Permohonan KKTM IKM MJII 2024 Online

Perhatian buat pelajar lepasan SPM/ STPM dan Setaraf. Berikut dikongsikan panduan membuat permohonan untuk kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA-Japan Industrial Institute (MJII) bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf dan SIJIL/STPM/Setaraf Sesi Januari 2024. Permohonan KKTM IKM MJII adalah melalui aplikasi SPUPIM atau Laman web UPU dan boleh dibuat secara online.

Bagi sesi Januari 2024 tidak memerlukan no. pin. Permohonan memasuki UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No.KP/ My Kad sahaja. Dua kategori permohonan yang layak memohon adalah pelajar lepasan SPM/ setaraf dan lepasan STPM/ setaraf.

Permohonan KKTM IKM MJII

Permohonan Kemasukan Ke IPMA (KKTM IKM MJII) 2024 Online

Maklumat permohonan kemasukan bagi tahun 2024 akan dikemaskini. Berikut merupakan cara-cara membuat permohonan ke KKTM, IKM dan MJII 2023:

i) Melalui SPUPIM

Sesi/Tarikh:

  • Sesi Januari 2024 (Semua KKTM, IKM dan MJII lain):
    • Tarikh Buka : 15 Oktober 2023
    • Tarikh Tutup : akan dikemaskini
  • Sesi Julai 2023 (Semua KKTM, IKM dan MJII lain):
    • Fasa 1 : 1 Mac – 15 April 2023
    • Fasa 2 : 16 Mei – 15 Jun 2023 (dilanjutkan sehingga 17 Julai 2023)

Percuma : Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan Kemasukan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) secara online di laman web Permohonan Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) Online, di pautan berikut:

ii) Permohonan UPU Online 

Tarikh : 7 Februari 2023 sehingga 28 Mac 2023

  • Melalui permohonan UPU di pautan www.upu.mohe.edu.my – Pemohon tidak perlu membeli no. pin Unik ID

Nota Penting Pengambilan IPMA MARA

  1. Penawaran pengambilan dibuat dua (3) kali setahun iaitu APRIL, JULAI dan JANUARI
  2. Permohonan kemasukan dibuat secara ONLINE

Syarat Kelayakan Permohonan KKTM IKM MJII

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan berdasarkan kepada program pengajian :-

i) Program Sijil

  1. Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM). Bagi SPM 2014 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  2. Bumiputera
  3. Warganegara Malaysia
  4. Berumur 18 hingga 40 tahun
  5. Sihat tubuh badan
  6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

ii) Program Diploma

  1. Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM) Atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM). Bagi SPM 2014 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
  2. Bumiputera
  3. Warganegara Malaysia
  4. Berumur 18 hingga 40 tahun
  5. Sihat tubuh badan
  6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)
  • Untuk maklumat mengenai syarat & kelayakan kemasukan ke KPM, KKTM, IKM & MJII, panduan permohonan, maklumat tentang program yang ditawarkan, serta soalan lazim, sila layari laman web Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) di pautan ini:

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

  • Alamat:
    • Unit Pengambilan Pelajar, Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
  • Telefon:
    • 03-26134611/4612/4618/4605
  • Fax: 03-26914510

Semoga perkongsian panduan Permohonan dapat membantu memudahkan urusan anda. Selamat berusaha dan semoga berjaya.

Tinggalkan Balasan