Soalan Lazim Kemasukan Pelajar Ke UA Poli Kolej Komuniti ILKA (FAQ)

FAQ Kemasukan Pelajar Ke UA (Soalan Lazim). Sekiranya anda ingin melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi, pasti anda ingin tahu bagaimana cara isi borang UPU? Panduan buat anda yang ingin mengetahui langkah-langkah proses atau cara membuat application upu sesi 2023-2024 dengan betul. Berikut kami kongsikan Soalan Lazim Kemasukan Pelajar Ke UA Poli Kolej Komuniti ILKA (FAQ) agar sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat permohonan. Untuk ambilan tahun 2024-2025 akan dikemaskini.

Buat pengetahuan semua, BPKP JPT adalah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) atau lebih dikenali dengan UPU. BPKP JPT adalah bahagian yang bertanggungjawab menyelaras kemasukan ke 20 buah Universiti Awam (UA) dan 3 Politeknik Premier (Program Pengajian Lepasan SPM/STPM/Setaraf). Juga menyelaras kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kolej Matrikulasi KPM, Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA (Program Pengajian Lepasan SPM/ Setaraf, Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Suruhanjaya Tenaga dan Kemasukan ke Program Sijil Pengajar Vokasional (VTO)).

Soalan Lazim Kemasukan Pelajar Ke UA Poli Kolej Komuniti ILKA

Soalan Lazim Kemasukan Pelajar Ke UA Politeknik Kolej Komuniti ILKA (Soalan Yang Kerap Ditanya)

BKPA JPT adalah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) atau lebih dikenali dengan UPU. BKPA JPT adalah bahagian yang bertanggungjawab menyelaras kemasukan ke

  • a) 20 Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), 36 buah Politeknik, 105 Kolej Komuniti dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPU
    • Program Pengajian Lepasan STPM/ Setaraf
    • Program Pengajian Lepasan SPM
  • b) 36 Politeknik Konvensional/METrO, 105 Kolej Komuniti dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melalui UPUSkills
    • Program Pengajian Lepasan SPM
    • Program Pengajian Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Suruhanjaya Tenaga dan Kemasukan ke Program Sijil Pengajar Vokasional (VTO)

FAQ UPU (Soalan Lazim Berkaitan Umum, Permohonan, Keputusan Dan Rayuan)

Soalan-soalan lazim kemasukan pelajar ke UA untuk sesi ambilan 2024/2025 akan dikemaskini. Calon-calon boleh merujuk slaid taklimat permohonan UPU terkini di bawah:

Berikut merupakan contoh-contoh Soalan Lazim Kemasukan Pelajar Ke UA Poli Kolej Komuniti ILKA (FAQ) untuk sesi pengambilan 2020/2021:

