Permohonan Sekolah Khusus 2025 / 2026 Tingkatan 1 & 4

Permohonan Sekolah Khusus 2025 / 2026 Tingkatan 1 & 4? Perhatian buat pelajar lepasan Tahun 6 dan Tingkatan 3 yang berminat untuk memasuki sekolah-sekolah khusus di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berikut adalah panduan permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus bagi tahun 2025/2026 serta maklumat syarat kelayakan dan tarikh-tarikh penting untuk makluman semua.

Sekolah khusus merangkumi Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). Pemohon yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan perlu menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (Ujian PKSK) yang dijalankan secara berpusat sebelum mendapat keputusan tawaran penempatan.

Permohonan Sekolah Khusus KPM Tingkatan

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Sesi 2025 / 2026 Tingkatan 1 & 4

Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan permohonan kemasukan seperti syarat-syarat, tarikh penting dan kaedah permohonan. Ibu, bapa atau penjaga utama pemohon sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan secara online.

Syarat Permohonan Sekolah Khusus KPM

Pemohon dikehendaki untuk membuat semakan syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum membuat permohonan seperti berikut :-

Syarat Umum Permohonan Tingkatan 1

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mencapai aras toleransi PKSK.
  3. Berpotensi cemerlang akademik.
  4. Aktif dalam kegiatan Kokurikulum.
  5. Lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013

Syarat Umum Permohonan Tingkatan 4

  • Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
  • Tingkatan 3 pada sesi akademik 2024/2025.
  • Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
  • WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
  • Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  • Sihat tubuh badan.
  • Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
  • TIDAK rabun warna/buta warna.
  • Berminat dengan program dipohon.
  • Lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus

Apa itu pentaksiran kemasukan sekolah khusus (PKSK)? KPM menjalankan PKSK sebagai satu proses pemilihan pelajar ke sekolah yang dimohon. Jumlah penempatan yang terhad memerlukan satu pentaksiran untuk menapis calon pelajar yang betul-betul layak.

Pentaksiran ini akan dilakukan secara bersemuka dan berpusat di 555 buah pusat pentaksiran yang ditetapkan oleh KPM. Format pentaksiran ini adalah seperti berikut:

  • Pentaksiran ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A (Kecerdasan Insaniah), Bahagian B (Kecerdasan Intelek) dan Bahagian C (Artikulasi Penulisan)
  • Bahagian A : mengenal pasti karakter murid yang mempunyai 30 soalan objektif. Tiada jawapan yang betul atau salah dan skor markah adalah 20%
  • Bahagian B: mengukur tahap kognitif pelajar yang merangkumi IQ, Pengetahuan AM dan penyelesaian masalah. Terdapat 10 soalan Bahasa Inggeris untuk menguji tahap penguasaan & kefahaman manakala soalan matematik dan sains bersifat kualitatif & kuantitatif. Tempoh yang diberikan adalah 90 minit untuk menjawab 70 soalan objektif dan skor markah adalah 70%
  • Bahagian C : menggunakan kaedah bertulis dan subjektif yang akan dilakukan di pusat pentaksiran serta mempunyai skor bebanyak 10%. Calon perlu memilih satu karangan daripada 3 tajuk karangan pilihan yang diberikan. Minimum 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1 dan minimum 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4.
  • Pelaksanaan PKSK dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa 1 dimana ccalon dikehendaki menjawab Bahagian C sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberi. Manakala, Fasa 2 calon perlu menjawab Bahagian A dan B secara dalam talian di pusat pentaksiran dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Pemohon perlu semak dan cetak slip menduduki pentaksiran pada laman permohonan. Pastikan anda hadir pada tarikh, masa dan sesi yang ditetapkan kerana tiada ujian ulangan akan dilaksanakan. Semakan pusat pentaksiran boleh dibuat pada laman permohonan pada tarikh yang dikongsikan oleh pihak KPM.

Jadual PKSK

Berikut adalah jadual pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 mengikut sesi-sesi yang ditetapkan. Pastikan pemohon hadir ke pusat PKSK yang ditetapkan pada tarikh dan waktu yang tepat kerana tiada ujian ulangan akan dilakukan :-

jadual pelaksanaan pksk

Contoh Soalan PKSK

Sebagai persediaan calon-calon yang akan menduduki Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus, berikut adalah contoh soalan mengikut Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C :-

