Permohonan UTM Ambilan Kedua 2024 Online

Panduan buat para pelajar lepasan Diploma/ STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ A-Level atau setaraf yang berminat serta berkelayakan. Buat pengetahuan semua, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan membuka permohonan kemasukan semester 2 sesi 2023/2024 secara online bagi program Ijazah Sarjana Muda terpilih. Tarikh permohonan akan dibuka pada bulan November 2023. Berikut adalah panduan permohonan UTM sesi ambilan kedua 2023-2024 buat rujukan calon. 

Buat makluman semua, selain UTM terdapat Universiti Awam (UA) lain yang menawarkan kemasukan kedua untuk sesi Februari 2024. Antaranya ialah UUM, UIAM, UiTM, UPSI, UTHM dan UMK.

Permohonan UTM Ambilan Kedua 2020 Online

Permohonan UTM Ambilan Kedua 2024 Online

Pengajian sepenuh masa bagi program Ijazah Sarjana Muda UTM kemasukan Februari 2024 akan dijalankan di lokasi UTM Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Meskipun begitu, tidak semua program pengajian peringkat Sarjana Muda ada ditawarkan di sesi ambilan Februari 2024 ini. Pelajar boleh membuat permohonan UPU secara online bagi sesi 2023/2024 yang akan dibuka pada awal tahun 2024.

Namun, permohonan ambilan kedua ini tetap terbuka kepada pelajar lepasan Diploma dan juga lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ A-Level atau setaraf mengikut program yang ditawarkan.

1. Tarikh Penting Permohonan UTM Februari 2024 Online

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting berkaitan Permohonan Kemasukan ke UTM ambilan kedua sesi kemasukan Februari 2024:

  • Tarikh Buka : 1 November 2023
  • Tarikh Tutup : 31 Disember 2023

2. Aplikasi Permohonan UTM Ambilan Kedua 2024 Online

Para pemohon boleh membuat permohonan dan membuat semakan syarat permohonan serta senarai dokumen permohonan yang diperlukan melalui aplikasi di bawah:

3. Program Ijazah Sarjana Muda Yang Ditawarkan

Program Ijazah Sarjana Muda UTM yang ditawarkan pada tahun sebelum ini adalah seperti berikut. Senarai bagi tahun 2024 akan dikemaskini:-

1.Lepasan Diploma (UTM Johor Bahru):

  • Sarjana Muda Kejuruteraan (Bio-Perubatan)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik dan Multimedia)
  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Pembinaan Bangunan)
  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Elektrik dan Elektronik)
  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kemahiran Hidup)
  • Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (TESL)
  • Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Sains Sukan)
  • Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Pendidikan Islam)

2. Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ A-Level/ setaraf (UTM Johor Bahru):

  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Pembinaan Bangunan)
  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Elektrik dan Elektronik)
  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kemahiran Hidup)
  • Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (TESL)
  • Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Sains Sukan)
  • Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Pendidikan Islam)

3. Lepasan Diploma dan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ A-Level/ setaraf (UTM Kuala Lumpur):

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektronik
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Kejituan Mekanikal
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Proses Kimia

4. Semakan Keputusan UTM Februari 2024

Keputusan kemasukan dan tawaran boleh disemak pada (Akan Dikemaskini).

Panduan Semakan

5. Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi:Alamat

  • Bahagian Rekrutmen dan Kemasukan Mahasiswa (SRAD), Aras 2, Blok F54, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 81310 Johor Bahru

No. Tel.

    • 07-553 7809 / 7573 / 7632

Emel

Diharap agar maklumat berkaitan Permohonan di atas ini dapat memudahkan urusan anda. Semoga berjaya mendapat tawaran kemasukan untuk Program Ijazah Sarjana Muda UTM.

Tinggalkan Balasan