Permohonan Pra Diploma UiTM Ambilan Mac 2023

Berita baik buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016-2021 yang berhasarat untuk menyambung pengajian anda dalam Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Permohonan Pra Diploma UiTM ambilan Mac 2023 akan dibuka. Terdapat 2 program yang ditawarkan iaitu Pra Diploma Perdagangan dan Pra Diploma Sains. Lepasan PPT ini akan ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian di peringkat DIPLOMA di UiTM (terdapat lebih 60 program DIPLOMA UiTM).

Untuk pengetahuan semua, Program PPT ini pada awalnya dikenali sebagai Program Mengubah Destinasi Anak Bangsa (MDAB). Antara tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk membantu pelajar yang masih lagi tidak dapat melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPT di Malaysia. Antara sebab mereka ini tidak mendapat tempat di IPT adalah kerana tidak cukup merit dan tidak mampu untuk membayar yuran pengajian. Oleh itu, melalui program ini antara golongan sasar adalah golongan B40. Golongan ini akan menikmati yuran pengajian percuma, kolej kediaman percuma dan juga diberikan elaun sara diri.

Permohonan Pra Diploma UiTM online

Permohonan Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) UiTM

Program pra diploma UiTM adalah bridging program ke program Diploma UiTM.. jangkamasa program pra diploma hanyalah 1 semester sahaja.

Terdapat 4 kategori permohonan Pra Diploma UiTM iaitu kategori PPT B40, PPT Bukan B40, PPT Atlet dan PPT Orang Asli. Penubuhan Program Pra Pendidikan Tinggi ini adalah bertujuan untuk peluang pendidikan kepada :-

  • Anak-anak Melayu dan Anak negeri Sabah/Sarawak di bandar dan luar bandar yang berpendapatan (gaji kasar) ibubapa kurang dari RM4,000 sebulan
  • Anak-anak Orang Asli di bandar dan luar bandar
  • Anak-anak Melayu, Orang Asli dan Anak negeri Sabah/ Sarawak di bandar dan luar bandar yang aktif  penglibatan dalam sukan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan Pra Diploma UiTM 2023. Turut dikongsikan adalah tarikh tutup permohonan, syarat kelayakan dan lain-lain maklumat yang penting untuk dikongsikan.

Tempoh Permohonan Pra Diploma UiTM Ambilan Sesi 2 2022/2023 (Mac 2023)

Tarikh Buka : 15 November 2022

Tarikh Tutup : 11 Disember 2022

Pautan Borang Permohonan Program Pra Pendidikan Tinggi 2023

Untuk muat turun borang permohonan, sila klik pada pautan di bawah:Pautan Permohonan

NOTA: Bagi calon yang sudah mendaftar melalui pautan Google Form, Nombor PIN akan diemelkan secara berperingkat kepada calon. Kepada calon yang masih belum memohon Nombor PIN, sila emel permohonan kepada kampus UiTM mengikut alamat tempat tinggal semasa. Sertakan juga nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat emel dan nombor telefon. Berikut adalah senarai alamat UiTM untuk rujukan calon:

Cara-Cara Melengkapkan Borang Permohonan Program PPT

Berikut dikongsikan cara-cara untuk melengkapkan borang permohonan:

  1. Pastikan semua maklumat yang diminta dilengkapkan dengan tepat
  2. Pastikan anda sertakan sekali dokumen-dokumen yang diperlukan dan pastikan dokumen telah disahkan
  3. Setelah borang dan dokumen lengkap, anda boleh menghantar borang berserta dokumen ke cawangan UiTM seperti yang tertera di iklan Program PPT

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan. Sila pastikan dokumen telah disahkan:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu & Bapa Kandung
  2. Salinan SPM / SPM Ulangan
  3. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu & Bapa Kandung
  4. Salinan penyata gaji / surat pengesahan pendapatan Ibu & Bapa
  5. Sijil Kematian / Penceraian ibu bapa / Sijil Nikah (jika berkaitan)
  6. Kelulusan / Slip Bantuan Sara Hidup (jika berkaitan)
  7. Salinan Sijil Anak Angkat (jika berkaitan)
  8. Salinan Penyata Cukai Syarikat (jika berkaitan)
  9. Salinan Sijil / Pengiktirafan sukan tertinggi & terkini (PPT – Atlet)

Sebelum memohon, sila pastikan anda melepasi syarat kelayakan permohonan seperti berikut :-

Syarat Kelayakan Am & Khas Program

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk Pra Diploma Perdagangan untuk kategori PPT B40/ PPT Atlet/ PPT Orang Asli

  1. Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit termasuk Bahasa Melayu
  2. Lulus Sejarah (Mula digunapakai SPM 2014)
  3. Lulus Matematik / Matematik Tambahan
  4. Lulus Bahasa Inggeris

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk Pra Diploma Sains untuk kategori PPT B40/ PPT Orang Asli

  1. Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit termasuk Bahasa Melayu
  2. Lulus Sejarah (Mula digunapakai SPM 2014)
  3. Kepujian Matematik / Matematik Tambahan
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. Lulus satu (1) daripada mana-mana matapelajaran seperti Biologi/sains tambahan/kimia/fizik

Program Yang Ditawarkan

Senarai program yang dibuka untuk permohonan ambilan Mac 2022 adalah seperti berikut:

  1. Pra Diploma Perdagangan (BA002 & BA003)
  2. Pra Diploma Sains (PD007 & PD008)
  3. Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) (AS002 & AS003)
  4. Pra Diploma Agroteknologi (AT001 & AT002)
  5. Pra Diploma Pengajian Islam (IC001 & IC002)

Maklumat Lanjut

Iklan Permohonan Sesi 2023 untuk rujukan calon adalah seperti berikut:

iklan permohonan pra diploma uitm ambilan mac

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:

Pejabat Pengarah,
Program Pra Pendidikan Tinggi
(Pejabat PPT), Bangunan Inovasi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM),
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel : 03-5521 1306 / 1443 / 1448
Fax : 03-5543 7969

Portal Rasmi PPPT : Pra Diploma UiTM

Portal Rasmi UiTM : Portal Kemasukan Pelajar UiTM

Semoga perkongsian ini dapat membantu pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat IPT di UiTM. Semoga permohonan anda berjaya.

Tinggalkan Balasan