Bahagian A : Soalan SQ, EQ dan SSQ

  1. S : Tindakan jika adik anda koyakkan kerja sekolah anda?
    • J : Nasihatkan adik dengan cara lembut dan beritahu ibu bapa
  2. S : Apakah tindakan jika rakan Facebook ajak temujanji
    • J : Menolak dengan baik dan ceritakan pada ibu atau bapa
  3. S : Kalau kawan anda bergaduh, apakah tindakan anda?
    • J : Saya akan menasihati rakan saya dengan baik dan memberitahu guru disiplin
  4. S : Anda melihat seorang yang bersin dengan kerap, apakah tindakan anda?
    • J : Jasuhkan diri dan pakai pelitup hidung dan mulut
  5. S : Kalau rindu ibu bapa apa perlu buat?
    • J : Saya boleh menelefon atau menghantar mesej kepada mereka
  6. S : Jika tidak rasa sesuai duduk di asrama, apakah tindakan anda?
    • J : Saya akan meminta nasihat daripada ibu, bapa dan guru serta sebab kenapa merasa tidak sesuai duduk di asrama.
  7. S : Kalau sepak bola terkena tingkap, apa tindakan anda?
    • J : Saya akan meminta maaf dan mengakui kesilapan saya
  8. S: Apakah tindakan jika anda dibuli oleh rakan?
    • J : Membuat aduan kepada guru kelas atau ibu bapa
  9. S : Jika kamu makan malam bersama kelaurga, apa kamu akan buat?
    • J : Saya akan membantu hidang makanan kemudian membasuh pinggan sendiri di sinki
  10. S: Apakah yang perlu dilakukan apabila terjumpa pengemis di jalanan?
    1. J : Jangan menghina mereka, hulurkan derma atau bantuan kepada mereka.

Bahagian B : Soalan IQ dan Pengetahuan Am

  1. S : Nama bendera Malaysia?
    • J : Jalur Gemilang
  2. S : Apakah aktiviti sukan yang terlibat dalam Le Tour De Langkawi?
    • J : Sukan berbasikal
  3. S : Apakah nama tasik yang terkenal di Terengganu?
    • J : Tasik Kenyir
  4. S : Di manakah wabak Covid-19 mula dikesan?
    • J : China
  5. S : Wau berasal dari negeri mana?
    • J : Kelantan
  6. S : Adat perpatih negeri mana?
    • J : Negeri Sembilan
  7. S :  Bilakah tarikh penubuhan Malaysia?
    • J : 16 September 1963
  8. S : Kereta Axia, Bezza, Myvi, Ativa dan Aruz merupakan produk keluaran?
    • J : Perodua
  9. S : Siapakah pengasas Apple?
    • J : Steve Jobs
  10. S : Nama pemain bola sepak Argentina?
    • J : Lionel Messi

Bahagian C : Artikulasi penulisan

Contoh topik yang boleh menjadi tajuk dalam ujian Artikulasi Penulisan PKSK :

  1. Ceritakan pengalaman anda sebagai seorang pelajar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
  2. Bagaimana anda menyesuaikan diri dengan norma baharu pasca COVID-19?
  3. Apakah itu wabak COVID-19 dan apakah langkah untuk menghindari wabak tersebut?

Tarikh Penting Permohonan Sekolah Khusus

Berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk permohonan mengikut kategori iaitu permohonan bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 :-

NoPerkaraTingkatan 1Tingkatan 4
1
Permohonan Online
1 Ogos – 8 September 2024
1 Ogos – 8 September 2024
2
Semakan Pusat PKSK
13 September – 17 Oktober 2024
13 September – 3 Oktober 2024
3
Pelaksanaan PKSK
7 – 17 Oktober 2024
23 September – 3 Oktober 2024
4
Keputusan Tawaran
31 Januari 2025
31 Januari 2025
5
Pendaftaran Pelajar
18 Februari 2025
18 Februari 2025

Panduan Permohonan

Pemohon boleh membuat permohonan mengikut jenis Sekolah Khusus, jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan dan butiran lain yang diperlukan.

Sebelum itu, pastikan maklumat pemohon, ibu bapa dan penjaga dikemaskini pada SPAT KPM terlebih dahulu.

Langkah permohonan adalah seperti berikut:-

  1. Layari Laman Permohonan KPM
  2. Klik Borang Permohonan
  3. Masukkan nombor kad pengenalan Pemohon dan nombor kad pengenalan penjaga utama
  4. Sistem akan membuat padanan maklumat murid yang terdapat dalam sistem APDM
  5. Isi maklumat terutamanya di dalam medan yang wajib diisi dan pastikan maklumat tepat
  6. Cetak permohonan yang lengkap sebagai rujukan

Permohonan atau kemaskini maklumat boleh dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan. Bagi pilihan sekolah khusus 2 dan 3, pemohon boleh memilih sekolah yang sama seperti pilihan 1 sekiranya pakej mata pelajaran/ aliran/ program adalah berbeza.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Permohonan Sekolah Khusus 2025 / 2026 Tingkatan 1 & 4, sila hubungi:-

  • 03 8321 7400 : Bahagian SBP
  • 03 8321 7200 : Bahagian SMKA
  • 03 8884 5154 : Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional

Rel : single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus tingkatan 1 dan tingkatan 4 sesi 2025/2026, kursus yang menggunakan padanan aplikasi pangkalan data murid apdm, info kpm sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke sekolah khusus tingkatan 1 dan tingkatan 4 sesi 2025/2026, sekurang kurangnya 100 patah perkataan bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 sesi 2025/2026, pemohon boleh dibuat mulai 1 ogos 2024, pksk adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan, maklumat murid yang terdapat dalam apdm, pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah, kecerdasan insaniah eq sq dan ssq, mtd jenis aliran atau pengkhususan sekolah, patuhi tarikh masa dan sesi yang ditetapkan, pembatalan ujian penilaian sekolah rendah upsr dan pentaksiran tingkatan 3 pt3, sihat tidak bergejala memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal,

Tinggalkan Balasan