Tarikh Pembelian No Pin UPU 2024 Di BSN

Tarikh Beli Nombor Pin Unik ID UPU Di Bank Simpanan Nasional (BSN). Umum sedia maklum yang Permohonan UPU 2024 secara online dibuka pada 29 Februari 2024. Sebelum dapat mengakses borang permohonan kemasukan ke UA/ IPTA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti, pemohon perlu membuat pembelian Pin Unik ID UPU di BSN. Berikut dikongsikan tarikh pembelian No Pin UPU 2024 di BSN.

TERKINI : Menerusi makluman Facebook Kemasukan BPKP JPT iaitu FB rasmi UPU, bayaran proses Unik ID dikenakan untuk permohonan kemasukan ke IPTA & ILKA bagi sesi 2024/2025. Pemohonan boleh dibuat terus oleh pemohon di laman sesawang upu selepas membeli nombor pin UPU. Bayaran ini membabitkan empat kategori permohonan iaitu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); matrikulasi dan Diploma atau setaraf. Ia membabitkan tempoh permohonan bermula 29 Februari hingga 29 Mac 2024.

tarikh pembelian no pin upu

Tarikh Beli No Pin Unik ID UPU 2024

Berikut dikongsikan maklumat tarikh pembelian Nombor Pin Unik ID UPU di BSN buat rujukan dan panduan para pelajar. Pembelian nombor Unik ID boleh didapati di kaunter BSN seluruh Malaysia mulai tarikh berikut :-

Tarikh Pembelian No Pin UPU Di Kaunter BSN

2024:

  • Tarikh buka : 28 Februari 2024
  • Tarikh tutup : 8 Jun 2024

2023:

  • Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline bagi sesi akademik 2023/2024

2022:

  • Tiada pembelian PIN di BSN diperlukan.

2021:

  • Tidak memerlukan pembelian PIN di BSN kerana tiada caj akan dikenakan. Pemohon boleh membuat permohonan terus di Laman Sesawang UPU tanpa pembelian

2020:

  • Tarikh buka pada 24 Februari 2020 sehingga tarikh tutup pada 16 April 2020 30 Mac 2020 untuk lepasan SPM
  • Tarikh buka pada 24 Februari 2020 sehingga tarikh tutup pada 16 April 2020 untuk lepasan STPM/Setaraf

tarikh pembelian pin unik id upu

SUMBER : Laman Web BSN

Pembelian secara individu adalah melalui beberapa kaedah seperti berikut :-

  1. Kaunter BSN
  2. Dan jika pemohon atau ibu bapa memiliki Akaun GIRO BSN, pembelian boleh dibuat melalui Mesin Automated Teller Machine (ATM)
  3. Perbankan internet (Online)

Kaedah dan cara pembelian PIN Unik UPU di BSN boleh dirujuk di Cara Beli PIN UPU.

Untuk makluman, pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan kepada perkara berikut :-

  • Nama
  • Nombor KP (IC)/ MyKad Peohon

BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan nombor Unik ID.

Maklumat Lanjut

Buat mereka yang tidak tahu tarikh permohonan UPU, permohonan UPUOnline bagi sesi akademik 2024/ 2025 bagi lepasan SPM/ setaraf & STPM/ setaraf akan dibuka mulai:-

  • 29 Februari 2024, Jam 12 tengah hari sehingga tarikh tutup pada 29 Mac 2024, Jam 5 petang (SPM) & (STPM)

Untuk panduan permohonan, sila rujuk kepada grafik panduan kemasukan UPU yang dikongsikan di bawah ini. Maklumat yang dipaparkan termasuk tarikh penting permohonan dan kategori permohonan UPU.

Permohonan UPU

Maklumat lebih lanjut mengenai permohonan UPU 2024 boleh diperolehi melalui maklumat berikut:-

Moga perkongsian Tarikh Pembelian No Pin UPU 2024 Di BSN ini boleh dijadikan panduan sebelum membuat permohonan secara online. Diucapkan selamat berjaya buat para pemohon kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi – UA/ IPTA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti melalui UPU online.

Tinggalkan Balasan