MUET

Semakan Keputusan MUET Sesi 2 Julai 2019 Online

Check Result MUET Sesi 2 2019

Calon yang telah menduduki peperiksaan MUET sesi 2 boleh membuat semakan keputusan MUET sesi 2 (julai 2019) pada bulan September nanti. Bagaimana cara untuk menyemak keputusan MUET julai 2019 dan bilakah tarikh rasmi semakan keputusan MUET julai 2019 diumumkan?

Untuk makluman, keputusan peperiksaan MUET sesi 2 julai 2019 boleh disemak secara atas talian/ online di Laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) atau disemak melalui khidmat penghantaran SMS. Tarikh rasmi akan dikemaskini selepas pengumuman MPM.

semakan keputusan muet sesi 2

Malaysian University English Test (MUET) adalah satu ujian untuk mengukur tahap pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar pra universiti di Malaysia. Pelajar yang berkelulusan STPM, Matrikulasi atau Diploma yang ingin memohon masuk ke program ijazah pertama di institusi pengajian tinggi tempatan perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah mengambil ujian MUET. Ujian ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Semakan Keputusan MUET Sesi 2 julai 2019 Online Dan SMS

Berikut adalah maklumat penting dalam membuat Semakan Keputusan MUET julai 2019 secara Online dan SMS. Semakan Keputusan MUET Sesi 2 boleh disemak pada tarikh berikut seperti yang dikongsikan dari pengumuman rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Berikut adalah tarikh penting semakan keputusan MUET sesi 2 julai 2019 :-

Tarikh Semakan Keputusan MUET Sesi 2 julai 2019

Semakan sesi 2 julai 2019 dijangka akan dikemaskini
  • Sistem aplikasi semakan Ujian MUET bagi sesi julai 2019 akan diaktifkan pada: 12 September 2019 (Khamis)
  • Semakan secara atas talian boleh dibuat selepas jam 1000 pagi
* Tarikh semakan aadalah rasmi

Kaedah Semak Keputusan MUET Sesi 2 julai 2019 Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara atau kaedah-kaedah yang disediakan dalam membuat semakan keputusan MUET julai 2019 (Sesi 2):-

1. Semakan Keputusan MUET Secara Online

Layari Laman Web MPM dan semak secara atas talian/ online di : www.mpm.edu.my
  • Isikan No Kad Pengenalan anda dan tekan butang SUBMIT
* Calon mungkin menghadapi kesukaran untuk mengkases applikasi semakan di sebabkan penggunaan yang tinggi. Anda disarankan untuk membuat semakan keputusan pada waktu tidak puncak atau menyemak menggunakan Perkhidmatan SMS

Result MUET julai 2019 juga boleh disemak melalui perkhidmatan SMS :-

2. Semak Keputusan MUET melalui SMS

Taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888
semakan keputusan muet sesi 2
* Caj penghantaran adalah sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20 (Tidak termasuk GST)

Nota Penting

Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu seperti panduan dan syarat yang dinyatakan berikut :-

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

1.Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM http://www.mpm.edu.my atau url http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/
2. Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).
3. Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi
4. Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja)
5. MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja
* Langkah-langkah dan panduan cara membuat semakan semula keputusan MUET boleh dirujuk di SEMAK SEMULA MUET

Maklumat Lanjut Peperiksaan MUET

Kepada mereka yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET Tahun 2019, berikut adalah maklumat berkaitan peperiksaan MUET termasuk tarikh pendaftaran dan ujian buat panduan calon. Untuk makluman, penawaran Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) dan Paper Based Test (PBT) telah diperkenalkan oleh MPM bermula bulan April 2019

SESI MAC 2019 (SESI 1)

TarikhAktiviti
14 November 2018Tarikh Pendaftaran dibuka
9 Januari 2019Tarikh Tutup Pendaftaran
5, 6, 7, 11, 12 dan 13 Mac 2019Tarikh Ujian Speaking
16 Mac 2019Tarikh Ujian Bertulis
* Jadual Lengkap Ujian MUET Sesi 1 2019 akan dikemaskini

Sesi kedua MUET tahun 2019 adalah sesi jun

SESI JULAI 2019 (SESI 2)

TarikhAktiviti
20 Februari 2019Tarikh Pendaftaran dibuka
10 April 2019Tarikh Pendaftaran Ditutup
18, 19, 20, 24, 25, dan 26 Jun 2019Tarikh Ujian Speaking
29 Jun 2019Tarikh Ujian Bertulis
* Jadual Lengkap Sesi 2 2019 akan dikemaskini

Sesi seterusnya adalah sesi November yang merupakan sesi ketiga dan terakhir untuk tahun 2019

SESI NOVEMBER 2019 (SESI 3)

TarikhAktiviti
23 Mei 2019Tarikh Pendaftaran dibuka
10 jun 2019Tarikh Tutup Pendaftaran
10, 11, 12, 17, 18, dan 19 September 2019Tarikh Ujian Speaking
2 November 2019Tarikh Ujian Bertulis
* Jadual Lengkap Sesi 3 2019 akan dikemaskini

Selamat membuat Semakan Keputusan MUET Sesi 2 Julai 2019 Online Dan SMS. Tahniah kepada calon MUET yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Share this post:

Tags

Related Articles

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close