PAJSK Semakan Markah Kokurikulum Online eMKOKO

Semakan Markah Kokurikulum Online Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK). Markah Kokurikulum adalah penilaian yang sangat penting buat pelajar dalam pengiraan merit kemasukan ke UA/ IPTA. Berikut dikongsikan langkah-langkah membuat semakan markah kokurikulum secara online. Markah yang tinggi dalam peperiksaan semata tidak menjamin tempat anda dalam memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui permohonan UPU. Oleh itu, pelajar perlu juga aktif dalam aktiviti kokurikulum selain cemerlang dalam akademik.

Kegiatan kokurikulum sekolah yang juga merupakan aktiviti luar bilik darjah merangkumi aktiviti Pasukan Badan Beruniform, Kelab atau Persatuan serta Sukan atau Permainan. Kegiatan Kokurikulum adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Jadi, para pelajar perlu mengambil perhatian akan kepentingan aktiviti Kokurikulum yang berfungsi sebagai pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Semakan Markah Kokurikulum pajsk emkoko

Apa Itu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK)?

Kegiatan Kokurikulum Sekolah merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Kelab/ Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan. Penyertaan dalam ketiga-tiga kegiatan ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pebelajaran di sekolah seperti termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998 (Akta Pendidikan 1996 – Seksyen 18 dan 30).

Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran murid serta pembentukan modal insan (murid) secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

Kaedah Penilaian

Bagi menentukan murid sentiasa cergas dan bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum, penilaian kokurikulum dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahannya. Keputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa (Grade Point Average) dan Himpunan Prestasi sepanjang tempoh perskolahan (Cumulative Grade Point Average). Tempoh Pentaksiran setiap tahun bermula daripada 1 Januari hingga 31 Disember.

Format PAJSK

Terbahagi kepada tiga komponen iaitu :-

a) Ujian SEGAK – satu set Ujian Standard Kecergasan Fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah dan Menengah. Ujian ini hendaklah ditadbir urus oleh Guru Pendidikan Jasmani dan dilaksanakan dalam bulan Mac dan Ogos

b) Kokurikulum: Mesyuarat jemaah menteri tealh menetapkan syarat merit 10 peratus markah kokurikulum bagi kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam (UA). Bagi tujuan pentaksiran hanya dua markah tertinggi sahaja yang diambil kira daripada tiga aspek utama yang melibatkan enam (6) elemen

  • Kelab Persatuan
  • Unit Beruniform
  • Sukan/Permainan

c) Ekstra Kurikulum – merupakan satu kegiatan sukarela yang bermanfaat pada atau di luar waktu persekolahan, ke arah pembentukan peribadi yang terpuji. Markah yang diperoleh daripada bidang ini akan dicampurkan dengan markah tertinggi purata 2 daripada 3 aktiviti kokurikulum samada Kelab/Persatuan, Pasukan Badan
Beruniform atau Sukan/Permainan. Hanya markah tertinggi sahaja yang diambil daripada salah satu lima (5) elemen

Maklumat Lanjut sila klik garis panduan pentaksiran di pautan berikut:-

Cara Semakan Markah Kokurikulum Online : Sistem eMKOKO & PAJSK

Sistem Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum 10 Peratus Online Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), eMKOKO adalah sebuah sistem yang sistematik dan dibangunkan khas untuk para guru.

Ia berfungsi untuk merekodkan penilaian markah kokurikulum bagi pelajar lepasan PT3, SPM, STAM dan STPM.

Semakan Markah Kokurikulum Online Pelajar : Cara Membuat Semakan

Penilaian 10 peratus markah Kokurikulum ini adalah penilaian yang sangat penting buat pelajar untuk membuat permohonan kemasukan ke MRSM, SBP dan juga Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ataupun permohonan melalui UPU. Berikut merupakan cara membuat semakan markah kokurikulum online:

i) eMKOKO

Semakan markah hanya bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan Sistem APDM sahaja

ii) PAJSK

  • Semakan bagi sekolah yang berdaftar dengan Sistem APDM, sila layari di laman sesawang KPM

Sila hubungi terus guru kokurikulum di sekolah anda sekiranya terdapat sebarang persoalan atau kesulitan berkaitan pemarkahan yang diperolehi.

Skema Pemarkahan Kokurikulum

Tiada gred pemarkahan seperti dalam peperiksaan.

Hanya terdapat Markah dari 0 hingga 10 di mana markah terendah adalah 0 dan markah tertinggi adalah 10.

Pengisian Markah Oleh Guru di PAJSK

PAJSK merupakan sebuah sistem yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan untuk memudahkan para guru mengisi maklumat yang merangkumi markah pentaksiran kokurikulum, sukan dan jasmani pelajar.

Ada 4 menu utama dalam sistem PAJSK iaitu Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Guru Penolong kanan Kokurikulum.

Jika anda merupakan seorang guru yang ingin mengisi maklumat kokurikulum pelajar, pilih menu keempat iaitu Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Buat para guru, sila rujuk juga Pengisian Markah PAJSK Secara Online Pentaksiran markah Aktiviti Jasmani Sukan di PAJSK.

Selamat membuat Semakan Markah Koko Pelajar secara Online. Semoga sistem eMKOKO KPM ini memudahkan pelajar untuk membuat semakan dalam talian.

Related : semak markah, https pajsk.moe.gov.my,

Tinggalkan Balasan