Permohonan UiTM Sesi 2 2023-2024 online.uitm.edu.my

Berita baik untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ setaraf, menurut portal rasmi Pengambilan Pelajar UiTM, permohonan UiTM sesi 2 2023-2024 akan dibuka pada tarikh yang dinyatakan dibawah. Pelajar yang berkelayakan dan berminat dengan kursus pengajian yang ditawarkan boleh membuat permohonan secara atas talian (Online). Pemohon dinasihatkan untuk check kelayakan pengajian sebelum membuat permohonan. Bagi lepasan STPM/ setaraf pula, tarikh permohonan adalah pada tarikh seperti di ruangan pemberitahuan di bawah.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan salah sebuah universiti awam terkenal di Malaysia yang menyediakan program pengajian tinggi bermula dari Pra Diploma, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Penerapan dan Setara Sepenuh Masa (SS) / Pengajian Luar Kampus (PLK). Setelah sekian lama UiTM beroperasi, mereka berjaya melahirkan ramai graduan yang berjaya dan mengharumkan nama negara.

permohonan uitm online

Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi 2 2023-2024 Lepasan STPM/Setaraf (Mac 2024)

Berikut dikongsikan tarikh permohonan dibuka serta cara membuat permohonan online bagi kemasukan ke UiTM sesi 2 2023-2024 bagi lepasan STPM dan setaraf. Turut dikongsikan juga program yang ditawarkan untuk sesi kali ini:

TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM SESI 2 2023-2024 (Mac 2024)

Nota : Tarikh rasmi serta pautan URL saluran mengikut sesi yang dinyatakan akan dikemaskini dari masa ke semasa selepas diumumkan secara rasmi oleh Portal Pengambilan Pelajar UiTM

Permohonan UiTM Sesi 2 2023-2024 (Lepasan STPM)

DibukaDitutup
30 Oktober 2023
3 Disember 2023
Sila layari pautan berikut untuk membuat permohonan:

CARA PERMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM SESI 2 2023-2024

1. Pemohon perlu membeli nombor unik ID di BSN terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
2. Isi maklumat penting seperti yang diminta dalam borang permohonan yang dikongsikan melalui pautan berikut: Borang Permohonan
3. Sila pilih bidang pengajian yang diminati melalui pautan ini: Senarai Program
4. Hantar permohonan anda dan cetak untuk simpanan masa akan datang.
iklan permohonan uitm sesi lepasan stpm setaraf
5. Maklumat lanjut klik Iklan Permohonan Kemasukan UiTM Online

Senarai Kursus Yang Ditawarkan Untuk Lepasan SPM

Berikut merupakan senarai kursus yang ditawarkan untuk pengambilan sesi 2 2023-2024.

      • 157 Program Sarjana Muda : Pelajar lepasan STPM/ Matrikulasi KPM/ STAM/ Asasi UiTM/ Asasi Sains UM/ Asasi pintar UKM/ Diploma UiTM/ KKB UiTM/ Diploma IPT lain/ Diploma Vokasional/ Diploma Kemahiran Malaysia
      • Penerapan 157 Program Sarjana Muda Lepasan Semester Akhir Diploma UiTM/ KKB UiTM ke Sarjana Muda/ Semester Akhir Asasi Undang-undang
      • 3 Program Professional (permohonan ditutup 28 Januari 2024)

Maklumat lanjut Program Pengajian Yang Ditawarkan, sila layari https://online.uitm.edu.my/

Syarat Permohonan Ke UiTM

Berikut dikongsikan syarat-syarat kemasukan ke UiTM. Pemohon dinasihatkan check kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan:

      1. Berumur 16 tahun ketika tarikh permohonan ditutup.
      2. Warganegara Malaysia dan takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli Semenanjung sahaja.
      3. Memenuhi kelayakan minima untuk program yang dipohon.
      4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
      5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar pra-Diploma UiTM atau Diploma UiTM (bagi Ambilan Sesi 2 2023/2024).

