Senarai Pengambilan Kedua Universiti Awam Sesi 2023/2024

Panduan buat para pelajar lepasan SPM atau STPM/setaraf yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam menerusi permohonan UPUOnline. Buat pengetahuan semua, bagi yang berkelayakan dan berminat, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam secara online menerusi laman web UA masing-masing. Berikut dikongsikan senarai pengambilan kedua Universiti Awam semester 2 sesi akademik 2023-2024.

Terdapat beberapa universiti awam iaitu UPSI, UUM, UiTM, UTHM, UMP, UMK dan beberapa UA lain yang menawarkan program pengajian peringkat Diploma dan Sarjana Muda untuk pengambilan kedua bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lepasan STPM.

Senarai Pengambilan Kedua Universiti Awam Ambilan kedua 2019-2020

Berikut adalah senarai pengambilan kedua Universiti Awam untuk kemasukan Januari / Februari 2024 meliputi nama UA yang menawarkan ambilan kedua untuk lepasan SPM/ STPM dan setaraf.

Kemasukan semester 2 ini adalah peluang kedua buat pelajar yang gagal dalam permohonan UPU terdahulu, namun penawaran program pengajian adalah terhad dan terpilih sahaja iaitu bergantung kepada setiap UA.

Senarai Pengambilan Kedua Universiti Awam Sesi 2023/2024

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan senarai universiti awam yang menawarkan ambilan kedua sesi akademik 2023/2024 untuk lepasan SPM, STPM/Setaraf dan Diploma. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa:
1

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI):

2

Universiti Tun Hussein Onn (UTHM):

3

Universiti Teknologi MARA (UiTM):

4

Universiti Malaysia Pahang (UMP):

5

Universiti Malaysia Kelantan (UMK):

  • Untuk Semester Februari sesi 2023/2024
  • Program Sarjana Muda
  • Kemasukan Februari 2024
  • Lepasan Diploma sahaja
  • Tarikh Permohonan: 14 November hingga 14 Disember 2023
  • Laman Web: UMK
6

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM):

  • Pengambilan Mac sesi 2023/2024
  • Program Sarjana Muda
  • Kemasukan Mac 2024
  • Lepasan STPM / Setaraf sahaja
  • Tarikh Permohonan Ditutup : 29 Disember 2023
  • Laman Web: https://admission.usim.edu.my/ambilan-mac/
7

Universiti Teknologi Malaysia (UTM):

8

Universiti Utara Malaysia (UUM):

9

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM):

10

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM):

11

JPPKK (Politeknik & Kolej Komuniti):

  • Program Politenik Yang Ditawarkan:-
    • Sijil Kolej Komuniti
      Sijil Kemahiran Khas Politeknik
      Diploma Politeknik
  • Kemasukan Sesi Januari 2024
  • Tarikh Permohonan: 3 Oktober 2023 hingga 1 Disember 2023
  • Laman Web: ambilan.mypolycc.edu.my

Diharap agar perkongsian Senarai Pengambilan Kedua Universiti Awam (Second intake) Sesi 2023/2024 dapat dijadikan panduan yang berguna buat semua pemohon. Selamat membuat permohonan dan semoga berjaya memasuki UA/ IPTA pilihan anda.

Tinggalkan Balasan