Senarai Program Pengajian UTM Ijazah Sarjana (Universiti Teknologi Malaysia)

Perhatian kepada pelajar terutamanya lepasan STPM/ Setaraf yang merancang untuk melanjutkan pengajian mereka ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Berikut adalah senarai program pengajian UTM yang boleh dimohon oleh pelajar pada sesi kemasukan terkini. Permohonan bagi program Sarjana Muda untuk kemasukan sesi September 2020 melalui permohonan UPU Online akan dibuka. Permohonan terbuka kepada lepasan STPM/matrikulasi/asasi UM/asasi UiTM/asasi UTM/A-Level/Setaraf. Terdapat 13 buah fakulti di UTM yang menawarkan pelbagai jurusan untuk pilihan pelajar yang berminat.

Untuk makluman semua, UTM merupakan salah sebuah universiti awam di Malaysia yang beroperasi di Skudai,  Johor di mana ia merupakan kampus utama dan sebuah lagi cawangan UTM yang terletak di Kuala Lumpur. UTM terkenal dengan kehebatan fakulti kejuruteraan tidak kira di dalam mahu pun luar negara. Selain itu, UTM juga merupakan universiti penyeldikan ke-4 selepas UM, UKM, UPM dan USM.

Senarai Program Pengajian UTM Ijazah Sarjana Muda

Senarai Kursus Pengajian Yang Ditawarkan Di UTM Universiti Teknologi Malaysia (Program Ijazah Sarjana Muda)

Daripada 13 buah fakulti di UTM, terdapat 7  buah fakulti yang menawarkan program pengajian bagi kemasukan September 2020 untuk program Sarjana Muda.

Berikut dikongsikan senarai program yang ditawarkan mengikut fakulti di UTM:

Senarai Program Pengajian UTM & Fakulti (Ijazah Sarjana Muda)

Antara program pengajian yang ditawarkan di UTM:

1.Fakulti Kejuruteraan

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Senibina Kapal dan Kejuruteraan Luar Pantai dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Bahan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Bioproses) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Gas) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Bioperubatan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Biometrik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Data) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan Komputer) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian

Senarai Program Pengajian UTM yang ada ditawarkan di Fakulti Alam Bina dan Ukur adalah seperti berikut :-

2. Fakulti Alam Bina dan Ukur

  • Sarjana Muda Senibina Landskap dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Ukur Bahan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Pembinaan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Geoinformatik dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Pengurusan Harta Tanah dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik dengan Kepujian

3. Fakulti Sains

  • Sarjana Muda Sains (Kimia) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Fizik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Biologi) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Kimia Industri) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Fizik Industri) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Biologi Industri) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Matematik Industri) dengan Kepujian

4. Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim

  • Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian

5. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Binaan Bangunan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Elektrik dan Elektronik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Sains Sukan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Kimia) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Fizik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Islam) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia dengan Kepujian

Senarai Program Pengajian UTM yang ditawarkan di Kampus UTM Kuala Lumpur :-

6. Fakulti Teknologi Informatik Razak (UTM Kuala Lumpur)

  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Reka Bentuk Industri)

7. Malaysia-Japan International Institute of Technology (UTM Kuala Lumpur)

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektronik dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Kejituan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Proses Kimia dengan Kepujian

SUMBER

Para pelajar yang berminat untuk memasuki Universiti Teknologi Malaysia, boleh merujuk kepada maklumat berikut :-

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan kemasukan UTM dan sebarang pertanyaan, sila hubungi:Alamat

  • Bahagian Rekrutmen dan Kemasukan Mahasiswa (SRAD), Aras 2, Blok F54, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 81310 Johor Bahru

No. Tel.

  • 07-553 7809 / 7573 / 7632

Emel

    • upgrad@utm.my

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu pelajar dalam memilih program yang diinginkan. Semoga berjaya mendapat tempat di UTM.

Tinggalkan Balasan