  1. Apa itu meritokrasi dalam kemasukan pelajar?
    • Meritokrasi adalah penentuan nilai merit yang dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya. Prinsip meritokrasi mengguna pakai:
      • 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Kolej Matrikulasi KPM, IPGM, 36 buah Politeknik, 103 Kolej Komuniti, dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
  2. S4. Ada Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf, ada Lepasan SPM dan Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Suruhanjaya Tenaga dan Kemasukan ke Program Sijil Pengajar Vokasional (VTO). Banyak sangat yang saya tidak faham dan keliru. Cuba terangkan maksud bagi setiap perkara?
    • Program pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah calon yang mempunyai kelayakan seperti STPM, STAM, Matrikulasi/ Asasi, Diploma, A-Level dan lain-lain untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
    • Manakala program pengajian Lepasan SPM pula adalah calon yang mempunyai kelayakan SPM untuk melanjutkan pengajian ke Peringkat Asasi, Sijil, Sijil Matrikulasi, Ijazah Sarjana Muda Perguruan (DI IPGM SAHAJA) dan Diploma.
    • Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia/ Sijil Suruhanjaya Tenaga adalah calon yang mempunyai SKM dan Sijil Pendawaian/ Sijil Jentera untuk naik tahap seperti daripada SKM Tahap 3 ke SKM tahap 4.
    • Sijil Pengajar Vokasional (VTO) pula adalah terbuka kepada semua calon yang mempunyai Sijil/ Diploma untuk mengikuti program menjadi tenaga pengajar Vokasional.
  3. Apakah perbezaan permohonan Fasa 1 dan Fasa 2 bagi pelajar Matrikulasi/Asasi?
    • Pada fasa 1, pemohon lepasan Matrikulasi/ Asasi akan mengisi maklumat peribadi dan pilihan program berdasarkan keputusan semester 1. Manakala pada fasa 2 pemohon hanya boleh membuat pilihan program bukan bertemuduga sahaja dan berdasarkan keputusan penuh pengajian.
  4. Orang Asli, B40, Atlet dan OKU mendapat laluan khas untuk penempatan ke IPTA, boleh terangkan apa maksud laluan khas tersebut?
    • Laluan khas adalah mod kemasukan yang diwujudkan bagi empat (4) kumpulan iaitu Orang Asli, B40, Atlet dan OKU dimana kumpulan ini boleh mendapat tempat tanpa perlu bersaing dalam prinsip meritokrasi tertakluk kepada memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan dan kekosongan tempat yang disediakan.
  5. Bagaimana permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh dikemukakan?
    • Jawapan: Permohonan kemasukan hanya melalui UPU sahaja di Portal Rasmi Kemasukan iaitu Laman web UPU
  6. Bila permohonan kemasukan dibuka dan adakah bayaran dikenakan untuk mengemukakan permohonan?
    • Bagi permohonan sesi akademik tahun 2023/2024, tiada pembelian nombor pin dan pelajar dikehendaki membuat permohonan terus secara atas talian
    • Jawapan: Permohonan kemasukan akan dibuka pada bulan Februari setiap tahun. Pemohon perlu membeli No. Unik ID untuk mengemukakan permohonan.
  7. Bagaimanakah cara untuk membeli No. Unik ID tersebut dan berapa harga No. Unik ID?
    • Jawapan: No. Unik ID boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), di mesin ATM BSN sehari selepas iklan disiarkan. Pemohon perlu membawa MyKad/ Salinan MyKad untuk membeli No. Unik ID. Harga No. Unik ID adalah RM15.60 (tidak dikenakan SST).
  8. Bagaimana untuk memastikan No. Unik ID yang dibeli adalah betul?
    • Jawapan: Pastikan No. Kad Pengenalan yang tertera dalam Slip No. Unik ID BSN adalah betul. Jika pemohon adalah Lepasan STPM/Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 13XXX dan jika pemohon adalah Lepasan SPM/Setaraf, No. Unik ID bermula dengan angka 16XXX
  9. Bolehkah saya akses UPU tanpa membeli No. Unik ID?
    • Jawapan: Boleh. Anda hanya perlu Daftar Kali Pertama terlebih dahulu dengan masukkan item yang yang diperlukan. Semasa Daftar Kali Pertama ini anda tidak perlu masukkan No. Unik ID.
