Kemaskini Borang UPU 2023 Lepasan SPM/ STPM

Cara Kemaskini Borang UPU 2023. Panduan kepada anda yang ingin mengetahui langkah-langkah untuk membuat Kemaskini Borang UPU 2023. Proses kemaskini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang sudah mengisi borang UPU 2023. Seperti yang kita sedia maklum, untuk mendaftar anda tidak memerlukan nombor Unik ID BSN tetapi untuk membuat application anda wajib mempunyai nombor Unik ID tersebut.

Apabila sistem pendaftaran dibuka pada 7 Februari hingga 28 Mac 2023, anda boleh membuat application untuk kali pertama, kemudian anda boleh membeli nombor unik ID BSN mulai Februari 2021 dan teruskan membuat application lengkap. Untuk aplication tahun 2023, pembelian UPU adalah dikecualikan.

Kemaskini Borang Permohonan UPU secara online

Definisi Fasa Pengemaskinian

Pemohon kategori SPM, STPM dan STAM boleh mengemas kini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dan keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi/ Asasi.

Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh mengemaskini semua pilihan program pengajian kecuali program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada Fasa Pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga

Pemohon bagi kategori Diploma/ setaraf, hanya boleh mengemas kini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian

Kemaskini Borang UPU 2023 (Proses Pengemaskinian)

Perhatian kepada lepasan SPM 2022, Fasa Pengemaskinian akan dibuka hanya 5 hari selepas keputusan SPM diumumkan pada tarikh yang akan dimaklumkan. Sila kemaskini berdasarkan pencapaian SPM pemohon dan buat kiraan merit yang terkini untuk meletakkan program yang berpotensi besar diterima di pilihan teratas.

Proses mengemaskini maklumat application boleh dibuat oleh pemohon selepas berjaya mengemukakan borang.

i) Fasa Pengemaskinian Bagi Lepasan STPM/ Setaraf

Fasa Pengemaskinian & application Baharu Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2023/2024

  • Dibuka : 15 Mei 2023, Jam 12.00 tengah Hari
  • Ditutup : 12 Jun 2023, Jam 5.00 petang

Kemaskini pemilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar lepasan STPM/Setaraf (kecuali Diploma/setaraf)

  • Dibuka : Julai 2023
  • Ditutup : –

Fasa Kemaskini :

Lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM :

  • Kemaskini pilihan program pengajian kecuali program yang telah dipanggil temuduga dan/atau ujian

Lepasan Diploma / Setaraf :

  • Muat naik dokumen dan kemaskini keputusan akademik sahaja

Application baharu :

  • 1. Application program pengajian kecuali program pengajian temu duga dan/atau ujian
  • 2. Muat naik dokumen (bagi lepasan Diploma/Setaraf sahaja)

Infografik di bawah adalah untuk sesi 2022, infografik bagi sesi 2023 akan dikemaskini.

fasa kemaskini upuonline sesi akademik

ii) Fasa Pengemaskinian Bagi Lepasan SPM

Cara – cara kemaskini adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web http://upu.mohe.gov.my/ (akan dibuka dari tarikh 15 Mei 2023, 1200pm sehingga 12 Jun 2023, 500pm).
  2. Seterusnya masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan anda.
  3. Kemaskini application seperti biasa.

Pemohon boleh mengemaskini pilihan program pengajian kecuali yang telah dipanggil temu duga dan/atau  ujian

  • Pemohon boleh membuat proses kemaskini application tanpa sebarang had sepanjang tempoh application. Namun demikian, anda perlu memastikan kemas kini maklumat hanya dilakukan oleh anda sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak ketiga. BPKP JPT tidak bertanggungjawab atas kesilapan maklumat yang dimasukkan.
  • Pemohon juga dinasihatkan untuk mencetak/menyimpan slip application setiap kali mengemaskini application. Anda hanya perlu login UPUOnline seperti biasa dan klik pada pautan menu SLIP pada sebelah kanan laman. Selepas itu, Slip application akan dipaparkan dalam format PDF. Anda boleh cetak terus atau menyimpan/save fail PDF tersebut dalam komputer anda.

