Semakan Keputusan UiTM Sesi 2025-2026 Online

Panduan buat anda yang telah membuat application ke UiTM 2025-2026 secara online. Menurut Portal Rasmi Pelajar UiTM (UiTM Student Portal), semakan keputusan UiTM intake sesi akademik 2025-2026 untuk lepasan SPM serta lain-lain boleh disemak secara online di applikasi semakan UiTM mengikut tarikh yang telah dinyatakan.

UiTM adalah sebuah Universiti Awam yang terdapat di Malaysia. UiTM menawarkan program pengajian seperti Pra Diploma, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Penerapan dan Setara Sepenuh Masa (SS) / Pengajian Luar Kampus (PLK).

Semakan Keputusan UiTM online sesi 2018-2019

Semakan Keputusan UiTM Online Sesi Akademik 2025-2026

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Semakan Keputusan Universiti Teknologi MARA sesi 2025-2026 secara Online atau secara atas talian:-

Sesi 1 2025-2026

i) HEBAHAN KEPUTUSAN DAN SEMAKAN SURAT TAWARAN PROGRAM PROFESIONAL UiTM SESI 1 2025/2026 (KEMASUKAN OKT 2025)

📣 Hebahan keputusan dan semakan surat tawaran ke program Profesional UiTM

.⭐ACCA FOUNDATION IN ACCOUNTANCY (ACCA FIA) (UK) (AC151)
.⭐THE ASSOCIATION OF CHARTERED CERTIFIED ACCOUNTANTS (ACCA) (UK) (AC551)
.⭐THE INSTITUTE OF CHARTERED SECRETARIES AND ADMINISTRATION (UK) (ICSA) (AM550)

📣 Hebahan keputusan dan semakan surat tawaran ke program Profesional UiTM boleh disemak mulai :

Tarikh: 17 Jun 2025
Hari: Selasa
Masa: 5.00 petang

Tempoh Klik Setuju Terima & Pendaftaran secara dalam talian (online) sebagai Pelajar :

17 – 25 Jun 2025 (ACCA & FIA) & 17 Jun -13 Julai 2025 (ICSA)

ii) HEBAHAN KEPUTUSAN DAN SEMAKAN SURAT TAWARAN PROGRAM ASASI/ DIPLOMA LEPASAN SPM SESI 1 2025/2026 (MOHON MELALUI UPU)

Semakan Surat Tawaran Lepasan SPM bagi calon yang ditawarkan ke program UiTM Sesi 1 2025/2026 bagi kemasukan Julai 2025 (Asasi) & September 2025 (Diploma) boleh dibuat mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 17 Jun 2025
Hari: Selasa
Masa: 2.00 petang

iii) HEBAHAN PANGGILAN DAN SEMAKAN SURAT TEMU DUGA PROGRAM PROFESIONAL PERAKAUNAN UiTM BAGI SESI 1 2025/2026 (SEMESTER OKTOBER 2025)

• THE ASSOCIATION OF CHARTERED CERTIFIED ACCOUNTANTS (ACCA) (UK) – AC551
• ACCA FOUNDATION IN ACCOUNTANCY (ACCA FIA) (UK) – AC151

Hebahan panggilan dan semakan surat temu duga Program Profesional Perakaunan UiTM bagi sesi 1 2025/2026 (kemasukan Okt. 2025) untuk program AC551 & AC151 adalah seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 05 Jun 2025
Hari : Khamis
Masa : Selepas 2.00 petang

Aplikasi Semakan Tawaran & Rayuan UiTM

Selangkah UiTM : Semak Syarat Kelayakan UiTM Online

Buat pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke UiTM, pemohon adalah disarankan untuk membuat semakan kelayakan terlebih dahulu untuk program pengajian yang boleh dimohon dengan kelulusan anda. Sila gunakan sistem Selangkah UiTM Online. Kemudian barulah anda lengkapkan maklumat yang diperlukan di Aplikasi Application mengikut sesi pengambilan.

Cara Hubungi

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi:

    1. Pengarah
      Bahagian Pengambilan Pelajar
      Bangunan Inovasi
      Universiti Teknologi MARA
      40450 Shah Alam
      Selangor Darul Ehsan
    2. Unit Diploma
      No Tel: 03-5544 3194/ 3196/ 3162/ 8067
    3. Unit Sarjana Muda
      No. Tel : 03-5544 3195/ 3198/ 3277/ 2798
    4. Unit Profesional
      No. Tel : 03-5544 3168/ 3167

Semoga perkongsian diatas ini dapat membantu memudahkan urusan anda. Moga hasrat anda ke Universiti Teknologi MARA diterima.

Related : atas talian, program sarjana muda uitm, 

Tinggalkan Balasan