Cara Bayar Yuran UiTM Secara Online

Panduan buat para pelajar Universiti Teknologi MARA. Tahukah anda bagaimana caranya untuk membayar bil UiTM melalui Perbankan Internet Bank Islam (Online Banking)? Berikut adalah panduan cara bayar yuran UiTM melalui kaedah pembayaran yang dinyatakan berikut.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah sebuah universiti awam di Malaysia yang berpusat di Shah Alam. Ia diwujudkan pada tahun 1956 sebagai Dewan Latihan RIDA. UiTM membuka pintu kepada 50 orang pelajar dengan matlamat untuk membantu orang Melayu di kawasan luar bandar. Sejak daripada itu, UiTM telah berkembang menjadi institusi pendidikan tinggi yang terbesar di Malaysia dengan infrastruktur fizikal, organisasi kakitangan (akademik dan bukan akademik), dan pendaftaran pelajar.

Universiti ini terdiri daripada sebuah kampus utama, 13 buah kampus negeri berautonomi dan 21 buah kampus satelit. Dengan 17,000 orang staf akademik dan bukan akademik, UiTM menawarkan lebih kurang 500 buah program dari peringkat asas hingga peringkat pascasarjana. UiTM merupakan rumah kepada seramai 168,000 pelajar (tempatan, bumiputera dan pelajar antarabangsa), yang terlibat secara sepenuh masa dan seara sambilan. Pengajaran di UiTM dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Cara Bayar Yuran UiTM Secara Online

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat pembayaran yuran UiTM secara atas talian buat panduan para pelajar.

Terdapat beberapa kaedah dalam membuat pembayaran seperti berikut :-

1. Cara Bayar Yuran UiTM Melalui Perbankan Internet

Berikut dikongsikan maklumat penting beserta langkah-langkah untuk membuat bayaran yuran UiTM secara online.

  1. Layari https://www.bankislam.biz/
  2. Klik Internet Banking Login.
  3. Masukkan User ID atau Username anda dan klik Login.
  4. Pastikan Private Image and Private Word betul, kemudian klik /.
  5. Masukkan kata laluan anda (Password) dan klik Login.
  6. Pilih Bil Payment, klik Bill Presentation.
  7. Pilih Universiti Teknologi MARA di bahagian senarai penyedia perkhidmatan. Klik Next.
  8. Masukkan nombor Kad Pengenalan Pelajar anda. Klik Next.
  9. Senarai Bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar akan tertera di skrin.
  10. Klik dan Pilih Bil yang mahu dibayar. Klik Pay.
  11. Skrin berikutnya akan mempamerkan butiran pembayaran termasuk nama pelajar, nombor pelajar,  nombor bil dan amaun yang perlu dibayar
  12. Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran. Klik Pay untuk meneruskan pembayaran
  13. Skrin berikutnya akan mempamerkan butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat.
    Request IAC number. IAC number akan dihantar melalui SMS ke telefon bimbit anda
  14. Masukkan IAC number. Klik Confirm untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan
  15. Cetak slip bayaran buat tujuan rujukan.

Cara Menyemak Bil Yuran UiTM Secara Online

Untuk menyemak semula bil yang telah dibayar, ikuti langkah-langkah berikut (bermula dari langkah 6 seperti di atas):

  • 6. Pilih Bil Payment, klik Bill Presentation.
  • 7. Pilih Universiti Teknologi MARA di bahagian senarai penyedia perkhidmatan. Klik Next.
  • 8. Masukkan nombor Kad Pengenalan Pelajar anda. Klik Next.
  • 9. Senarai Bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar akan tertera di skrin.

Cara lain adalah melaui kaunter Bank Islam di mana-mana cawangan di seluruh Malaysia.

2. Kaunter Bank Islam

Layari Laman Web Student Portal atau anda boleh terus ke pautan berikut :-

Masukkan nombor pelajar di ruangan yang di sediakan

  1. Kemudian , klik butang “Bil Pelajar” di bahagian “Maklumat Bil“
  2. Cetak bil tersebut dan kemudian buat pembayaran di kaunter Bank Islam berdekatan mengikut amaun yang telah ditetapkan
  3. Tuliskan nombor dokumen pada slip bank (nombor akaun tidak diperlukan)

3. ATM Machine

  1. Masukkan kad dan pin keselamatan
  2. Melalui paparan skrin, pilih Menu > klik Lain > klik Pembayaran Bil / Yuran IPT
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar (bukan Student ID)
  4. Pilih bil yang perluu dibayar (pastikan amaun adalah tepat seperti yang dinyatakan dalam Bil Pelajar)
  5. Simpan slip sebagai rujukan

Semoga perkongsian Cara Bayar Yuran UiTM Secara Online ini dapat membantu memudahkan urusan anda. Buat bayaran di mana-mana saja anda berada.

Tinggalkan Balasan