Semakan Keputusan SPM 2022 Secara Online / SMS

Semak Result SPM 2022 Online Dan SMS. Panduan buat pelajar Tingkatan 5 yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bilakah tarikh rasmi keputusan SPM 2022 diumumkan pada tahun 2023? Berdasarkan kepada tarikh tahun lepas, keputusan SPM dijangka diumumkan pada bulan Mac setiap tahun. Namun disebabkan pandemik COVID-19, tarikh keputusan dijangka ditangguhkan ke pertengahan tahun. Tarikh rasmi Semakan Keputusan SPM 2022 akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bahagian ruangan pemberitahuan.

Pada tahun lepas, result SPM telah diumumkan pada hari Khamis, 16 Jun 2022. Pelajar boleh mendapatkan pernyataan keputusan SPM bermula dari jam 1000 pagi di sekolah masing-masing. Ringkasan keputusan boleh didapati dengan membuat semakan online (JIKA ADA) dan juga khidmat SMS. Mereka yang lulus cemerlang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran tinggi mereka ke UA/ IPTA melalui UPU BPKP online.

semakan keputusan spm online

Cara Semak Keputusan Peperiksaan SPM 2022 Online Dan SMS

Buat panduan pelajar Tingkatan 5 dan ibu bapa pelajar. berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan cara mendapatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM tahun 2022.

Ianya merangkumi tarikh rasmi keputusan diumumkan dan cara atau kaedah membuat semakan.

Tarikh Rasmi Semakan Keputusan SPM 2022 Diumumkan

Berikut adalah senarai tarikh rasmi keputusan SPM diumumkan :-

  • Tahun 2022 : Keputusan SPM akan dikeluarkan pada 8 Jun 2023 (Khamis)
  • 2021 : 16 Jun 2022
  • 2020 : 10 Jun 2021
  • 2019 : 5 Mac 2020
  • 2018 : 14 Mac 2019
  • 2017 : 15 Mac 2018
  • 2016 : 16 Mac 2017
  • 2015 : 3 Mac 2016
  • 2014 : 3 Mac 2015.

Tarikh rasmi akan diumumkan di media massa dan juga di Portal Rasmi KPM di Bahagian Pemberitahuan atau E-Perkhidmatan Berkala dan juga di Lembaga Peperiksaan Malaysia.

  • Tarikh semakan result SPM untuk tahun 2022 diumumkan adalah pada 8 Jun 2023 (Hari Khamis)

Kaedah/ Cara Semakan Keputusan SPM

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan SPM 2022 secara online dan melalui perkhidmatan SMS buat panduan calon SPM. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari masa kesemasa :-

  1. Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan penuh peperiksaan SPM mereka secara online selepas 1000 pagi pada tarikh keputusan SPM diumumkan iaitu pada 8 Jun 2023
  2. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu

1. Semakan SPM Online

Ringkasan Keputusan SPM boleh disemak secara online di

Sistem semakan akan hanya diaktifkan bermula dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan

2. Semak Melalui SMS

KPM menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui khidmat SMS. Cara semakan adalah speerti berikut :-

  • Taip SPM <jarak>No.KP<jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888
  • Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS.
  • Perkhidmatan SMS akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi, (8 Jun 2023) sehingga jam 600 petang, (14 Jun 2023)

3. Melalui Aplikasi Mobile

Keputusan SPM juga boleh disemak melalui aplikasi mobile/ telefon pintar e-Lembaga Peperiksaan. Muat turun di Google Play untuk Android.

  • Tidak disediakan tahun ini

Kenyataan Media KPM

Kenyataan media bagi keputusan SPM 2022 adalah seperti berikut:-.

KM KPM Berkaitan Keputusan Peperiksaan SPM TahunKM KPM Berkaitan Keputusan Peperiksaan SPM Tahun

Selamat membuat semakan keputusan result SPM 2022 secara online dan SMS. Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Moga hasrat anda untuk melanjutkan pengajian tinggi anda ke Universiti awam atau swasta pilihan anda tercapai.

Cara Dan Borang Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM. Berikut dikongsikan cara untuk membuat Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2022 buat rujukan semua. Tahniah kepada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Anda berpeluang untuk melanjutkan pelajaran tinggi anda ke Universiti Awam, ILKA, Politeknik dan Kolej Komuniti melalui UPU.

Bagi pelajar yang mungkin tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh, anda boleh memohon semakan semula keputusan. Usahlah berputus asa lagi kerana anda masih berpeluang untuk membuat semakan semula keputusan SPM yang anda peroleh, dan mana tahu keputusan yang lebih baik akan diperolehi.

