Soalan Lazim Permohonan KV 2024 (FAQ)

Apakah pertanyaan yang banyak ditanya berkaitan dengan application Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) tahun 2024? Berikut dikongsikan Soalan Lazim Permohonan KV 2024 atau dikenali sebagai FAQ KV buat panduan pelajar. Permohonan KV dan SMT 2024 akan dibuka bermula dari 1 Ogos 2023 hingga 17 September 2023. Semakan keputusan boleh disemak pada 1 Mac 2024.

Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2023 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang masih belum membuat permohonan adalah dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan untuk ambilan 2024.

FAQ Permohonan KV Dan SMT Soalan Lazim

FAQ Permohonan KV Dan SMT Terkini

Berikut dikongsikan Soalan Lazim Permohonan KV 2024 (FAQ) yang dikongsikan dari applikasi permohonan https://spskt4.moe.gov.my/. Di antara soalan yang sering ditanya adalah tarikh permohonan, tarikh semakan dan rayuan serta tarikh pendaftaran. Maklumat terutama tarikh adalah tertakluk kepada perubahan.

Soalan Lazim Permohonan KV Dan SMT 2024

Berikut adalah 12 soalan yang sering ditanya untuk permohonan KV dan SMT 2024.

1. Bilakah permohonan online dibuka dan tarikh tutup permohonan ?

Permohonan online dibuka mulai 1 Ogos 2023 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 17 September 2023, jam 11.59 malam di laman sesawang https://spskt4.moe.gov.my/

2. Apakah jenis program yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?

Berikut merupakan program yang ditawarkan :

  • i. Program KV (menjurus kepada Diploma) di KV
  • ii. Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik
  • iii. Program Kemahiran / Apprenticeship

3. Nyatakan Institusi yang terlibat?

Rujuk Info Institusi tawar di halaman utama (info kemasukan)

4. Apakah bidang dan kursus yang ditawarkan?

Kursus dan bidang yang ditawarkan boleh disemak dalam maklumat institusi dan kursus tawar yang disediakan di halaman utama (info kemasukan)

5. Apakah syarat umum dan khusus yang ditetapkan?

Syarat umum dan khusus boleh disemak dalam syarat permohonan yang disediakan di paparan muka hadapan online (info kemasukan)

6. Adakah asrama disediakan?

Asrama disediakan berdasarkan program dan institusi yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama di setiap institusi.

7. Bagaimana cara untuk menyemak keputusan?

  1. Calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat https://spskt4.moe.gov.my/ mulai 1 Mac 2024
  2. Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini.

8. Apakah perbezaan antara Murid Tingkatan 3 Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) & Murid Lepasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) – Aliran Perdana / Akademik / Agama ?

Murid Lepasan PAV – Murid telah mengikuti Program Asas Vokasional (PAV) mulai Tingkatan Satu (1) hingga Tingkatan Tiga (3) di SMK yang menawarkan PAV

Murid Lepasan PBS – Murid menduduki PBS yang merangkumi 3 komponen iaitu :

  1. PT3 – Pentaksiran Pusat
  2. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  3. PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
  4. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

9. Adakah calon Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS dikehendaki mengisi 4 komponen PBS dalam permohonan online ?

Calon hanya dikehendaki mengisi butiran berikut :

  1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  2. PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
  3. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

10. Bilakah tarikh dan waktu pendaftaran ?

Tarikh pendaftaran di institusi ialah pada 18 Mac 2024. (Tahun 2022: 26 Mac 2023)

11. Adakah rayuan boleh dibuat sekiranya TIDAK BERJAYA DITAWARKAN?

Calon boleh menggunakan aplikasi e-rayuan sekiranya tidak berjaya ditawarkan
kemasukan ke KV/SMT pada Mac 2024. Calon tidak perlu membuat rayuan terus ke KV/SMT

12. Bagaimana cara untuk mengetahui maklumat lanjut kursus yang ditawarkan?

Maklumat lanjut berkaitan program tersebut boleh diperolehi dalam info kursus di bahagian info kemasukan atau rujuk di senarai kursus KV dan SMT.

Sumber https://spskt4.moe.gov.my/

Semoga perkongsian Soalan Lazim Permohonan KV 2024 (FAQ) boleh djadikan buat pelajar ketika membuat permohonan kemasukan.

Tinggalkan Balasan