Pemohon juga boleh check syarat kelayakan di pautan selangkah UiTM. Berikut merupakan pautan tersebut:

Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi 2 2023-2024 (Ogos 2023)

Berikut dikongsikan tarikh permohonan dibuka serta cara membuat permohonan online bagi kemasukan ke UiTM sesi 2 2023-2024. Turut dikongsikan juga program yang ditawarkan untuk sesi kali ini:

TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM SESI 2 2023-2024

Nota : Tarikh rasmi serta pautan URL saluran mengikut sesi yang dinyatakan akan dikemaskini dari masa ke semasa selepas diumumkan secara rasmi oleh Portal Pengambilan Pelajar UiTM

Permohonan UiTM Sesi 2 2023-2024 (Lepasan SPM)

DibukaDitutup
28 Ogos 2023
30 Oktober 2023
Sila layari pautan berikut untuk membuat permohonan:

CARA PERMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM SESI 2 2023-2024

1. Pemohon perlu membeli nombor unik ID di BSN terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
2. Isi maklumat penting seperti yang diminta dalam borang permohonan yang dikongsikan melalui pautan berikut: Borang Permohonan
3. Sila pilih bidang pengajian yang diminati melalui pautan ini: Senarai Program
4. Hantar permohonan anda dan cetak untuk simpanan masa akan datang.
iklan-permohonan-uitm-sesi-2
5. Maklumat lanjut klik Iklan Permohonan Kemasukan UiTM Online

Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Berikut merupakan senarai kursus yang ditawarkan untuk pengambilan sesi 2 2023-2024 (Ogos 2023). Senarai kursus akan dikemaskini dari masa ke semasa:

      • Asasi Undang-Undang UiTM : Lepasan SPM Tahun 2022
      • Diploma – 72 program : Lepasan SPM (Program-program diploma dibawah Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Farmasi tidak ditawarkan bagi ambilan sesi 2)
      • Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina (AP243) : Lepasan SPM

Maklumat lanjut Program Pengajian Yang Ditawarkan, sila layari https://online.uitm.edu.my/

Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi 1 2022-2023  (September 2022)

Berikut dikongsikan tarikh permohonan UiTM dibuka serta cara membuat permohonan online bagi kemasukan ke UiTM sesi 2 2022-2023. Turut dikongsikan juga program yang ditawarkan untuk sesi kali ini:

TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM SESI 1 2022-2023

Nota : Tarikh rasmi serta pautan URL saluran mengikut sesi yang dinyatakan akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas diumumkan secara rasmi oleh Portal Pengambilan Pelajar UiTM

Permohonan UiTM Sesi 1 2022-2023

DibukaDitutup
14 Mac 2022
15 April 2022
Sila layari pautan berikut untuk membuat permohonan:

Permohonan UiTM Sesi 1 2022-2023 (Program Diploma)

DibukaDitutup
4 April 2022
1 Mei 2022

CARA PERMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM SESI 1 2022-2023

1. Pemohon perlu membeli nombor unik ID di BSN terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.
2. Isi maklumat penting seperti yang diminta dalam borang permohonan yang dikongsikan melalui pautan berikut: Borang Permohonan
3. Sila pilih bidang pengajian yang diminati melalui pautan ini: Senarai Program
4. Hantar permohonan anda dan cetak untuk simpanan masa akan datang.
permohonan uitm sesi apermohonan uitm sesi b
5. Maklumat lanjut klik Iklan Permohonan Kemasukan UiTM Online

Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Berikut merupakan senarai kursus yang ditawarkan untuk pengambilan sesi 1 2022-2023 (September 2022):

  • 78 Program Diploma : Pelajar lepasan Pra Diploma UiTM ke Diploma UiTM
  • 164 Program Sarjana Muda : Pelajar lepasan Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM / KKB UiTM dan Asasi Undang-Undang UiTM (P1005)
  • Program MBBS240/PH240/DS240 : Lepasan Diploma UiTM *rujuk gambar
  • 4 Program Profesional : Rujuk online.uitm.edu.my

Maklumat lanjut Program Pengajian Yang Ditawarkan, sila layari https://online.uitm.edu.my/

Syarat Permohonan Ke UiTM

Berikut dikongsikan syarat-syarat kemasukan ke UiTM. Pemohon dinasihatkan check kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan:

  1. Berumur 16 tahun sekurang-kurangnya ketika tarikh permohonan ditutup.
  2. Warganegara Malaysia dan takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli Semenanjung sahaja.
  3. Memenuhi kelayakan minima untuk program yang dipohon.
  4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
  5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar Diploma UiTM

Pemohon juga boleh check syarat kelayakan di pautan selangkah UiTM. Berikut merupakan pautan tersebut:

Maklumat Lanjut

Jika pemohon mempunyai persoalan mengenai permohonan UiTM sesi 1, sila berbuat demikian dengan cara berikut:

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Bangunan Inovasi
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

Unit Diploma & Profesional No Tel: 03-5544 3194/ 3196/ 8067
Unit Sarjana Muda : 03-5544 3195/ 3198/ 2777/ 2798

Semoga perkongsian ini dapat membantu pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke UiTM. Selamat maju jaya diucapkan. Semoga tercapai cita-cita yang diimpikan.

Tinggalkan Balasan