Semakan Keputusan IPG 2025 Online (PISMP)

Cara Semak Keputusan Tawaran Kemasukan Ke IPG 2025 Online (Program PISMP). Berita baik buat para pemohon IPG lepasan SPM. Berikut dikongsikan tarikh penting dan pautan semakan tawaran kemasukan IPG 2025 Online untuk sesi ambilan 2025. Berdasarkan kepada kalendar aktiviti permohonan IPG (dahulunya Maktab Perguruan), semakan Keputusan IPG 2025 (PISMP) Online akan diumumkan pada sekitar bulan Julai dan tertakluk kepada perubahan.

Calon yang berjaya adalah dikehendaki untuk mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang PISMP, manakala Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri. Pemohon adalah diingatkan untuk sentiasa merujuk kepada Portal Rasmi KPM di ruangan pemberitahuan untuk makluman terkini intake ke IPG.

semakan keputusan ipg online

Semakan Keputusan IPG 2025 Online (Tawaran Kemasukan PISMP)

Untuk makluman, para pemohon IPG 2025 perlu melalui beberapa peringkat tapisan sebelum dapat diterima untuk memasuki IPG. Sebagai rujukan, berikut dikongsikan Kalendar aktiviti penuh Permohonan Guru IPG untuk panduan pemohon.

Tarikh Penting Permohonan Dan Semakan Keputusan IPG 2025

Berikut dikongsikan tarikh penting permohonan IPGM sesi 2025 termasuk tarikh semakan keputusan IPG :-

BilAktivitiTarikh
1Iklan Permohonan PISMP Ambilan 2025 di Portal KPM & Laman FB IPGM23 Februari 2025
2Permohonan secara atas talian (online) dibuka kepada capaian pemohon (pindaan atau perubahan kemaskini maklumat permohonan boleh dibuat sebelum tarikh sistem aplikasi ditutup)24 Februari 2025
3Permohonan Ditutup16 Mac 2025
4e-UKCG
Pelaksanaan e-UKCG secara dalam talian
24 – 28 Mac 2025
7 – 11 April 2025
5Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP (Lepasan SPM & STAM)5 – 7 Mei 2025
6Keputusan (e-UKCG), Semakan calon layak temu duga serta (UKF) (Lepasan SPM & STAM)14 Mei 2025
7Pelaksanaan Temuduga & Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) (Lepasan SPM & STAM)19 – 23 Mei/ 26 – 30 Mei/ 3 – 4 Jun
8Kemaskini Permohonan (Lepasan STPM & Matrik)
9Semakan layak temuduga & UKF (Lepasan STPM & Matrik)
10Pelaksanaan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) & Temuduga secara fizikal (Lepasan STPM & Matrik)
11 Semakan Tawaran Calon Berjaya
Keputusan Calon berjaya ditawar
19 Jun 2025 (Lepasan SPM)

28 Julai 2025 (Lepasan STPM, STAM & Matrik)

12Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru (IPG)
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di IPGM ditetapkan selepas Pendaftaran
11 Ogos 2025
NOTA
Tarikh penting dan aktiviti yang dinyatakan seperti yang tertera diatas adalah tertakluk kepada perubahan semasa. Sumber Kalendar PISMP. Maklumat lanjut, sila rujuk kepada FAQ Permohonan Kemasukan IPG

Pautan Aplikasi Semakan Keputusan Tawaran IPG 2025 Online

Pautan semakan nama calon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IPG 2025 akan diumumkan di applikasi semakan berikut :-

  • Tarikh Lepasan SPM : 19 Jun 2025, jam 500 petang
  • Tarikh Lepasan STPM, STAM & Matrik : 28 Julai 2025, jam 1000 pagi
  • Aplikasi Semakan bagi calon PISMP : Portal PISMP
  • Tarikh yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada sebarang perubahan

Permohonan Rayuan IPG

Rayuan boleh dibuat secara online di pautan berikut :-

Rayuan Kemasukan ke IPG tertakluk kepada keperluan unjuran bidang yang masih ada kekosongan dan memenuhi  syarat-syarat berikut :-

A. Pemohon Yang Layak Untuk Membuat Rayuan Ke IPG

  1. Pemohon yang telah menjalani saringan UKCG dan menghantar rakaman video pengajaran
  2. Pemohon yang telah memohon program IPG tetapi tidak mendapat mana-mana tawaran dalam pilihan 1 hingga 12 semasa membuat permohonan dalam UPUonline
  3. Pemohon yang telah memohon Pilihan 1-4 bagi Program Bahasa Melayu (SK), Sejarah (SK), Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SK), Bimbingan dan Kaunseling, Matematik (SJKC) dan tidak mendapat mana-mana tawaran dalam pilihan 1 hingga 12 semasa membuat permohonan dalam UPUonline
  4. Sekiranya layak IPGM boleh menawarkan mana-mana bidang dan aliran sekolah mengikut keperluan KPM seperti berikut;
    1. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKC/SJKT) untuk Tahap 2 (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKC/SJKT) untuk Tahap 2 bahasa Cina tidak diperlukan, mempunyai syarat kepujian bahasa Cina adalah satu kelebihan.)
    2. Reka bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah (SK)
    3. Pendidikan Masalah Penglihatan (SK)

Sila rujuk syarat bidang pengkhususan di portal http://upu.moe.gov.my, hanya pemohon yang mempunyai kelayakan syarat bidang akan dipertimbangkan.

B. Pemohon Yang Tidak Layak Untuk Membuat Rayuan Ke IPG

  1. Pemohon yang gagal dalam saringan UKCG dan gagal dalam penilaian video pengajaran
  2. Pemohon yang tidak menjalani saringan UKCG dan tidak menghantar rakaman video pengajaran
  3. Pemohon yang telah mendapat tawaran daripada mana-mana pusat pengajian  (universiti/ Matrikulasi/ Asasi/ Politeknik/ Kolej Komuniti) melalui UPU

Semakan Keputusan Rayuan IPG

Semakan Keputusan Rayuan IPG boleh dibuat secara online di pautan berikut :-

Bagi calon yang berjaya diminta melakukan pengesahan setuju / menolak tawaran sebelum atau pada tarikh yang akan dikemaskini. Sekiranya calon tidak berbuat demikian akan dianggap menolak tawaran tersebut

Cara Hubungi IPG

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi maklumat berikut sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
    ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
    63000 CYBERJAYA, SELANGOR
  • No. Telefon : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6678/ 6768/ 6693/ 6733/ 6731/ 6689/ 6760/ 6758/ 6769
  • emel : uppp.ipgm@gmail.com | uppp@ipgm.edu.my

Selamat membuat semakan keputusan tawaran IPG ambilan tahun 2025. Tahniah kepada lepasan SPM yang berjaya menjadi calon guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Tinggalkan Balasan