UiTM Student Portal: Login, Jadual Kelas, Daftar Kursus & Semakan Keputusan

Perhatian kepada mahasiswa-mahasiswi / pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM). Adakah anda tahu tentang kewujudan UiTM Student Portal dan fungsi-fungsinya? Sekiranya tidak, berikut dikongsikan panduan menggunakan portal penting buat pelahar UiTM ini dengan Login untuk mendapatkan maklumat Jadual Kelas, Daftar Kursus & Semakan result peperiksaan untuk rujukan semua pelajar UiTM.

Ianya adalah aplikasi yang menyediakan pelbagai fungsi bagi mengurus hal ehwal pelajar berkaitan kelas, pendaftaran kursus dan semakan keputusan peperiksaan. Selain itu, ia juga menyiarkan info-info dan pengumuman terkini yang bermanfaat kepada pelajar UiTM. Sistem ini dimanfaatkan oleh semua pelajar di lebih 34 buah kampus UiTM yang terletak di setiap negeri di Malaysia.

UiTM Student Portal

Cara Login UiTM Student Portal: Jadual Kelas, Daftar Kursus & Semakan Keputusan Peperiksaan

Pada halaman utama portal UiTM, anda akan dipaparkan dengan kategori-kategori, pemakluman terkini, Top Links (pautan utama) dan pengumuman terkini.

Di bawah adalah maklumat berkaitan yang memaparkan cara Login serta maklumat penting seperti Jadual Kelas, Daftar Kursus & Semakan Keputusan untuk panduan pelajar-pelajar UiTM secara khusus:

Fungsi

Portal ini mengandungi enam (6) kategori utama yang berbeza dari segi fungsi seperti berikut:

1.Admission (Kemasukan)

  • Status Permohonan

2. Academic (Akademik)

  • Jadual Kelas
  • Appeal (Gugur Taraf)
  • Sistem Pendaftaran eCourse
  • Peraturan Akademik
  • Transkip Akademik
  • Kalendar Akademik

3. Examination (Peperiksaan)

  • Slip Peperiksaan
  • Jadual Peperiksaan
  • Semak Semula Keputusan Peperiksaan

4. Convocation (Majlis Graduasi)

5. Student Affair

  • Hal ehwal murid
  • Alumni

6. Student Login UiTM Student Portal

Selain itu, terdapat subkategori yang memberikan fungsi-fungsi seperti berikut:

1.eAcademic

  • Jadual Kelas
  • Keputusan Peperiksaan
  • Permohonan Cuti Khas
  • Permohonan Lanjutan Pengajian
  • Permohonan Transkrip Akademik

2. iLearn Portal

  • iClass
  • SuFO

3. FineePortal

  • Bayaran Bil

4. eHep

    • e-Kolej
    • Insentif Makan
    • Zakat
    • Stiker Kenderaan
    • Saman Lalulintas
    • Pelajar NR
    • Stiker Elektrik
  • Bantuan Aktiviti Kampus (eSPAK)
  • Kebajikan dan Bantuan Kewangan Pelajar

Panduan untuk mendaftar dan login ke Student Portal :-

Cara Daftar & Login UiTM Student Portal

Bagi pengguna pertama kali, sila ikuti langkah-langkah mudah di bawah untuk log masuk ke Portal:

  1. Layari istudent.uitm.edu.my di https://istudent.uitm.edu.my/isp/index_isp.htm
  2. Click here to/ Klik pada ruangan Student Login di SIMSWEB di url https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/SPORTAL_LOGIN/index.htm
  3. Kemudian  klik ‘here to recover’
  4. Masukkan Student ID anda, alamat emel dan nombor sekuriti pada ruangan yang ditetapkan.
  5. Kemudian klik ‘Send my password to email now’.
  6. Periksa emel anda dan sila ikut arahan yang disediakan dalam emel dari UiTM.

Muat Turun Aplikasi iStudent Portal

Bagi memudahkan urusan pelajar UiTM, Aplikasi iStudent Portal telah dibangunkan bagi penggunaan di telefon pintar.

Setiap maklumat dan fungsi yang terdapat di Portal adalah sama dan boleh digunakan. Anda boleh memuat turun aplikasi tersebut pada pautan di bawah:

Pertanyaan Lanjut

Sekiranya anda menghadapi masalah atau pertanyaan lanjut berkenaan UiTM Student Portal, sila rujuk atau hubungi pautan di bawah:

  • Aduan ICT di url https://units.uitm.edu.my/aduan_add.cfm
  • Laman Web Rasmi UiTM di https://www.uitm.edu.my/index.php/en/

Nota : Akaun Google Bagi Kemudahan Dan Kegunaan Pelajar UiTM

Boleh digunakan bermula pada 3 Mei 2021

Panduan Pengaktifan Akaun Google Pelajar UiTM :

  • 1. Layari https://mail.uitm.edu.my
  • 2. Pilih menu Gmail Student
  • 3. Masukan Username seperti berikut:
    • Taip no. pelajar diikuti dengan @student.uitm.edu.my (Cth. 2019271482@student.uitm.edu.my )
  • 4. Masukkan Password mengikut kombinasi berikut :
    • Dua (2) huruf pertama daripada nama penuh pelajar dan
    • huruf pertama adalah huruf BESAR,
    • diikuti dengan simbol @ dan enam (6) nombor terakhir nombor pelajar UiTM.
  • Contoh :
    • Nama Pelajar : Abdul Halim Abdul Hamid
      No. Pelajar : 2017123456
      Password Email Google Pelajar UiTM: Ab@123456
  • 5. Sebarang permasalahan berkaitan perkara ini, mohon salurkan aduan https://units.uitm.edu.my/aduan_add.cfm
    Sila pilih kategori “Operasi Emel Google”

Semoga perkongsian cara Login UiTM Student Portal, Jadual Kelas, Daftar Kursus & Semakan Keputusan ini dapat membantu memeudahkan urusan anda sebagai pelajar di UiTM.

Related : ilearn uitm click here to recover pihak universiti menggunakan sistem sebarang masalah, first time, i student portal, keputusan exam, portal rasmi, fineportal dan ehep, uitm portal, time login, klik pautan

Tinggalkan Balasan