    • Selepas daftar, anda boleh akses UPU untuk dapatkan maklumat seperti berikut sebelum mengemukakan permohonan
    • Selepas itu, anda boleh membeli No. Unik ID dan mengemukakan permohonan
    • Selain UPU, anda juga boleh akses UPUPocket 2.0 melalui smart phone anda yang boleh didapati di Play Store dan App Store. Aplikasi ini boleh digunakan untuk berikut :
      • a) Semak kelayakan kemasukan
        b) e-Panduan : Syarat Am dan Khas Kemasukan
        c) Status permohonan
        d) Keputusan permohonan dan rayuan
        e) Rujukan tarikh penting
  10. Bolehkah saya mohon UPU sedangkan saya belum mendapat keputusan SPM/ STPM lagi?
    • Jawapan: Calon boleh mendaftar UPU pada 21 Oktober 2019.
    • Setelah memperoleh keputusan SPM, anda hanya perlu mengemaskini maklumat pilihan program pengajian supaya program yang dipilih memenuhi syarat am dan khas yang ditetapkan oleh IPTA, Matrikulasi, IPGM dan ILKA.
    • Selepas lima (5) hari keputusan SPM/ STPM diumumkan, pilihan program yang dipaparkan dalam pilihan program pengajian di UPU adalah yang anda layak sahaja akan dipaparkan dakam UPU berdasarkan keputusan dan syarat kemasukan program pengajian.
    • Anda boleh mengelakkan sebarang masalah teknikal/ kesesakan jika mohon UPU lebih awal.
  11. Bagaimana saya tahu yang saya layak memohon atau tidak?
    • Jawapan: Anda boleh menyemak sama ada layak memohon atau tidak dalam e-Panduan. Namun begitu, hanya calon lepas SPM,STPM, Matrik,Asasi dan STAM semua program yang terpapar dalam sistem UPU selepas keputusan rasmi STPM dan SPM dikeluarkan adalah program yang layak dipohon sahaja.
  12. Semasa mengisi borang permohonan dalam talian, saya telah membuat kesilapan dalam mengisi jenis kategori. Adakah permohonan tersebut masih diproses oleh pihak BPKP?
    • Jawapan: Ya, masih diproses. Walau bagaimanapun anda perlu memaklumkan kepada pihak BKPA, JPT terlebih dahulu ditalian Hotline 03-8870 8200 kerana kesilapan dalam mengisi kategori akan menyukarkan proses permohonan. Pertukaran kategori ini hanya boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  13. Adakah saya perlu menghantar sebarang salinan dokumen/sijil sebagai bukti bagi proses permohonan kemasukan?
    • Jawapan: Sekiranya anda merupakan lepasan SPM,STPM,Matrik,Asasi,STAM tahun semasa, pemohon tidak perlu menghantar sebarang salinan dokumen/ sijil kerana BKPA JPT melaksanakan proses padanan dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Peperiksaan, Majlis Peperiksaan Malaysia, Bahagian Kokurikulum & Kesenian KPM dan sebagainya bagi memastikan data peribadi, keputusan peperiksaan, MUET dan markah kokurikulum adalah tepat. Walau bagaimanapun, jika anda merupakan pelajar Lepasan STPM/Setaraf dalam Kategori Diploma/Setaraf, anda perlu memuat naik beberapa dokumen penting dalam Sistem UPU.
  14. Saya merupakan calon STPM dan berminat memohon ke USM dan UM. Adakah saya mohon terus kepada USM dan UM atau memohon melalui UPU?
    • Jawapan: Mulai Sesi Akademik 2017/2018, anda perlu memohon melalui UPU jika berminat untuk mengikuti program pengajian di USM dan UM.
  15. Bagaimana jika saya terlupa kata laluan saya, ada cara yang saya boleh dapatkannya semula ?
    • Anda boleh buka portal rasmi kami di UPU Sistem Permohonan dan tekan pada ruangan lupa kata laluan. Bagi tujuan set semula kata laluan, anda dikehendaki memastikan jawapan bagi soalan keselamatan adalah tepat.
  16. Saya telah tersilap daftar No. Kad Pengenalan (NO. KP) semasa pendaftaran peperiksaan SPM, adakah saya boleh memohon UPU?
    • Jawapan: Boleh. Anda cuma perlu masukkan No. KP yang silap semasa pendaftaran peperiksaan SPM pada ruangan No. Kad Pengenalan Semasa Pendaftaran Peperiksaan dalam UPU.
