ePengambilan PDRM : Permohonan Polis Secara Online

Perhatian kepada mereka yang berminat untuk berkhidmat sebagai seorang anggota polis di dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Anda boleh membuat permohonan polis secara online apabila tawaran dibuka mengikut jawatan di Portal ePengambilan PDRM. Pastikan anda melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk melayakkan diri sebelum membuat permohonan/ pendaftaran atas talian.

Pasukan PDRM yang kini mempunyai lebih 100,000 orang pegawai dan anggota bertanggungjawab memastikan keselamatan serta kesejahteraan awam terjamin. Tugas yang berat ini bukan mudah dan individu yang berminat hendaklah mempunyai intergriti yang tinggi supaya Pasukan PDRM dihormati serta dipercayai oleh orang ramai.

ePengambilan PDRM Permohonan Polis Secara Online

Permohonan Polis Melalui ePengambilan PDRM Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Pengambilan Polis Secara Online untuk panduan semua. Turut disertakan adalah maklumat syarat-syarat am, akademik, fizikal dan tangga gaji bagi setiap skim jawatan yang ditawarkan.

TERKINI: Panggilan Pemeriksaan Fizikal, Ujian Kecergasan dan Larian 2.4km bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki/Wanita) Awam Fasa 2/2024

Pemohon jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki/Wanita) Awam Fasa 2/2024 yang telah memuat semakan status panggilan pada 9 Januari 2024 dikehendaki menghadiri pemeriksaan fizikal di lokasi yang telah ditetapkan bermula:

  • 6 Mei hingga 21 Mei 2024

Perubahan tempat dan tarikh pemeriksaan fizikal hanya melibatkan pusat pemeriksaan fizikal yang dinyatakan di FB Unit Pengambilan PDRM

Cara Membuat Permohonan Polis Online

Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia akan menerbitkan iklan permohonan jawatan secara online di sosial media rasmi.

Mereka yang berkelayakan dan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh memohon secara online di laman sesawang ePengambilan PDRM pada tarikh yang ditetapkan.

Login Pendaftaran ePengambilan PDRM:

Untuk pengguna baru yang ingin mendaftar, ikuti langkah-langkah seperti berikut :-

  1. Layari Laman Web Rasmi :-
  2. Klik pada pendaftaran baru untuk pengguna kali pertama
  3. Isikan maklumat diri dengan lengkap dan tepat sebelum memuat naik resume masing-masing
  4. Jika tidak menerima emel, klik “Tidak Terima e-mel Pengaktifan ID” bagi mengaktifkan akaun
  5. Permohonan yang layak melepasi tapisan oleh pihak PDRM sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga

Semak Status Permohonan Polis

Selepas permohonan dibuat, anda boleh membuat semakan status permohonan dengan langkah-langkah di bawah ;-

  1. Log masuk ke portal epengambilan PDRM di pautan :-
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang semak
  3. Status permohonan akan dipaparkan
  4. Jika berjaya, sila cetak surat panggilan tersebut dan dapatkan borang tapisan

Skim Jawatan Polis Yang Ditawarkan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan mengikut jawatan bagi pemohon yang ingin membuat permohonan:

Inspektor Polis YA13

Syarat-syarat permohonan jawatan Inspektor Polis Gred YA13 adalah seperti berikut :-

  1. Terdiri dari Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PhD) pada tarikh pendaftaran permohonan secara online

Kelayakan Akademik :-

  1. Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,502.00]
  2. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,646.88]
  3. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,792.63]
  4. Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]: RM2,938.39
  5. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]
  6. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]
  7. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,229.91]
  8. Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]
  9. Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,375.67]
  10. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan Fizikal, pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Tangga Gaji Inspektor Polis YA13

  1. Gaji Minimum RM 2502.00 – Gaji Maksimum RM 9803.00
  2. Kadar Gaji Tahunan: RM 230.00

Sarjan Polis YA5

Syarat-syarat permohonan bagi jawatan Sarjan Polis gred YA5 adalah seperti berikut :-

  1. Terdiri dari Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;

Kelayakan Akademik :-

  1. Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [Gaji permulaan ialah pada Gred YA5: RM1,930.00]; dan
  2. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

Kelayakan Fizikal, pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan)

Tangga Gaji Sarjan Polis YA5

  1. Gaji minimum RM 1930.00 – Gaji Maksimum RM 5801.00
  2. Kadar Gaji Tahunan RM 150.00

Konstabel Polis YA1

Syarat-syarat permohonan bagi jawatan Konstabel Polis gred YA1 adalah seperti berikut:-

  1. Terdiri dari Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online;

Kelayakan Akademik :-

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan Dua (2) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain atau;
  2. Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred ‘C’), mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut;
  3. a) Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
    b) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan;
    c) Teknologi Kejuruteraan Awam;
    d) Perniagaan;
    e) Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau;
    f) Teknologi Kejuruteraan Marin
  4. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau; [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,507.01];
  5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,573.02].

Kelayakan Fizikal, pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan)

Tangga Gaji Konstabel Polis YA1

  1. Gaji Minimum RM 1441.00 – Gaji Maksimum RM 4152.00
  2. Kadar Gaji Tahunan: RM 105.00

Konstabel Polis YT1

Syarat-syarat permohonan bagi jawatan Konstabel Polis gred YT1 adalah seperti berikut :-

  1. Terdiri dari Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;

Kelayakan Akademik :-

  1. Lulus Pentaksiran Tingkatan Tiga /Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: RM1,220.00]
  2. Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dengan mendapat Gred C dan Lulus sekurang-kurangnya empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.

Kelayakan Fizikal, pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan)

Tangga Gaji Konstabel Polis YT1

  1. Gaji minimum: RM 1220.00 – Gaji Maksimum RM 2748.00
  2. Kadar Gaji Tahunan RM 85.00

Konstabel Polis Orang Asli YP1

Syarat-syarat permohonan bagi jawatan Konstabel Polis Orang Asli gred YP1 adalah seperti berikut:-

  1. Terdiri dari Warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli (mengikut tafsiran Akta Orang-orang Asli 1974);
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh tutup iklan;

Kelayakan Akademik

  1. Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YP1: RM1,334.00]; dan
  2. Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan Fizikal, pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja)
  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Tangga Gaji Konstabel Polis Orang Asli YP1

  1. Gaji Minimum RM 1334.00 – Gaji Maksimum RM 3003.00
  2. Kadar Gaji Tahunan RM 85.00

Maklumat lanjut

Informasi lebih lanjut berkenaan ePengambilan PDRM: Permohonan Polis Secara Online, boleh rujuk pautan berikut:

Rel : dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang rasmi polis diraja malaysia, warna merah adalah jawatan yang belum dibuka, maklumat peribadi keluarga akademik, https epengambilanpdrm.rmp.gov.my, untuk membuat,

Tinggalkan Balasan