Permohonan UTHM Semester II 2023/2024 Online Ambilan Kedua

Panduan buat para pelajar lepasan Diploma/ STPM yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) bagi Semester II Sesi 2023/2024. Buat pengetahuan semua, permohonan UTHM untuk melanjutkan pengajian semester 2 atau ambilan kedua ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan dibuka pada bulan November 2023.

Selain UTHM, terdapat beberapa Universiti Awam (UA) lain yang membuka permohonan kemasukan kedua iaitu UM, UUM, UTEM, UiTM, UIAM, UMK, USIM dan UPSI. Permohonan kemasukan kedua ini adalah bagi ambilan Mac 2024 serta untuk mereka yang gagal dalam permohonan UPU.

Permohonan UTHM Februari 2020 Ambilan Kedua

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

UTHM adalah sebuah Universiti Awam yang terletak di selatan tanah air iaitu di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Ianya ditubuhkan pada 27 September 2000 di mana UTHM mengkhususkan dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan awam dan alam sekitar, kejuruteraan mekanikal dan pembuatan, pengurusan teknologi, perniagaan dan keusahawanan, sains komputer dan teknologi maklumat, serta pendidikan teknik dan vokasional.

UTHM menawarkan program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Doktor Falsafah, Program Persisir dan kursus jangka pendek.

1. Tarikh Permohonan UTHM Semester II Sesi Akademik 2023/2024 Online

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting permohonan semester 2 sesi pengajian 2023/2024. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online).

  • Tarikh Buka Dan Tutup : 10 November 2023 hingga 3 Disember 2023
  • Tarikh Semakan Keputusan : 12 Februari 2024
  • Tarikh Pendaftaran Pelajar : 10 Mac 2024

2. Aplikasi Permohonan

Pemohon perlu mempunyai akaun untuk membuat permohonan. Sila ikuti langkah-langkah di aplikasi permohonan untuk membuat akaun baru.

3. Panduan Permohonan

Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan secara online.

1.Pastikan anda mengisi maklumat yang lengkap semasa permohonan.

2. Sila muatnaik salinan dokumen berikut yang telah disahkan:

  • Kad Pengenalan
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Transkrip Akademik Diploma
  • Sijil MUET
  • Keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (Jika Ada)
  • Akreditasi MQA (Klik Sini)

Sila pastikan semua dokumen di atas dimuat naik ke dalam sistem permohonan. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan permohonan tidak akan diproses.

4. Syarat Am Kemasukan UTHM

Berikut dikongsikan syarat am permohonan beserta syarat tambahan kemasukan ke UTHM ambilan Semester 2 Sesi Akademik 2023/2024 :

1.Pemohon merupakan warganegara Malaysia

2. Pemohon memiliki kelulusan Diploma/ STPM atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan

3. Pemohon mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET)

4. Pemohon memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Setaraf dengan mendapat kepujian (C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah

5. Pemohon memenuhi syarat minimum program yang ditawarkan

6. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana IPT Tidak Dibenarkan memohon

7. Tidak pernah disabit kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah

5. Syarat Tambahan Bagi Program Pendidikan

Berikut dikongsikan syarat tambahan bagi program pendidikan:

1.Terbuka kepada warganegara sahaja.

2. Pemohon mesti berumur tidak melebihi 30 tahun.

3. Lulus Matematik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia/Setaraf.

4. Calon yang memohon hendaklah sihat tubuh badan, tidak menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program yang dirangka untuk kursus ini.

5. Syarat khas program pengajian boleh dirujuk selanjutnya di Syarat UTHM

6. Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di UTHM Ambilan Semester II Sesi Akademik 2023/2024

Berikut merupakan senarai kursus/program Sarjana Muda yang ditawarkan untuk pengambilan semester 2 sesi 2023/2024 di UTHM beserta kod:

1. FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (FKEE)

  • BEJ – Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian
  • BEV – Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian

2. FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN (FKMP)

  • BDD – Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian
  • BDJ – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Loji) dengan Kepujian

3. FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (FPTV)

  • BBA – Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan Kepujian #
  • BBC – Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan Kepujian #
  • BBE – Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Elektronik) dengan Kepujian#
  • BBF – Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) dengan Kepujian #

4. FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (FSKTM)

  • BIT – Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian

5. FAKULTI SAINS GUNAAN DAN TEKNOLOGI (FAST)

  • BWC – Sarjana Muda Sains (Fizik Gunaan) dengan Kepujian

6. FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (FTK)

  • BNA – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar) dengan Kepujian
  • BND – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Automasi Industri) dengan Kepujian
  • BNE – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Elektrik) dengan Kepujian
  • BNF – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi dan Komputer) dengan Kepujian
  • BNG – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) dengan Kepujian
  • BNM – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dengan Kepujian
  • BNN – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi) dengan Kepujian
  • BNT – Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pengangkutan Rel dengan Kepujian

 # : Program Bertemuduga

Bagi calon yang sedang bekerja, calon harus mengemukakan surat pelepasan dari majikan dan surat tajaan sewaktu mengemukakan permohonan.

7. Semakan Keputusan UTHM Semester 2 Online

Keputusan permohonan boleh disemak di Laman Web UTHM bermula 12 Februari 2024. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 20 Mac 2024 dianggap gagal dan tidak berjaya.

Panduan tarikh penting semakan keputusan dan temuduga serta tarikh pendaftaran boleh dirujuk di Keputusan UTHM

Pautan semakan tawaran klik UTHM 2nd Intake

8. Maklumat Lanjut

Iklan Permohonan UTHM Ambilan kedua sesi 2021-2022 adalah seperti berikut dan boleh dirujuk di Portal UTHM :

iklan permohonan semester sesi uthm

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:

Alamat : PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK,

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim

Email : ppa@uthm.edu.my

No. Tel.07-453 7696/ 7375/ 7683/ 7687/ 7689/ 7690. Fax : 07-453 6085

Waktu Operasi

Ahad – Rabu: 8.00 pagi – 5.00 petang

Khamis: 8.00 pagi – 3.30 petang

Semoga perkongsian maklumat berkaitan ini dapat memudahkan urusan anda. Semoga berjaya.

Tinggalkan Balasan