  17. Untuk permohonan melalui UPU bagi lepasan STPM, kenapa tiada ruangan untuk saya muat naik dokumen atau sijil-sijil berkaitan? Bagaimanakah pihak UPU pastikan keputusan STPM calon yang di guna pakai adalah tepat?
    • Bagi calon lepasan SPM,STPM,STAM dan juga Asasi UiTM/Asasi Sains UM/Matrikulasi KPM, keputusan peperiksaan bagi calon lepasan ini diperolehi secara terus daripada agensi seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (SPM dan STAM), Majlis Peperiksaan Malaysia (STPM), Pusat Asasi UM, Asasi UiTM dan juga Bahagian Matrikulasi KPM (Asasi/Matrikulasi KPM).
  18. Siapakah yang boleh membuat pengesahan untuk dokumen bagi kategori Diploma setaraf?
    • Setiap salinan dokumen yang dimuat naik hendaklah mendapatkan ‘Salinan Diakui Sah’ daripada mana-mana pegawai kakitangan kerajaan gred 41 ke atas dan gred pegawai yang berkaitan/mana-mana ketua kampung/penghulu dan lain-lain.
  19. Bagaimana cara pengisian ruangan no kad pengenalan di maklumat bapa/penjaga jika bapa saya bukan taraf warganegara?
    • Ruang tersebut hanya menerima maklumat ibu/bapa/penjaga yang bertaraf warganegara dan mempunyai no kad pengenalan/ MyKad. Oleh itu, kemukakan maklumat penjaga yang lain seperti bapa/ibu saudara atau sesiapa yang mempunyai hubungan keluarga terdekat sahaja. Pastikan penjaga lain tersebut mempunyai no kad pengenalan/ MyKad.
  20. Adakah saya boleh membuat pemohonan melalui UPU jika saya mahu melanjutkan pelajaran dalam program pendidikan jarak jauh (PJJ) ?
    • Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) tidak boleh dipohon melalui UPU, anda boleh memohon terus ke Universiti Awam.
  21. Bolehkah saya membuat permohonan melalui UPU sedangkan saya belum tamat pengajian?
    • Calon Diploma/setaraf yang belum menamatkan pengajian dan dijangka akan tamat pengajian selepas tarikh UPU ditutup, masih boleh mengemukakan borang.
    • Hanya calon yang tamat pengajian sehingga Ogos sahaja yang dibenarkan untuk mengemukakan permohonan kemasukan pelajar. Calon yang belum tamat dan hanya akan tamat pengajian selepas pemohonan ditutup hingga Ogos boleh mengemas kini tarikh tamat pengajian dan memuat naik dokumen terkini semasa permohonan rayuan untuk dipertimbangkan.(Sekiranya tidak ditawarkan semasa hebahan pertama)
  22. Saya adalah pelajar lepasan STPM, bolehkah saya membuat application ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda?
    • Boleh, bagi calon yang mempunyai keputusan STPM dan SPM, calon boleh mengemukakan permohonan ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda dengan syarat membeli dua nombor Unik ID untuk Lepasan SPM dan STPM / Setaraf.
  23. Adakah application boleh dibuat sekiranya saya masih belum mengambil MUET semasa permohonan dibuka?
    • Anda masih boleh mengemukakan application sekiranya masih belum mengambil MUET semasa permohonan dibuka. Namun begitu, anda perlu memiliki keputusan MUET selewat-lewatnya pada tarikh keputusan STPM diumumkan bagi membolehkan pemilihan program pengajian dibuat.
  24. Saya terlambat membeli nombor Unik ID BSN. Adakah nombor pin akan dijual pada fasa rayuan dan boleh membuat permohonan?
    • Nombor Unik ID BSN hanya dijual pada tarikh permohonan dibuka sehingga sehari sebelum tarikh permohonan ditutup.
  25. Bila pendaftaran bagi sesi kemasukan 2020/2021 bagi lepasan SPM dan STPM.
    • Maklumat bagi sesi kemasukan 2023/2024 akan dikemaskini
    • Bagi lepasan SPM dan STPM bagi sesi kemasukan 2020/2021 pemohon boleh membuat pendaftaran di portal UPU tanpa mengunakan Unik ID dan hanya perlu mengisi maklumat peribadi sahaja.
    • Jika Pemohon terlepas untuk membuat sebarang pendaftaran dan permohonan, pemohon boleh membuat permohonan di UPU pada bulan Februari sehingga bulan April.
      Program dan syarat hanya dimuktamadkan semasa proses permohonan bermula pada bulan Februari 2020/2021.
