UA

Senarai Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Di USM (Universiti Sains Malaysia)

Kursus Pengajian Yang Ditawarkan Di USM

Makluman kepada pelajar lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi, A-Level dan setaraf dengannya yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM). Permohonan kemasukan ke sidang akademik USM bagi sesi 2020/2021 yang menawarkan lebih 60 program pengajian akan dibuka melalui UPUonline. Berikut dikongsikan Senarai Program Pengajian USM (Universiti Sains Malaysia) yang ada ditawarkan untuk Program Ijazah Sarjana Muda .

Ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1976, kini USM mempunyai tiga kampus iaitu kampus induk di Pulau Pinang, Kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan. USM merupakan universiti awam pertama di Malaysia yang dipilih untuk menyertai Accelerated Programme for Excellence (APEX). Sejumlah 23 pusat pengajian yang menawarkan pelbagai jurusan untuk pilihan pelajar dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Senarai Program Pengajian USM Ijazah sarjana muda

Senarai Program Pengajian USM (Universiti Sains Malaysia) Kemasukan Ke Ijazah Sarjana Muda

Terdapat 23 buah fakulti di USM yang menawarkan program pengajian bagi kemasukan sidang akademik 2020/2021 USM bagi program Sarjana Muda.

Berikut dikongsikan senarai program pengajian yang ditawarkan mengikut Program Pengajian di Kampus Induk USM:

Nama Program Pengajian USM & Pusat Pengajian

Antara program pengajian yang ditawarkan di USM:
1

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

  • Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan (Bahasa Malaysia/Geografi/Sejarah)
  • Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Matematik/Fizik/Kimia/Biologi)
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas)
  • Sarjana Muda Pendidikan (TESOL)
2

Pusat Pengajian Seni

  • Sarjana Muda Seni Halus (Lakonan dan Pengarahan)
  • Sarjana Muda Sastera (Seni Halus)
  • Sarjana Muda Seni Halus (Rekabentuk dan Teknologi Baru)
  • Sarjana Muda Seni Halus (Grafik Komunikasi)
  • Sarjana Muda Seni Halus (Rekabentuk Produk)
  • Sarjana Muda Seni Muzik (Seni Persembahan dan Pedagogi)
3

Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan

  • Sarjana Muda Seni Bina Dalaman
  • Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan Dan Perancangan) (Kepujian) (Ukur Bahan)
  • Sarjana Muda (Perumahan, Bangunan Dan Perancangan) (Kepujian) (Seni Bina)
  • Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah
  • Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan Dan Perancangan)
  • Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan Dan Perancangan)
  • Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Bangunan (Kepujian)
4

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

  • Sarjana Muda Sastera¬† (Pengajian Bahasa Inggeris/Pengajian Bahasa Malaysia/Geografi/ Sejarah/ Kesusasteraan)
  • Sastera (Kepujian) (Terjemahan Dengan Interpretasi)
  • (Kepujian) (Bahasa Inggeris Dan Kesusasteraan)
5

Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan

  • Sarjana Muda Sastera (Kepujian) (Bahasa Inggeris Untuk Profesional)
6

Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

  • Sarjana Muda Ekonomi
  • Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Antropologi Dan Sosiologi/Ekonomi /Sains Politik / Perancangan Dan Pengurusan Pembangunan)
  • Sarjana Muda Kerja Sosial
7

Pusat Pengajian Komunikasi

  • Sarjana Muda Komunikasi (Filem Dan Penyiaran/ Komunikasi Pemujukan/Kewartawanan)
8

Pusat Pengajian Pengurusan

  • Sarjana Muda Perakuanan
  • Sarjana Muda Pengurusan (Starategi & Pengurusan Organisasi / Pemasaran /Kewangan / Pengurusan Operasi / Perniagaan Antarabangsa / Kewangan Islam / Analitik Perniagaan)
9

Pusat Pengajian Sains Kajihayat

  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Biologi Gunaan) (Bioteknologi / Agrobiologi /Biologi Akuatik / Biologi Persekitaran / Entomologi dan Parasitologi)
  • Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Biologi) (Mikrobiologi/ Biologi Tumbuhan/ Biologi Haiwan)
10

Pusat Pengajian Teknologi Industri

  • Sarjana Muda Teknologi (Persekitaran)
  • Sarjana Muda Teknologi¬† (Makanan)
  • Sarjana Muda Teknologi (Biosumber)
11

Pusat Pengajian Sains Fizik

  • Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan)
  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Geofizik)
  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Perubatan)
  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Kejuruteraan)
  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik)
12

Pusat Pengajian Sains Kimia

  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Kimia Analisis)
  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Kimia Industri)
  • Sarjana Muda Sains (Kimia)
13

Pusat Pengajian Sains Matematik

  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Matematik Dan Ekonomi)
  • Sarjana Muda Sains (Matematik)
  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Statistik Gunaan)
  • Sarjana Muda Sains Gunaan (Penyelidikan Operasi)
14

Pusat Pengajian Sains Komputer

  • Sarjana Muda Sains Komputer (Perkomputeran Cerdas / Infrastruktur Komputeran / Kejuruteraan Perisian)
15

Pusat Pengajian Sains Farmasi

  • Sarjana Muda Farmasi

Senarai Program Pengajian USM yang ada ditawarkan di Kampus Kejuruteraan USM adalah seperti berikut :-

16

Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekanik)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Pembuatan Dengan Pengurusan)
17

Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektrik)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Mekatronik)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektronik)
18

Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Kimia)
19

Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Aeroangkasa)
20

Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan Dan Sumber Mineral

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Sumber Mineral)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Bahan)
  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Polimer)
21

Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Awam)

Senarai Program Pengajian USM yang ada ditawarkan di Kampus Kesihatan USM pula adalah seperti berikut :-

22

Pusat Pengajian Sains Kesihatan

  • Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kesihatan Persekitaran Dan Pekerjaan)
  • Sarjana Muda Sains (Sains Forensik)
  • Sarjana Muda Sains Kesihatan (Dietetik)
  • Sarjana Muda Sains Kesihatan (Audiologi)
  • Sarjana Muda Sains Kesihatan (Patologi Pertuturan)
  • Sarjana Muda Kejururawatan
  • Sarjana Muda Sains Kesihatan (Bioperubatan)
  • Sarjana Muda Sains Kesihatan (Sinaran Perubatan)
  • Sarjana Muda Sains Kesihatan (Pemakanan)
  • Sarjana Muda Sains Kesihatan (Sains Senaman Dan Sukan)
23

Pusat Pengajian Sains Perubatan

  • Doktor Perubatan
23

Pusat Pengajian Sains Pergigian

  • Doktor Pergigian

SUMBER

Jika pelajar berminat untuk memohon kemasukan ke USM, anda boleh merujuk kepada maklumat berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan kemasukan USM dan sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Alamat
  • Unit Pengambilan Pelajar
    Bahagian Pengurusan Akademik
    Jabatan Pendaftar
    Aras 2, Bangunan Canselori
    Universiti Sains Malaysia
    11800, Pulau Pinang
No. Tel.
  • 1 300 888 876 / 04-653 3196
Emel
Facebook

Semoga dengan perkongsian di atas dapat membantu pelajar dalam memilih program yang diinginkan. Semoga berjaya mendapat tempat di USM.

Share this post:

Tags

Related Articles

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close