Semakan Syarat Kelayakan UiTM Online (Selangkah UiTM)

Adakah anda berminat untuk melanjutkan pengajian tinggi ke Universiti Teknologi MARA (UiTM)? Sekiranya begitu, pasti anda ingin tahu apakah dia syarat kelayakan kemasukan yang harus anda miliki untuk memasuki UiTM. Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Syarat Kelayakan UiTM secara online melalui Selangkah UiTM.

Pelajar adalah disarankan untuk membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan kemasukan UiTM melalui UPU Online atau Portal Kemasukan Pelajar UiTM.Ianya bagi mengelakan permohonan anda gagal atau ditolak kerana memohon melebihi syarat kelayakan akademik yang diperolehi.

Semakan Syarat Kelayakan UiTM Online (Selangkah UiTM)

Cara Semak Syarat Kelayakan Program Permohonan UiTM Online

Panduan bagi calon-calon lepasan SPM/setaraf dan STPM/setaraf yang ingin memohon untuk kemasukan ke UiTM. Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Kelayakan Program Permohonan UiTM Online.

Selangkah UiTM : Semakan Syarat Kelayakan UiTM Online

Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM telah mewujudkan sistem semakSYARAT yang terbaharu bagi tujuan menyemak syarat kemasukan ke UiTM. Ianya lebih mudah diakses dan difahami.

Hanya masukkan keputusan peperiksaan dan dapatkan senarai program yang layak untuk dimohon.

  • Anda disarankan untuk menggunakan sistem Selangkah untuk membuat Semakan Kelayakan Program Pengajian Permohonan UiTM Online. Kemudian barulah anda lengkapkan permohonan di UPUOnline.
  • Sistem Selangkah telah dibuka. Layari pautan di:

Jika calon-calon menggunakan Google Chrome atau Safari di telefon bimbit, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka menu di bahagian atas kiri paparan dan klik pada Semak Syarat.
  2. Sila pilih Peringkat Pengajian & Kategori.
  3. Isi ruangan yang disediakan.
  4. Selesai mengisi, klik Semak.
  5. Senarai program yang layak dimohon akan dipaparkan. Calon boleh klik pada nama program untuk melihat maklumat lanjut berkenaan program pengajian tersebut.
  6. Rekod semakan sebelum ini boleh diakses dan dipaparkan pada bila-bila masa.

Syarat-Syarat Am Kemasukan Ke Universiti Teknologi MARA

Berikut merupakan Syarat-Syarat Am Kemasukan Ke Universiti Teknologi MARA:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  2. Warganegara Malaysia dan takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
  3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program yang dipohon.
  4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
  5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.

Berikut merupakan Syarat-Syarat Am Kemasukan Ke Universiti Teknologi MARA bagi Lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan Diploma:

  1. Calon Lepasan SPM/Setaraf

    • Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian
    • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia
  2. Calon Lepasan STPM/Setaraf

    • Lulus SPM / setaraf dengan baik
    • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf
    • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
    • Mengambil Malaysian University English Test (MUET)
  3. Calon Lepasan Matrikulasi

    • Lulus SPM / setaraf dengan baik.
    • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf
    • Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00
    • Mengambil Malaysian University English Test (MUET)
  4. Calon Lepasan Diploma

    • Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian
    • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf
    • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti
    • Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

    1. Pengarah
      Bahagian Pengambilan Pelajar
      Bangunan Inovasi
      Universiti Teknologi MARA
      40450 Shah Alam
      Selangor Darul Ehsan
    2. Unit Diploma
      No Tel: 03-5544 3194/ 3196/ 3162/ 8067
    3. Unit Sarjana Muda
      No. Tel : 03-5544 3195/ 3198/ 3277/ 2798
    4. Unit Profesional
      No. Tel : 03-5544 3168/ 3167

Semoga perkongsian SemakSYARAT ini dapat membantu anda membuat keputusan dengan bijak. Semoga permohonan kemasukan anda ke Universiti Teknologi MARA berjaya.

Tinggalkan Balasan