Permohonan Diploma Jururawat USM 2024 Online

Permohonan Diploma Kejururawatan USM Sesi Ambilan 2024-2025 Online. Berita baik buat lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat menjadi seorang jururawat atau nurse? Menurut Iklan Permohonan Diploma Jururawat USM, berikut dikongsikan panduan permohonan Diploma Kejururawatan Universiti Sains Malaysia (USM) Sesi 2024/ 2025.

Menyambung pengajian Diploma di USM adalah salah satu pilihan buat lepasan SPM. Selain itu, pelajar boleh memohon kemasukan ke UA/ IPTA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti melalui permohonan UPUonline. Maklumat lanjut program pengajian yang boleh dipilih oleh pelajar SPM boleh dirujuk di Halatuju Pendidikan selepas SPM.

Permohonan Diploma Jururawat USM

Permohonan Diploma Kejururawatan USM 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan dalam membuat Permohonan Diploma Jururawat 2024 USM. Permohonan boleh dibuat secara online mengikut ketetapan berikut :-

  • Tarikh Buka/ Tutup Permohonan : 14 Februari 2024 sehingga 19 April 2024
  • Calon perlu membeli Nombor PIN USM JURURAWAT berharga RM60 dari Bank Simpanan Nasional (BSN) atau membeli secara online di ePayment USM
  • Tempoh Pengajian 3 Tahun

Syarat Kemasukan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan memohon program Diploma Kejururawatan USM :-

Syarat Am

  • Lulus SPM/Setaraf
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia/ Bahasa Malaysia Kertas Julai
  • Lulus mata pelajaran Sejarah

Syarat Khas Program

  • Lulus SPM dengan dengan lima (5) kepujian
    • Mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Mathematics
    • Mendapat Kepujian dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:-
      • Sains
      • Biologi
      • Kimia
      • Fizik
      • Applied Science
    • Mendapat Kepujian dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran yang lain
    • Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris

DAN

  • Cemerlang dalam penilaian temu duga

Calon perlu memenuhi syarat status kesihatan berikut :-

  • Semua calon mesti disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan Berdaftar dalam masa satu bulan daripada mengikuti program kejururawatan
  • Calon tidak dibenarkan mengikuti program kejururawatan jika mempunyai masalah kesihatan berikut : –
    • HIV / AIDS
    • Hepatitis B
    • Hepatitis C
    • Masalah kesihatan mental
    • Epilepsi
    • Buta warna
  • Calon tidak mempunyai sebarang ketidakupayaan fizikal atau ketidakupayaan deria yang boleh menghalang dalam melakukan kemahiran kejururawatan.

Cara Membuat Permohonan Diploma Jururawat USM Ambilan Sesi 2024-2025

Permohonan secara dalam talian (online application) adalah melalui laman web:

Permohonan kemasukan ke USM bagi program Ijazah Sarjana Muda Penuh Masa melalui Saluran Alternatif, Jarak Jauh, Program Pesisir dan Diploma Jururawat perlu dikemukakan melalui permohonan atas talian di laman web Pohon@USM. Berikut adalah langkah-langkah dalam membuat permohonan :-

1. PEMBELIAN NO. PIN

  • No. Pin USM Jururawat di BSN
  • Pastikan No PIN USM yang betul mengikut Saluran
  • Atau melalui ePayment USM dengan bayaran RM60.00

2. DAFTAR PERMOHONAN

  • Daftar permohonan @ Web – https://pohon.usm.my
  • Dapatkan No. Rujukan

3. LOGIN BORANG

  • No. Rujukan
  • Kata Laluan (ditetapkan pemohon semasa mendaftar)

4. MAKLUMAT PERIBADI

  • Contoh: tarikh lahir, alamat, no. telefon & sebagainya
  • Tekan butang SETERUSNYA

5. MAKLUMAT AKADEMIK

  • Isi maklumat akademik, contoh: SPM, STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Diploma dan sebagainya

6. MAKLUMAT KO‐KURIKULUM

7. MAKLUMAT SOSIO‐EKONOMI

  • Maklumat ibu bapa / penjaga
  • Contoh: Nama, No. K/P, Pekerjaan, Pendapatan dan lain-lain

8. PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN

  • Pilihan program
  • Jika berkaitan

9. MUAT NAIK DOKUMEN

  • Contoh dokumen: Salinan MyKad, SPM, STPM/Matrik/Asasi/ Diploma, A-Level, IB dan lain-lain lagi

10. PENGESAHAN

  • Tekan butang HANTAR
  • Cetak maklumat permohonan untuk rujukan

Maklumat Lanjut

Sesi temu duga akan diadakan pada bulan Jun dan keputusan permohonan akan dihebahkan pada bulan Ogos melalui laman web pohon.usm.my

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi :-

  • UNIT PENGAMBILAN PELAJAR
    BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
    JABATAN PENDAFTAR
    ARAS 2, BANGUNAN CANSELORI
    UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
    11800 USM PULAU PINANG
  • 1 300 888 876 / 04-653 3196 / 04-653 5168 (No Telefon)
    04 653 3328 (Fax)
    Isnin – Jumaat (8:10 AM – 5:10 PM)
  • Facebook Student Admissions USM

Semoga panduan Permohonan ini bermanfaat buat semua pemohon. Selamat membuat permohonan dan semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Program Diploma Kejururawatan USM yang dihajatkan.

Tinggalkan Balasan