Semester 3 boleh disemak secara atas talian (Online) melalui aplikasi yang telah dibangunkan bagi memudahkan calon. Selain itu, calon juga boleh membuat semakan dengan menggunakan perkhidmatan sistem pesanan khidmat ringkas (SMS).

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berlainan dengan peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM. STPM merupakan program pra-universiti untuk mempersiapkan pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti awam. Sijil STPM telah diiktiraf oleh universiti di peringkat antarabangsa terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika Syarikat dan Ireland. Pengajian selama dua tahun ini akan dipantau oleh wakil dari Taksiran Cambridge untuk mengekalkan kualiti dan piawaian.

Semakan Keputusan STPM Semester 3 online

Semakan Keputusan STPM Semester 3 2022 Online & SMS (Penggal 3)

Bagi memudahkan calon membuat Semakan secara online dan SMS, berikut dikongsikan tarikh semakan keputusan diumumkan dan juga cara-cara untuk calon mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan S3 STPM tahun 2022 mereka :

Tarikh rasmi keputusan akan diumumkan di Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

TARIKH SEMAKAN

  • Tarikh : 5 Julai 2023, jam 1000 pagi

Nota : Tarikh rasmi semakan keputusan peperiksaan penggal 3 seperti makluman MPM

CARA MEMBUAT SEMAKAN KEPUTUSAN SEMESTER 3 STPM ONLINE

1. Calon yang telah menduduki peperiksaan STPM S3 dikehendaki melayari pautan berikut untuk membuat semakan keputusan (check reslut stpm s3):

2. Calon dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan 12 digit tanpa tanda (-)

3. Aplikasi online ini hanya boleh diakses untuk semakan keputusan peperiksaan penggal 3 STPM pada tarikh rasmi yang akan ditetapkan MPM sahaja.

4. Panduan cara mohon semak semula keputusan STPM

5. Panduan Cara Kira Pointer STPM Baharu

CARA MEMBUAT SEMAKAN

1. Alternatif lain untuk membuat semakan keputusan adalah dengan menggunakan SMS.

Berikut adalah caranya:

  • Taip: STPM (jarak) RESULTS3 (jarak) NO KAD PENGENALAN > SMS ke 15888

Contoh: STPM RESULTS3 980321026913 Dan Hantar Ke 15888

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh melayari laman sesawang rasmi MPM seperti pautan berikut:

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon untuk membuat Semakan (check reslut stpm s3). Tahniah diucapkan kepada calon yang mendapat keputusan cemerlang. Bagi yang kurang bernasib baik, teruskan usaha. Selamat maju jaya diucapkan dan semoga berjaya melanjutkan pengajian di universiti awam.

Tinggalkan Balasan