Permohonan IPG 2024 Online Calon Guru (PISMP)

PISMP Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Di IPG 2024. Berita baik buat lepasan SPM 2021, 2022 atau 2023 yang berminat untuk menjadi seorang guru. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan IPG 2024 iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Pelajar yang mempunyai minat dan beriltizam, komited serta dedikasi dalam profesion perguruan adalah digalakkan memohon.

Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan sepertimana yang telah ditetapkan. Mereka yang berminat dan berkelayakan boleh mengemukakan permohonan PISMP ambilan 2024 secara terus bermula 14 Mac 2024 sehingga tarikh tutup pada 15 April 2024 tanpa melalui UPUonline.

permohonan ipg calon guru lepasan spm

Permohonan Calon Guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Di IPG 2024 Online

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan iaitu PISMP di IPG – Institut Pendidikan Guru ambilan tahun 2024 boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui sistem Aplikasi Permohonan PISMP Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan IPG 2024 Online (Laluan Perdana) : Borang Dan Syarat Kemasukan

Program PISMP adalah dikhususkan untuk melatih bakal guru di IPGM yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sar. Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 3 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM. Program Persediaan Ijazah Sar. Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sar. Muda Perguruan (PISMP) dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Syarat Kelayakan IPG

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan asas permohonan tahun semasa terkini secara online :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2004. Sekiranya anda lahir sebelum 30 Jun 2004 anda tidak layak memohon (Pemohon akan mengetahui sama ada umur anda layak untuk membuat permohonan kerana sebaik sahaja permohonan dibuka, sistem akan terlebih dahulu membuat tapisan awal berkenaan umur pemohon. Jika layak, baru anda dibenarkan mendaftar seterusnya membuat permohonan)
  3. Sihat tubuh badan
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum)
  6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut, iaitu:-
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Bahasa Inggeris
  7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan

Tarikh Penting Permohonan IPG 2024

Berikut adalah tarikh buka dan tutup permohonan PISMP yang dikongsikan dari Portal PISMP sebagai rujukan.

  • 14 Mac 2024 : Tarikh Buka
  • 15 April 2024 : Tarikh Tutup
  • ? : Ambilan Kedua (Hanya terbuka kepada calon lepasan SPM yang belum memohon PISMP 2024)

Panduan Permohonan PISMP 2024

Permohonan boleh di buat secara atas talian atau online di pautan berikut :-

Untuk mengakses sepenuhnya sistem Borang Online Permohonan PISMP, pemohon baharu perlu mendaftar pertama kali sebagai pengguna sistem berkenaan

  1. Sila ikuti arahan, panduan dan keterangan lanjut di laman aplikasi permohonan berkenaan. Sekiranya tidak dapat mengakses laman aplikasi sila ‘clear cache’ pelayar internet (web browser) anda
  2. Pemohon baharu perlu mendaftar pertama kali sebagai pengguna sistem berkenaan : Daftar Akaun Baru
  3. Ikuti arahan selanjutnya sehingga selesai proses permohonan
  4. Pemohon yang telah mengesahkan permohonan perlu mencetak dan simpan no rujukan pengesahan permohonan dan butiran tarikh, masa pengesahan serta mengingati kata laluan kerana calon perlu log masuk semula sistem berkenaan untuk membuat semakan keputusan berkaitan pada tarikh yang ditetapkan

Kalendar Aktiviti Permohonan IPG Tahun 2024

Berikut adalah kalendar aktiviti dan tarikh penting bagi permohonan PISMP – Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan 2024.

BilAktivitiTarikh
1Iklan Permohonan PISMP Ambilan 2024 di Portal KPM & Laman FB IPGM11 Mac – 15 April 2024
2Permohonan secara atas talian (online) dibuka kepada capaian pemohon (pindaan atau perubahan kemaskini maklumat permohonan boleh dibuat sebelum tarikh sistem aplikasi ditutup)14 Mac 2024
3Permohonan Ditutup15 April 2024
4e-UKCG
Pelaksanaan e-UKCG secara dalam talian
15 – 19 April 2024
22 – 26 April 2024
5Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP3 – 9 Jun 2024
6Permohonan Baharu Ambilan keduaakan dikemaskini
7e-UKCG Ambilan keduaakan dikemaskini
8Keputusan (e-UKCG), Semakan calon layak temu duga serta (UKF)13 Jun 2024
9Pelaksanaan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)1 – 5 Julai 2024
10Temuduga secara fizikal8 – 12 Julai 2024
11 Semakan Tawaran Calon Berjaya
Keputusan Calon berjaya ditawar
24 Julai 2024
12Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru (IPG)
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di IPGM ditetapkan selepas Pendaftaran
akan dikemaskini
NOTA
Tarikh penting dan aktiviti yang dinyatakan seperti yang tertera diatas adalah tertakluk kepada perubahan semasa. Sumber Kalendar PISMP. Maklumat lanjut, sila rujuk kepada FAQ Permohonan Kemasukan IPG

Makluman Dan Perhatian

Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.

  • Calon yang terpilih diwajibkan mejalani Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) secara online dan diwajibkan menyediakan rakaman video pengajaran serta menghantar link/ url menerusi portal PISMP.

i) UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (e- UKCG) (SESI UJIAN BERTULIS ATAS TALIAN)

  • e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B
  • Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan
  • Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan

ii) PENYEDIAAN DAN PENGHANTARAN VIDEO PENGAJARAN (VP)

  • Calon yang lulus e-UKCG sahaja dikehendaki menyediakan VP
  • Menghasilkan VP antara 6 ke 8 minit dan muat naik ke aplikasi Youtube. Rakaman VP hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri
  • Hantar link/ URL VP ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan. Garis Panduan Penyediaan  Video Pengajaran akan dimaklumkan hanya kepada calon yang berjaya dipanggil untuk menduduki saringan e-UKCG
  • Sekiranya calon tidak menghantar VP, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan
  • Penyediaan VP hanya akan dilakukan pada calon yang melepasi syarat bidang

iii) PENYEDIAAN DAN PENGHANTARAN VIDEO KECERGASAN FIZIKAL (VKF)

  • Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi
  • Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai
  • Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri
  • Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan
  • Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan
  • Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang melepasi syarat bidang.

iv) PEMILIHAN

Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG,  perakuan panel penilai UKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan  KPM

Semua keputusan adalah muktamad.

v) PENAWARAN

Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.

vi) PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

  • Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

Permohonan Laluan MBK

Maklumat intake boleh dirujuk di iklan MBK

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara Pendidikan Islam Ambilan Jun 2024

KPM mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 yang berkelayakan,  berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara  Pendidikan Islam.

  1. Nama Program : Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara Pendidikan Islam
  2. Pelajar akan mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh Kementerian luar negara selama empat (4) tahun
  3. Setelah tamat pengajian Ijazah pelajar akan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru selama satu (1) tahun.

Maklumat selanjutnya sila rujuk iklan PPC

Permohonan PISMP Ambilan Fasa 2 Tahun 2023

Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 dan Program Pelajar Cemerlang bagi tahun 2023.

Dibuka dari 9 hingga 12 Jun 2023. Iklan permohonan klik Fasa 2

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat dan pengumuman terkini berkaitan dengan permohonan PISMP ambilan 2024, sila layari Portal Rasmi KPM di pautan https://www.moe.gov.my

Selamat membuat permohonan IPG 2024 secara online. Moga permohonan anda ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) berjaya.

Tinggalkan Balasan