Semakan Keputusan KKTM IKM MJII 2024 Online

Panduan buat pemohon yang telah membuat application ke KKTM, IKM dan MJII sesi ambilan tahun 2024. Tarikh semakan keputusan KKTM IKM MJII akan diumumkan di Portal TVET MARA.

Menurut Portal TVETMARA, Semakan Tawaran ke IKM / KKTM bagi bulan Julai 2023 adalah mulai 5 Mei 2023. Untuk maklumat lanjut berkaitan Institut Pendidikan MARA (IPMa) iaitu Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan Mara Japan Industrial Institute (MJII), pemohon boleh melayari Facebook TVETMARA.

Semakan Keputusan KKTM IKM MJII Online

Semakan Keputusan Tawaran Ke KKTM IKM MJII 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan dengan Semakan Keputusan KKTM Dan IKM serta MJII sesi pengambilan tahun 2024.

Semakan Keputusan KKTM IKM MJII Online

Keputusan Sesi Januari 2024

  • Tarikh Semakan : 24 November 2023 (Tahun lepas: 14 November 2022)

Pengambilan Sesi Julai 2023

Fasa 1

  • Tarikh Semakan Sesi Julai 2023 Fasa 1 : 5 – 15 Mei 2023
  • Tarikh Rayuan : 5 – 15 Mei 2023
  • Semakan Rayuan : 16 – 19 Mei 2023

Fasa 2

  • Tarikh Semakan Sesi Julai 2023 Fasa 2 : 10 Julai 2023 (Selepas 2.00 petang)
  • Tarikh Rayuan : 5 – 15 Mei 2023
  • Semakan Rayuan : 16 – 19 Mei 2023

Aplikasi Semakan

Penerangan Untuk Pelajar-Pelajar Baru KKTM, MJII & IKM

1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

  • 1.1 Anda mestilah mempunyai kelayakan akademik SPM yang telah disyaratkan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan.
  • 1.2 MARA berhak menarik balik tawaran ini jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan akademik atau lain-lain syarat yang ditetapkan.

2. KESIHATAN

  • 2.1 Anda mestilah sihat dan tidak cacat anggota tubuh badan dan lulus dalam pemeriksaan kesihatan sebelum mengikuti kursus latihan.
  • 2.2 Pemeriksaan kesihatan hendaklah dibuat di Hospital Besar/ Klinik Kerajaan atau Klinik Swasta. Pembayaran segala urusan pemeriksaan kesihatan adaah menjadi tanggungjawab anda sendiri.
  • 2.3 Menjalani pemeriksaan doktor termasuk pemeriksaan X-ray dengan mengemukakan Borang Laporan Kesihatan (Filem X-ray tidak perlu dibawa semasa pendaftaran).
  • 2.4 MARA berhak menarik balik tawaran anda jika anda didapati tidak sihat cacat anggota tubuh badan.

3. PERSIAPAN KE KKTM, MJII & IKM

Bersama-sama ini disertakan Dokumen Pendaftaran untuk dilengkapkan bagi persiapan anda ke KKTM, MJII & IKM;

i. Buku Pendaftaran

Lampiran-lampiran di dalam Buku Pendaftaran hendaklah dilengkapkan

ii. Dokumen Perjanjian (3 set)

Ketiga-tiga set Dokumen Perjanjian yang telah dilengkapkan hendaklah dimatikan setem. Sila baca Panduan Mengisi Dokumen Perjanjian dengan teliti.

iii. Pelajar perlu membawa Salinan Asal dan satu Salinan Fotokopi yang telah disahkan bagi semua dokumen yang diperlukan semasa melaporkan diri di kolej. Dokumen-dokumen tersebut seperti berikut:-

  • a) Sijil SPM & Sijil Akademik berkaitan yang telah disahkan
  • b) Sijil Kelahiran Pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara
  • c) Sijil Kelahiran Ibu/Bapa/Penjaga yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

** PERINGATAN **

Pelajar tidak akan dibenarkan mendaftar jika tiada DOKUMEN ASAL DAN SALINAN FOTOKOPI YANG TELAH DISAHKAN.

4. TAMBANG PERJALANAN PELAJAR SABAH / SARAWAK KE SEMENANJUNG ATAU PELAJAR SEMENANJUNG KE SABAH / SARAWAK ATAU SABAH KE SARAWAK ATAU SARAWAK KE SABAH

Anda adalah layak dibayar tambang pengangkutan sekali pergi dan sekali pulang ke tempat asal atau tempat yang lebih dekat dari tempat asal bagi penerbangan kelas ekonomi. Pelajar boleh membuat bayaran perjalanan ini dengan mengemukakan tiket asal untuk mendapatkan gantian kos penerbangan.

5. ELAUN SARA HIDUP

Elaun Sara Hidup akan dibayar kepada pelajar yang pendapatan keluarganya kurang dari RM 40,000.00 setahun (Pendapatan Bercukai).

Pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh MARA akan menerima bantuan elaun seperti berikut:-

  • Program Diploma : RM 300.00/sebulan, setiap tahun selama 11 bulan sahaja dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 9,900.00 sepanjang 3 tahun tempoh pengajian
  • Program Sijil : RM 250.00/sebulan, setiap tahun selama 11 bulan sahaja dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 5,500.00 sepanjang 2 tahun tempoh pengajian.

Perlu diingatkan :

Proses penyediaan elaun mengambil masa 2 – 3 bulan pertama pada semester pertama, justeru ibu bapa / penjaga perlu menyediakan wang saku pelajar dalam tempoh tersebut untuk perbelanjaan makan / minum dan lain-lain keperluan harian jika perlu.

6. KEMUDAHAN PENGINAPAN

Penginapan disediakan bagi semua pelajar Tahun Satu sahaja. Pelajar-pelajar Tahun Dua (Sem 3 dan seterusnya) akan diberikan kemudahan penginapan bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh kolej tersebut.

7. YURAN PENGAJIAN

Yuran Pengajian dikecualikan sepanjang tempoh pengajian bagi semua pelajar

Maklumat lanjut lain seperti bayaran setuju terima, rawatan kesihatan dan sebagainya , sila rujuk Buku Pendaftaran Pelajar

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

  • Alamat:
    • Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
  • Telefon:
    • 03-26134611/4612/4618/4605
  • Fax: 03-26914510

Semoga perkongsian semakan keputusan KKTM IKM MJII Januari 2024 dan April/ Julai 2023 Online dapat membantu memudahkan urusan anda. Selamat maju jaya dalam hidup anda.

Related : secara online sesi januari 2021 semakan keputusan ikm kktm berminat untuk sesi ogos november 2020

Tinggalkan Balasan