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

Borang Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting berkaitan Permohonan Cara Semak Semula Keputusan SPM 2022. Pelajar boleh memohon semakan semula jika tidak berpuas hati. Atau yakin bahawa ada kesilapan dari pihak Lembaga Peperriksaan Malaysia (LPM).

Cara Memohon Semak Semula Keputusan SPM

Melalui makluman Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan, permohonan akan dibuka dari 8 Jun 2023 sehingga 7 Julai 2023 boleh dibuat melalui kaedah berikut :-

  1. Manual (cara membuat permohonan diterangkan di bawah)
  2. Online/ Atas Talian
    • i) Melalui aplikasi mudah alih eLP (Hanya untuk pengguna Android sahaja dan muat turun di Google Play Store)
    • ii) Melalui elp.moe.gov.my
      • Bermula 8 Jun 2023, jam 1100 pagi
      • Klik Menu Perkhidmatan

makluman semak semula spm

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM Melalui Pos Dan Kaunter Lembaga Peperiksaan

Permohonan secara manual tidak disediakan untuk tahun ini kerana pandemik COVID-19. Calon perlu menggunakan kaedah atas talian atau online seperti diatas

Langkah-langkah dan panduan dalam membuat permohonan semak semula result SPM tahun sebelumnya adalah seperti berikut :-

  1. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.
  2. Untuk membuat permohonan, pemohon mestilah menggunakan Borang Semak Semula/Kes T yang boleh didapati di sekolah, Sektor/ Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my
  3. Pemohon juga boleh memuat turun/ download borang permohonan dipautan berikut:-
  4. Permohonan tidak akan diproses jika tidak menggunakan borang ini atau borang tidak lengkap diisi
  5. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:
    • Pengarah Peperiksaan
      Lembaga Peperiksaan
      Kementerian Pendidikan Malaysia
      Aras 8, Blok E11
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62604 PUTRAJAYA.
      (U.P.: Unit Menengah Atas)
  6. Borang permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan,

Dokumen Yang Diperlukan

Setiap Permohonan Semak Semula Keputusan SPM hendaklah disertakan dengan dokumen berikut :-

  1. Sila sertakan dua (2) sampul surat berukuran 11cm x 22cm bernama dan beralamat sendiri dan dilekatkan setem RM1.30.
    • Sila tuliskan perkataan SEMAK SEMULA SPM di sudut atas sebelah kiri sampul surat.
  2. Sertakan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/ pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
    • Untuk Kes T, pemohon perlu menyertakan sekali markah peperiksaan percubaan

Bayaran Fi Dan Kaedah Bayaran Semakan Semula Keputusan

Kadar bayaran proses penyemakan semula keputusan peperiksaan adalah RM100.00 bagi setiap mata pelajaran.

  • Permohonan melalui pos:
    • a. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/ Kes T (LP/ Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
    • b. Cek persendirian tidak diterima.
  • Permohonan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan:
    • a. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Pembayaran menggunakan wang tunai juga diterima.
    • b. Cek persendirian tidak diterima

Tarikh Penting Permohonan Semak Semula Keputusan SPM Dan Semakan

  1. Borang perlu dihantar sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 30 hari selepas pengumuman keputusan peperiksaan.
  2. Tarikh keputusan semak semula adalah dua bulan selepas tarikh tutup permohonan
  3. Surat RASMI pemberitahuan keputusan BERUBAH atau KEKAL bagi calon sekolah dan calon persendirian akan dihantar kepada calon.
    • Pernyataan keputusan baharu bagi calon sekolah akan dihantar ke sekolah.
    • Bagi calon persendirian dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri.
  4. Calon hendaklah menyerahkan pernyataan keputusan lama kepada pihak sekolah/JPN apabila mengambil pernyataan keputusan baharu.
  5. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Keputusan Semakan Kes T

Keputusan Semakan Kes “T” Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 boleh disemak bermula 10.00 pagi, 8 Jun 2023 hingga 7 Julai 2023

Semak di pautan https://elp.moe.gov.my/

Maklumat Lanjut

Sila gunakan nombor rujukan yang diberikan oleh pihak Lembaga Peperiksaan bagi semua urusan berkaitan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Menengah Atas melalui talian 03-8884 3175/ 3357/ 3356 atau Unit Khidmat Bantu melalui talian 03-8884 3785 atau

  • SEBARANG PERTANYAAN,
    SILA E-MEL KEPADA
    khidmatbantu.lp@moe.gov.my

Peraturan pentadbiran permohonan boleh diriujuk dan di download dalam PDF di pautan berikut :-

Selamat membuat permohonan dan semoga berjaya.

Rel : berpuas hati dengan keputusan, portal e lembaga peperiksaan, untuk membuat semakan, keputusan spm 2021, untuk mendapatkan, borang permohonan semak semula keputusan spm 2022,

Tinggalkan Balasan