UPU

Carta Alir Permohonan UPU Online Sesi 2018-2019

Cara Mohon UPU (Proses Permohonan)

Proses Dan Panduan Permohonan UPUOnline Sesi 2018-2019. Bagaimana cara isi borang UPU? Panduan buat anda yang ingin mengetahui langkah-langkah proses atau carta alir permohonan UPU Online sesi 2018-2019. Berikut kami kongsikan panduan untuk mendaftar dan memohon buat kali pertama. Untuk mendaftar anda tidak memerlukan nombor Unik ID BSN tetapi untuk membuat permohonan anda wajib mempunyai nombor Unik ID tersebut.

Apabila sistem permohonan dibuka pada 5 Februari hingga 10 April 2018, anda boleh membuat pendaftaran untuk kali pertama, kemudian anda boleh membeli nombor unik ID di BSN mulai 5 Februari hingga 9 April 2018 dan teruskan membuat permohonan lengkap.

Carta Alir Permohonan UPU

PERMOHONAN DAFTAR KALI PERTAMA

BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan bagi Program Pengajian Lepasan SPM untuk Ambilan Jun / Julai 2018 yang dikategorikan kepada dua (2) saluran kemasukan iaitu :-

  1. Universiti Awam (UA) dan Politeknik Premier
  2. Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Iklan Permohonan Kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2018/2019 akan disiarkan pada hari Ahad sebanyak dua (2) kali iaitu pada 04 Februari 2018 dan 18 Mac 2018. Permohonan akan dibuka mulai 05 Februari 2018 jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 10 April 2018 jam 11.59 malam.

Pemohon adalah diwajibkan untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA melalui Sistem UPUOnline sahaja di http://upu.mohe.gov.my. Pastikan sebelum mengisi maklumat dalam UPUOnline, pemohon dinasihatkan membaca terlebih dahulu panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi mengelakkan pemohon memilih program yang tidak melepasi syarat khas program.

PERMOHONAN KALI PERTAMA

Pemohon dikehendaki membuat pendaftaran Kali Pertama bagi mengakses UPUOnline untuk permohonan kemasukan ke UA/ Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA. Apabila sistem permohonan UPU dibuka pada 5 Februari 2018 hingga 10 April 2018, pemohon wajib memasukkan item-item berikut untuk membuat pendaftaran Kali Pertama:

  • No Kad Pengenalan
  • Alamat E-mel
  • Nama Ibu
  • Kata Laluan (pastikan kata laluan senang diingati)
  • Kod Keselamatan
  • Soalan Keselamatan Profil Akaun

Untuk membuat permohonan, pemohon wajib memasukkan lima item berikut untuk mengemukakan permohonan kali pertama. Pastikan nombor unik ID BSN telah dibeli  sebelum permohonan dilakukan:

  • No. Kad Pengenalan atau MyKAD Semasa Pendaftaran Peperiksaan
  • Nombor Unik ID (beli nombor pin di BSN mengikut kategori masing-masing : SPM/Setaraf, STPM/Setaraf)
  • Jenis Permohonan
  • Program Pengajian (buat pilihan mengikut susunan)
  • Kategori (pilih kategori mengikut kelulusan, rujuk gambar kategori dibawah)

SPM/SETARAF

Carta Alir Permohonan UPUOnline Sesi 2018-2019

STPM/SETARAF

Carta Alir Permohonan UPUOnline Sesi 2018-2019PERHATIAN

  • Untuk lepasan STPM (bukan tahun semasa), STAM (2015 dan ke bawah), Matrikulasi KPM/ASASI (bukan tahun semasa), permohonan adalah dibawah LEPASAN DIPLOMA/SETARAF, KELAYAKAN SETARAF, KATEGORI F.

Carta Alir Permohonan UPU Online

Kepada yang telah mendaftar dan ingin membuat kemaskini dan semakan, anda boleh login dengan hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat.

Berikut dikongsikan Carta Alir Permohonan UPUOnline Sesi 2018-2019 buat panduan pemohon.

  1. Daftar Kali Pertama
  2. Login
  3. Isi Maklumat Peribadi
  4. Isi Maklumat Keluarga
  5. Semak semua maklumat yang dimasukkan adalah betul
  6. Isi Maklumat Lain-lain
  7. Isi Maklumat Pilihan Program Pengajian
  8. Seterusnya Isi Maklumat Akademik
  9. Klik SAH dan HANTAR
  10. Paparan Slip Permohonan dalam Format PDF

Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk kepada grafik carta alir permohonan UPU 2018 secara online di bawah ini.

Carta Alir Permohonan UPUOnline Sesi 2018-2019

Pemohon sila pastikan anda merujuk kepada nota penting permohonan di bawah ini :-

  • Ada 12 pilihan program pengajian. Pemohon wajib memilih 5 pilihan program pengajian yang berbeza. Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 hingga 4 sahaja. Bagi Program Pengajian bertemu duga(Pendidikan) pada pilihan 1-2 sahaja.
  • Pemohon hanya dibenarkan memilih program pengajian mulai 8 Mac 2018. Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja yang ditetapkan oleh UA.
  • Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan tanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline.
  • Maklumat penting yang wajib diisi oleh pemohon ditandakan dengan asterisk (*) dalam borang sistem permohonan kemasukan pelajar. Manakala tanda (**) adalah merujuk kepada wajib mengisi salah satu medan maklumat.

FASA PERMOHONAN LEPASAN MATRIKULASI KPM/ PASUM/ Asasi UiTM

Bagi lepasan matrikulasi/asasi, terdapat 2 fasa permohonan. Fasa 1 bermula sama seperti pemohon yang lain. Pilihan kursus yang terpapar adalah berdasarkan kepada markah peperiksaan semester 1 yang dimasukkan dalam sistem permohonan.

Selepas keputusan peperiksaan akhir keseluruhan yang sebenar diumumkan, pemohon wajib mengemaskini permohonan di Fasa 2 yang akan dibuka pada 28 Jun 2008 mulai jam 12.00 tengah hari hingga 02 Julai 2018, jam 11.59 malam. Mana-mana pemohon Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM yang tidak memohon Fasa 1, tidak akan dipertimbangkan dalam permohonan ke UA.

Maklumat yang boleh dikemaskini semasa Fasa 2 adalah seperti berikut :

  • Pilihan Program (bukan program bertemu duga)
  • Alamat yang boleh dihubungi
  • Alamat emel
  • Nombor telefon yang boleh dihubungi

Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja berdasarkan keputusan peperiksaan Semester Akhir dengan pencapaian akademik keseluruhan.

Diharap agar perkongsian Carta Alir Permohonan UPU Online Sesi 2018-2019 ini membantu anda melakukan persediaan dengan baik sebelum mmebuat permohonan. Semoga anda berjaya dalam permohonan kemasukan ke UA/ IPTA yang dihajatkan!

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Close