Senarai Kursus Pengajian UiTM Yang Ditawarkan

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang berminat untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, boleh membuat permohonan kemasukan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM). UiTM telah banyak diwujudkan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Bagi pelajar yang berminat, berikut adalah senarai kursus pengajian UiTM yang ditawarkan dan calon adalah dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan terlebih dahulu bagi memudahkan urusan anda.

UiTM merupakan sebuah universiti awam di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menawarkan pelbagai bidang kursus bermula dari Pra Diploma, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Penerapan dan Setara Sepenuh Masa (SS) / Pengajian Luar Kampus (PLK). Kewujudannya telah melahirkan ramai tokoh-tokoh hebat negara. Justeru tidak hairan UiTM menjadi salah satu pilihan rakyat Malaysia untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka.

Senarai Kursus Pengajian UiTM Yang Ditawarkan

Senarai Kursus Pengajian UiTM Yang Ditawarkan (Courses)

Bagi memudahkan pemohon membuat semakan kursus yang ditawarkan di UiTM, berikut dikongsikan senarai kursus yang ditawarkan di UiTM untuk panduan semua. Sila klik pada pautan berikut untuk mendapatkan senarai kursus pengajian UiTM/ list program:

  1. Asasi/Diploma
  2. Sarjana Muda
  3. Profesional
  4. Penerapan
  5. Setara sepenuh masa (SS)/Pengajian luar kampus (PLK)

Maklumat lanjut terkini, sila klik Syarat Kelayakan Program Pengajian UiTM Edisi 2020

Senarai Kampus UiTM Seluruh Malaysia

Berikut merupakan senarai lokasi kampus UiTM di seluruh Malaysia bagi memudahkan pemohon membuat rujukan:

A. Kampus satelit

1. Kampus UiTM Seksyen 17 (INTEC), Shah Alam, Selangor
2. Kampus UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor
3. Kampus UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor
4. Kampus UiTM Puncak Alam, Shah Alam,
5. Kampus UiTM Hospital Selayang & Hospital Sungai Buloh, Selangor (Hospital pengajar untuk Fakulti Perubatan UiTM)
6. Kampus UiTM Dengkil, Selangor (Pusat Asasi UiTM)

B. Kampus cawangan

1. Kampus UiTM Arau, Perlis
2. Kampus UiTM Dungun, Terengganu
3. Kampus UiTM Sri Iskandar, Perak
4. Kampus UiTM Samarahan, Sarawak
5. Kampus UiTM Sungai Petani, Kedah
6. Kampus UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang
7. Kampus UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan
8. Kampus UiTM Alor Gajah, Melaka
9. Kampus UiTM Segamat, Johor
10. Kampus UiTM Jengka, Pahang
11. Kampus UiTM Machang, Kelantan
12. Kampus UiTM Kota Kinabalu, Sabah
13. Kampus UiTM Jasin, Melaka
14. Kampus UiTM Bertam, Pulau Pinang
15. Kampus UiTM Bukit Besi, Terengganu
16. Kampus UiTM Tapah, Perak
17. Kampus UiTM Rembau, Negeri Sembilan
18. Kampus UiTM Balik Pulau, Pulau Pinang
19. Kampus UiTM Pasir Gudang, Johor
20. Kampus UiTM Teluk Intan, Perak
21. Kampus UiTM Chendering, Terengganu
22. Kampus UiTM Raub, Pahang

C. Kampus bandar

1. Kampus UiTM Mukah, Sarawak
2. Kampus UiTM Tawau, Sabah
3. Kampus UiTM Johor Bahru, Johor
4. Kampus UiTM Raub, Pahang
5. Kampus UiTM Bukit Sekilau, Pahang
6. Kampus UiTM Alor Setar, Kedah
7. Kampus UiTM Bandaraya Melaka, Melaka
8. Kampus UiTM Seremban 3, Negeri Sembilan
9. Kampus UiTM Bandar Kota Bharu, Kelantan

Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut

Jika pemohon mengalami sebarang masalah atau pertanyaan, anda boleh bertanya terus kepada pihak UiTM dengan cara berikut:

  1. Layari laman Facebook Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM
  2. Berhubung dengan bahagian pengambilan pelajar di alamat dan nombor telefon berikut:

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Bangunan Inovasi
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

03-5544 3164

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar yang berminat. Semoga usaha untuk melanjutkan pengajian dipermudahkan dan berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan.

Tinggalkan Balasan