  26. Adakah saya diberi peluang untuk membuat kemas kini permohonan disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?
    • Jawapan: Ya, anda masih boleh kemaskini permohonan tanpa sebarang had sepanjang tempoh permohonan. Namun demikian, anda perlu pastikan kemas kini maklumat hanya dilakukan oleh anda sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak ke-3. BPKP JPT tidak bertanggungjawab atas kesilapan maklumat yang dimasukkan.
  27. Saya terlupa untuk mencetak/ simpan Slip Application. Bagaimana cara untuk saya mencetak/ simpan Slip Application dan adakah setiap kali saya kemaskini permohonan saya juga perlu mencetak Slip tersebut?
    • Jawapan: Ya, anda dinasihatkan untuk mencetak/menyimpan slip tersebut setiap kali mengemaskini permohonan. Anda hanya perlu login UPU seperti biasa dan klik pada pautan menu SLIP pada sebelah kanan laman.
    • Selepas itu, Slip Application akan dipaparkan dalam format PDF. Anda boleh cetak terus atau menyimpan/save fail PDF tersebut dalam komputer anda.
  28. Saya cuba klik pautan SLIP dalam UPU, tetapi tiada sebarang paparan Slip Application dipaparkan. Mengapakah perkara ini berlaku?
    • Jawapan: Perkara ini berlaku kerana anda tidak berjaya mengemukakan permohonan. Mungkin anda tidak klik ‘Sah & Hantar’ atau ada gangguan internet semasa mengemukakan permohonan.
    • Setiap permohonan, anda perlu pastikan anda klik ‘Sah & Hantar’ dan pastikan Slip Applicationdipaparkan dan dicetak/ disimpan sebagai rujukan. Pastikan Slip Application adalah lengkap dengan dengan maklumat permohonan.
  29. Bagaimana saya perlu membuat pilihan program pengajian? Senarai program pengajian yang ada terlalu banyak.
    • Jawapan: Anda boleh melayari e-Panduan Kemasukan Pelajar untuk mendapatkan senarai program pengajian yang anda minati di URL seperti berikut :-
      • a) IPTA & ILKA
        • Dalam e-Panduan ini, anda boleh menyemak sama ada ada layak memohon atau tidak.
      • b) UPUPocket 2.0 dimana aplikasi mudah alih untuk smart phone anda yang boleh didapati di Play Store dan App Store.
    • Selain itu, selepas lima (5) hari keputusan STPM dan lima (5) hari keputusan SPM diumumkan, pilihan program yang dipaparkan dalam pilihan program pengajian di UPU adalah yang anda layak sahaja berdasarkan keputusan SPM/STPM/Matrik/Asasi/STAM dan syarat kemasukan program pengajian.
  30. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya membuat semakan semula keputusan SPM? Soalan Lazim Kemasukan Pelajar Ke UA Poli Kolej Komuniti ILKA (FAQ)
    • Anda perlu memaklumkan kepada BKPA, JPT dan melampirkan sekali keputusan terkini bagi tujuan pengesahan.Pihak BKPA, JPT akan membuat padanan semula dengan Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan keputusan SPM terkini.
  31. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya terlupa kata laluan dan masih tidak boleh menukar kata laluan walaupun menggunakan fungsi “terlupa kata laluan” yang telah disediakan.
    • Anda perlu menghubungi talian hotline UPU (03-8870 8200) untuk mendapat bantuan mendapatkan kata laluan yang telah didaftarkan.
  32. Saya merupakan lepasan SPM dan ingin mencetak borang permohonan.Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya dapati nombor giliran dan tahun peperiksaan tidak sama dengan maklumat yang telah diisi?
    • Anda perlu memaklumkan kepada BKPA,JPT ditalian hotline 03-88708200 atau emelkan kepada upu@moe.gov.my
  33. Kenapa paparan program pengajian untuk pilihan pelajar berbeza-beza? Saya hanya layak memilih 6 sahaja pilihan program manakala rakan saya boleh memilih sehingga 12 pilihan. Mohon penjelasan.
    • Pilihan program telah ditapis berdasarkan keputusan SPM / STPM/ Matrikulasi/ Asasi calon dan juga syarat Am serta syarat Khas program yang telah ditetapkan oleh IPTA/ILKA.