Lupa Kata Laluan

  • Sekiranya pemohon terlupa kata laluan yang diisi semasa mengemukakan application bagi tujuan pengemaskinian, pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan menekan klik pada pautan Lupa Kata Laluan. Pemohon perlu menjawab beberapa soalan keselamatan sebelum kata laluan dipaparkan kepada pemohon. Kata laluan akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
  • Pemohon perlu menghubungi talian hotline UPU (03-8870 8200) untuk mendapat bantuan mendapatkan kata laluan yang telah didaftarkan jika anda masih tidak boleh menukar kata laluan walaupun menggunakan fungsi “terlupa kata laluan” yang telah disediakan

Application UPU 2023 Fasa 2

Berikut adalah maklumat tarikh buka dan tarikh tutup UPU Fasa 2 sesi akademik 2023/2024 :

  • 15 Mei 2023 : Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) Dibuka
  • 12 Jun 2023 : Sistem UPUOnline Fasa 2 (Matrik/ Asasi) Ditutup

Pemprosesan & Pemilihan

  • Pemohon yang telah memilih program pengajian bertemu duga akan diproses dan dihantar kepada Universiti Awam (UA) untuk pemilihan pemohon yang akan dipanggil untuk menghadiri ujian atau temu duga pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh Universiti Awam (UA).
  • Panggilan temu duga atau Ujian MEdSI adalah berdasarkan keputusan peperiksaan Semester 1 bagi pemohon Matrikulasi atau Asasi.
  • Surat panggilan temu duga akan dikeluarkan oleh UA melalui laman web masing-masing yang turut akan dipaut dari laman web UPU

Surat Tawaran

  • Pihak UA akan mengeluarkan Surat tawaran rasmi mulai sehari selepas keputusan permohonan diumumkan melalui laman web UA masing-masing.
  • Pemohon dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran melalui Laman Web UA dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan permohonan diumumkan. Surat Tawaran hanya akan dikeluarkan setelah pemohon melakukan pengesahan setuju terima tawaran UA tersebut.
  • Tawaran adalah muktamad.

Soalan Lazim Kemaskini UPU

1) Apakah definisi Fasa Pengemaskinian?

  • Pemohon kategori SPM, STPM dan STAM boleh mengemas kini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dan keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi/Asasi
  • Pemohon kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh mengemaskini semua pilihan program pengajian kecuali program yang telah dipanggil temu duga. Tiada pilihan program pengajian yang bertemu duga
  • Pemohon bagi kategori Diploma/ Setaraf hanya boleh mengemaskini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian

2) Perbezaan Fasa Permohonan dan Fasa Pengemaskinian?

  • Fasa permohonan melibatkan pemohon mengisi maklumat peribadi dan membuat pilihan program berdasarkan keputusan peperiksaan sebelum peperiksaan sebenar seperti SPM dan STPM
  • Fasa pengemaskinian pula pemohon hanya boleh membuat pilihan program bukan bertemuduga dan berdasarkan keputusan penuh peperiksaan

3) Saya tidak melengkapkan permohonan saya pada Faasa Permohonan, adakah saya dibenarkan untuk mengemas kini pada Fasa Pengemaskinian?

  • Pihak BKPA hanya memproses permohonan pemohon yang klik ‘Simpan’ dan mempunyai slip permohonan pada Fasa Permohonan bagi membenarkan pemohon tersebut mengemaskini

4) Adakah saya diberi peluang untuk membuat pengemaskinian permohonan disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?

  • Anda masih boleh mengemaskini permohonan tanpa sebarang had sepanjang tempoh permohonan sahaja.

5) Sekiranya pemohon menolak untuk hadir ke sesi temu duga dari Institusi, adakah pemohon dapat mengemaskini pilihan program pengajian tersebut pada Fasa Pengemaskinian?

  • Bagi lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM, pemohon boleh mengemaskini semua pilihan program pengajian kecuali perogram pengajian yang telah dipanggil temu duga.

Diharap agar perkongsian panduan cara Kemaskini Borang UPU ini dapat menjadi rujukan yang bermanfaat. Semoga berjaya!

Tinggalkan Balasan