Senarai Program Pengajian UA Yang Digugurkan (Tidak Lagi Relevan)

Panduan buat para pelajar terutamanya lepasan SPM/STPM dan setaraf yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke Universiti Awam (UA). Sudahkah anda memilih bidang atau program pengajian yang ingin dipelajari? Tahukah anda bahawa terdapat banyak program pengajian yang telah digugurkan? Berikut dikongsikan Senarai Program Pengajian UA Yang Digugurkan iaitu tidak lagi relevan.

Buat pengetahuan semua, sebanyak 38 program akademik di 19 buah Universiti Awam (UA) serata negara telah digugurkan. Hal ini kerana program-program tersebut didapati tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa dan masa hadapan. Program pengajian pada peringkat sarjana dan sarjana muda yang digugurkan ini tidak menjanjikan peluang pekerjaan terbaik buat graduan seiring dengan permintaan semasa industri.

Senarai Program Pengajian UA Yang Digugurkan

Senarai Program Pengajian UA Yang Digugurkan (38 Program Akademik)

Daripada 19 buah UA, setiap universiti menggugurkan sekurang-kurangnya dua kursus pengajian.

Berikut dikongsikan senarai program pengajian UA yang digugurkan buat rujukan semua:

Senarai Program Akademik UA Yang Digugurkan

Antara program pengajian yang dilihat sebagai tidak relevan dan digugurkan adalah seperti berikut:

1.Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

  • Sarjana Muda Siberologi (Animasi dan Ludologi) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Reka Bentuk Komunikasi) dengan Kepujian

2. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

  • Sarjana Muda Sains Sukan (Psikologi Sukan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian

3. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

  • Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian

4. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

  • Sarjana Sains (Kimia)
  • Sarjana Sains (Matematik)

5. Universiti Utara Malaysia (UUM)

  • Sarjana Sains (Perbankan Islam)
  • Sarjana Sains (Teknokeusahawanan)

6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

  • Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)(Kepujian)
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam-Sekolah Rendah)(Kepujian)

7. Universiti Teknologi MARA (UiTM)

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  • Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Kepujian) Skrin

8. Universiti Putra Malaysia (UPM)

  • Bacelor Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah) dengan Kepujian
  • Sarjana Pengurusan Air

9. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

  • Kejuruteraan (Elektrik-Telekomunikasi)
  • Sains Komputer (Komputeran Industri)

10. Universiti Sains Malaysia (USM)

  • Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan)(Kepujian)(Perancangan Bandar dan Wilayah)
  • Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan)(Kepujian)(Rekabentuk Dalaman)

11. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  • Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Awam dan Sekitaran)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Pembuatan)

12. Universiti Malaya (UM)

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik (Reka bentuk Produk)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar)

13. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

  • Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Industri)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) Elektronik (Telekomunikasi)

14. Universiti Malaysia Sabah (UMS)

  • Sarjana Ekonomi (Ekonomi Kewangan)
  • Sarjana Ekonomi (Ekonomi Perancangan dan Pembangunan)

15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil Industri) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi dan Komputer) dengan Kepujian

16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Kuasa & Pemacu) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian

17. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)(Kejuruteraan Fotonik)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)(Kejuruteraan Rangkaian Komputer)

18. Universiti Malaysia Pahang (UMP)

  • Sarjana Kejuruteraan (Bio-Proses)
  • Sarjana Kejuruteraan (Kimia)

19. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

  • Sarjana Sains (Falsafah dan Ketamadunan)
  • Sarjana Sains Kaunseling

Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Senarai Program Pengajian UA Yang Tidak Relevan Digugurkan ini dapat membantu anda membuat keputusan program pengajian apa yang hendak dipilih nanti. Semoga berjaya buat semua.

Tinggalkan Balasan