  34. Saya telah menyelesaikan permohonan sehingga sah dan hantar, namun mengapakah saya tidak memperolehi slip pengesahan permohonan?
    • Slip permohonan akan dihantar ke emel yang telah didaftar semasa pendaftaran kali pertama UPU. Anda juga boleh mendapatkan slip permohonan dalam borang UPU sebelum tarikh tutup permohonan. Anda perlu log masuk UPU seperti biasa dan tekan pada pautan menu SLIP pada sebelah kanan laman. Selepas itu, slip application akan dipaparkan dalam format PDF. Anda boleh mencetak terus atau menyimpan / save fail pdf tersebut.
  35. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya telah tamat/ berhenti belajar di universiti lama namun berdasarkan semakan BKPA,JPT, status saya masih aktif di universiti tersebut?
    • Pemohon diminta untuk membuat semakan dengan pihak universiti untuk pengesahan status belajar dan mengemukakan bukti tamat belajar/berhenti melalui emel rasmi BKPA (upu@moe.gov.my).
  36. Bagaimana saya boleh mengetahui bahawa saya dipanggil untuk temu duga atau ujian seperti Ujian MEdSI?
    • Anda perlu menyemak di laman web UA/ IPGM/ Matrik/ Politeknik/ Kolej Komuniti dan ILKA yang berkaitan. Pihak UA/ Politeknik/ Kolej Komuniti dan ILKA yang berkaitan juga akan turut menghubungi anda untuk maklumkan mengenai panggilan Temu duga/ Ujian.
  37. Adakah saya akan ditawarkan dengan program pengajian yang tidak dipilih dalam UPU?
    • Anda hanya akan ditawarkan pilihan program yang ada dalam pilihan sahaja. Jika anda tidak berjaya pada ambilan pertama, anda perlu mengemukakan permohonan rayuan.
  38. Sekiranya saya menghadiri temuduga di beberapa universiti, bolehkah saya memilih universiti yang saya inginkan?
    • Tidak. Anda hanya akan ditawarkan satu program yang ada dalam pilihan sahaja. Jika anda tidak berjaya pada ambilan pertama, pemohon perlu mengemukakan permohonan rayuan. Pemilihan bagi permohonan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu.
  39. Saya merupakan pelajar lepasan SPM bukan tahun semasa, pada tahun tersebut keputusan Bahasa Melayu saya tidak mendapat kepujian, dan saya menduduki kertas Julai Bahasa Melayu dan mendapat kepujian. Bolehkah saya menggunakan keputusan Bahasa Melayu yang terkini?
    • Pihak BKPA hanya mengambil keputusan penuh dan keputusan kertas Julai tidak diambil kira dalam pemprosesan kemasukan lepasan SPM.
  40. Saya mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, tetapi masih gagal mendapat sebarang tawaran.
    • Kejayaan anda untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di IPTA/ILKA yang dipohon. Jika merit anda tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar pemohon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian dalam pilihan mereka. Begitu juga jika anda hanya memohon di Universiti Awam yang popular, anda akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada IPTA/ILKA berkenaan. Antara beberapa sebab mengapa anda tidak ditawarkan ke mana-mana IPTA/ILKA adalah kerana:
      • i. Kalah dalam persaingan merit di antara calon atau
      • ii. Tidak mengemukakan permohonan melalui BKPA, JPT atau
      • iii. Tidak memenuhi syarat am UA dan syarat khas program pengajian atau
      • iv. Permohonan tidak lengkap atau,
      • v. Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan permohonan atau
      • vi. Tidak tekan butang Sah & Hantar semasa permohonan atau
      • vii. Pemohon sedang belajar atau, Dokumen tidak dimuat naik atau dokumen yang dimuat naik tidak jelas (bagi STPM/Setaraf Kategori Diploma/Setaraf)

Maklumat lanjut, sila rujuk FAQ yang lengkap di UPU MOHE. FAQ bagi sesi kemasukan 2024/2025 akan dikemaskini.

Semoga perkongsian Soalan Lazim Kemasukan Pelajar Ke UA Poli Kolej Komuniti ILKA (FAQ) ini dapat membantu anda membuat permohonan dengan lebih lancar dan betul. Semoga berjaya kepada semua.

Tinggalkan Balasan