Permohonan USIM 2024 Online Ambilan Kedua

Panduan buat para pelajar lepasan STPM/Setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam (UA) bagi sesi 2024 ambilan kedua semester 2. Buat makluman semua, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membuka peluang kepada yang berminat dan berkelayakan untuk membuat permohonan bagi ambilan Mac 2024. Permohonan USIM second intake dijangka akan dibuka pada bulan Disember 2023 di portal rasmi USIM.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia. Kampus utama terletak di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Kampus di Pandan Indah, Kuala Lumpur pula dikhaskan untuk pelajar-pelajar Fakulti Perubatan dan Kesihatan (FPSK) serta Fakulti Pergigian (FPg).

Permohonan USIM Ambilan Kedua 2020 Online

USIM merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia.

Permohonan USIM Ambilan Kedua 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Ambilan Kedua 2024 Online Universiti Sains Islam Malaysia termasuk syarat kemasukan, cara permohonan dan cara menghubungi.

Untuk makluman, permohonan ke USIM sesi ambilan pertama pada awal setiap tahun boleh dibuat secara atas talian menerusi UPUOnline.

1. Tarikh Penting Permohonan

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting berkaitan Permohonan Kemasukan ke USIM ambilan kedua sesi kemasukan 2024:

  • Tarikh Permohonan : 27 November 2023 hingga 29 Disember 2023 (tahun lepas: 29 November 2022 hingga 31 Disember 2022)
  • Yuran proses sebanyak RM100 akan dicaj dan tidak dikembalikan

2. Aplikasi Permohonan

Para pemohon boleh membuat permohonan melalui aplikasi di bawah:

3. Syarat Kemasukan USIM 2024

Berikut dikongsikan syarat kelayakan mengikut kursus yang ditawarkan di USIM bagi kemasukan ambilan Mac: Syarat Kemasukan USIM

4. Semakan Keputusan USIM 2024 Online

Buat makluman semua, keputusan permohonan boleh disemak di laman web rasmi USIM yang dijangka pada hujung bulan Mac 2024.

Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas pengumuman rasmi keputusan USIM dianggap gagal dan tidak berjaya.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) UMP di talian berikut:

Alamat

  • Jabatan Pemasaran dan Kemasukan Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.

No. Tel.

  • 067988057 / 067978626

Emel

  • admission@usim.edu.my/ ug@usim.edu.my

Diharap agar maklumat berkaitan Permohonan ini dapat memudahkan urusan anda. Semoga berjaya mendapat tawaran kemasukan untuk Program Ijazah Sarjana Muda, Siswazah atau Asasi USIM.

Tinggalkan Balasan