UPU

Tips Mohon UPUonline Dan Panduan Permohonan

Cara Betul Isi Borang UPU

Tips Mohon UPUonline Dan Panduan Permohonan. Tahniah Diucapkan Kepada Pelajar-Pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM/STPM/setaraf. Sekiranya anda berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi melalui permohonan UPU, berikut dikongsikan sedikit Tips Mohon UPUonline dan Panduan Permohonan.

Tips dan panduan ini bertujuan untuk mengelakkan anda daripada tersalah pilih atau membuat pilihan yang berada di luar daripada syarat kelayakan anda. Oleh itu, sila pastikan anda mengikuti panduan yang dikongsikan di bawah ini semasa mengisi borang permohonan.

Tips Mohon UPUonline

 

Tips Mohon UPUonline Dan Panduan Permohonan

Berikut adalah senarai tips/ panduan dalam membuat permohonan UPU secara online.

  1. Beli nombor unik ID BSN berharga RM15.60 (Tiada GST)

    • Untuk mendaftar anda tidak memerlukan nombor Unik ID BSN tetapi untuk membuat permohonan anda wajib mempunyai nombor Unik ID tersebut.
    • Apabila sistem permohonan dibuka pada 5 Februari hingga 10 April 2018, anda boleh membuat pendaftaran untuk kali pertama, kemudian anda boleh membeli nombor unik ID di BSN mulai 5 Februari hingga 9 April 2018 dan teruskan membuat permohonan lengkap.
  2. Pastikan Kategori Anda (SPM/ STPM /Matrikulasi/ Diploma)

    • Nombor Unik ID (beli nombor pin di BSN mengikut kategori masing-masing : SPM/Setaraf, STPM/Setaraf)
  3. Buka Portal Rasmi UPU

    • Sebelum anda mengisi borang UPU online, apa yang penting sekali adalah senaraikan bidang-bidang mengikut keutamaan, minat atau bidang pengajian kita.
    • Sebagai contoh anda seorang lepasan STAM, jadi mesti bidang anda adalah bidang pengajian Islam. Klik pada link ini untuk panduan https://online.mohe.gov.my
  4. Langkah Seterusnya Semak Syarat E-Panduan Dengan Teliti

    • Dalam panduan itu anda boleh senaraikan universiti awam/ IPTA yang menawarkan kursus yang berkaitan.
    • Kemudian senaraikan kursus-kursus yang ditawarkan dalam bidang tersebut,di setiap Universiti. Sebagai contoh bidang pengajian Islam, kemudian senaraikan kesemua kursus yang ditawarkan setiap Universiti, kebiasaannya kursus-kursus pengajian adalah syariah, usuluddin, dakwah, quran sunnah.
    • Setelah semua universiti telah disenaraikan, tindakan yang penting adalah anda mestilah menyemak kelayakan kursus yang disenaraikan dengan result atau keputusan peperiksaan yang anda peroleh.
    • Jika kursus tersebut, di universiti berkenaan tidak menepati ciri-ciri syarat kelayakan dengan result atau keputusan peperiksaan kita, anda bolehlah membuangnya dari senarai.
    • Sila jangan meminta kursus yang tidak menepati syarat kelayakan.
    • Jadi sekarang tinggalah kursus yang hanya menepati syarat kelayakan anda.
    • Anda boleh memilih kursus yang anda minat atau yang ingin dipelajari.
    • Ataupun pilih Universiti yang anda berkenan.
    • Sekarang anda sudah boleh menentukan kursus dan senarai universiti yang hendak dipilih.
    • Susunkan mengikut pilihan terbaik anda, supaya lebih mudah untuk diisi dalam borang UPUonline.
  5. Isi Permohonan Online

    • Seterusnya, anda mestilah buka portal rasmi UPU di www.upu.mohe.gov.my untuk proses pertama sebelum memulakan pengisian borang online upu.
  6. Pastikan Anda Mengisi Setiap Maklumat Yang Bertanda Star * Dengan Lengkap

    • Mulakan permohonan online sekarang.
    • Maklumat penting yang wajib diisi oleh pemohon ditandakan dengan asterisk (*) dalam borang sistem permohonan kemasukan pelajar. Manakala tanda (**) adalah merujuk kepada wajib mengisi salah satu medan maklumat.
  7. Pilih 12 Pilihan Mengikut Keutamaan

    • Ada 12 pilihan program pengajian. Pemohon wajib memilih 5 pilihan program pengajian yang berbeza. Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 hingga 4 sahaja. Bagi Program Pengajian bertemu duga(Pendidikan) pada pilihan 1-2 sahaja.
    • Pemohon hanya dibenarkan memilih program pengajian mulai 8 Mac 2018. Pemohon hanya boleh memilih pilihan program pengajian yang melepasi syarat khas sahaja yang ditetapkan oleh UA.
    • Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan tanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline.
  8. Isi Sehingga Habis

    • Isi sampai habis.
    • Sebagai contoh, sekiranya anda hanya layak 3 sahaja daripada 12, maka ada 9 lagi ada kekosongan, pilih sahaja mana-mana kursus yang anda mahukan, asalkan anda isi dan penuhkan.
  9. Klik Sah & Hantar

    • Selepas selesai mengisi, klik sah dan hantar
    • Kegagalan untuk klik pada sah dan hantar menyebabkan anda gagal mengisi borang permohonan.
  10. Cetak Slip Permohonan

    • Setelah klik sah dan hantar, anda bolehlah mencetak atau print slip permohonan tersebut untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  11. Simpan Slip Permohonan Sebagai Bukti

    • Anda dinasihatkan supaya menyimpan slip permohonan yang telah dicetak sebagai bukti bahawa permohonan telah dilakukan.
  12. Semakan Permohonan & Kemaskini Permohonan Adalah Tanpa Had

    • Anda boleh membuat semakan dan mengedit permohonan seberapa banyak kali yang anda mahukan sebelum tarikh tutup permohonan.

Maklumat Lanjut Permohonan UPU Online

Pelajar adalah disarankan untuk melayari atau menghubungi maklumat yang disertakan di bawah ini dalam mendapatkan maklumat terkini Permohonan Kemasukan Ke UA, Politeknik Dan ILKA Sesi 2018-2019 Online.

carta alir permohonan upu

Diharap agar perkongsian Tips Mohon UPUonline Dan Panduan Permohonan ini membantu anda melakukan persediaan dengan baik sebelum membuat permohonan. Semoga anda berjaya dalam permohonan kemasukan ke UA/ IPTA yang dihajatkan!

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Close