Kriteria Pemilihan UPU Kemasukan Ke Universiti Awam

Dasar Dan Kriteria Pemilihan UPU Untuk Kemasukan Ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti Dan ILKA. Umum sedia maklum yang permohonan kemasukan ke UA/ IPTA melalui permohonan UPU online 2024 akan dibuka pada 29 Februari hingga 29 Mac 2024. Sebagai panduan berikut dikongsikan Kriteria Pemilihan UPU untuk kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Untuk makluman, penawaran kemasukan ke UA/ IPTA adalah dibuat berdasarkan kepada dasar markah merit yang meliputi markah akademik, markah koko dan status sosio-ekonomi. Kepada yang gagal dalam permohonan UPU boleh merayu dan jika gagal juga, anda mungkin tidak melepasi kriteria pemilihan pengambilan yang telah ditetapkan.

Kriteria Pemilihan UPU

Dasar Dan Kriteria Pemilihan Kemasukan UPU Ke UA/ IPTA

Berikut adalah maklumat penting berkaitan Kriteria Pemilihan UPU untuk Kemasukan Ke UA dan IPTA.

Dasar Pemilihan

Pemilihan pelajar adalah berasaskan kepada prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai :

i) Lepasan SPM/ Setaraf

  1. UA & Politeknik Premier  : 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
  2. Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA : 75% markah akademik, 10% markah kokurikulum dan 15% Status Sosio-Ekonomi (SES)

ii) Lepasan STPM/ Setaraf

  1. Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.

Kriteria Pemilihan UPU Kemasukan Ke Universiti Awam

Kriteria Pemilihan UPU Kemasukan Ke UA/ IPTA

Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan kepada kriteria berikut :-

i) Lepasan SPM/ Setaraf

  • a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM dan pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
  • b) Tanggungan, pendapatan dan tempat tinggal (SES); (bagi permohonan ke Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA)
  • c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon;
  • d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
  • e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA;
  • f) Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ ujian;
  • g) Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan
  • h) Bilangan tempat yang disediakan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

ii) Lepasan STPM/ Setaraf

Dasar pemilihan untuk pelajar lepasan STPM dan setaraf adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:-

  • a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan STPM/Setaraf dan SPM/Setaraf;
  • b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
  • c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon;
  • d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
  • e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA;
  • f) Telah mengambil MUET dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1);
  • g) Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ ujian;
  • h) Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan
  • i) Bilangan tempat yang disediakan oleh UA.

Selain itu, kriteria tambahan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) adalah seperti berikut :-

  • a) Melepasi tahap minimum Ujian MedSI.
  • b) Lulus ujian khas yang ditetapkan dan diperaku temu duga.

Markah Kokurikulum : Kriteria Pemilihan UPU

Untuk makluman, Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian Seni dan Kokurikulum KPM kepada BPKP JPT.

  • Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan. Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang
    terbaik dengan markah 10%.

Sebab Permohonan UPU Gagal Atau Tidak Berjaya

Menurut Facebook Rasmi UPU, penawaran kemasukan ke UA dibuat adalah berdasarkan kepada dasar markah merit iaitu 90% akademik dan 10% kokurikulum. Di antara punca pemohon tidak berjaya mendapat tawaran kemasukan adalah seperti berikut :-

  1. Tidak menekan butang sah dan hantar pada borang online
  2. Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan
  3. Memohon program luar bidang aliran
  4. Tidak melepasi temuduga
  5. Markah merit rendah
  6. Tidak dipilih Universiti ekoran tempat yang terhad kerana pesaingan yang tinggi

Maklumat Lanjut Permohonan UPU

Pelajar adalah disarankan untuk melayari atau menghubungi maklumat yang disertakan di bawah ini dalam mendapatkan maklumat terkini Permohonan Kemasukan Ke UA, Politeknik Dan ILKA Sesi 2024-2025 Online.

Moga perkongsian Dasar Dan Kriteria Pemilihan Kemasukan UPU bermanfaat buat semua. Tahniah kepada pelajar yang terpilih masuk ke pusat pengajian tinggi di Malaysia.

Tinggalkan Balasan