Adakah anda salah seorang pemilik Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN? Setiap bulan, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuat cabutan BSN SSP untuk mereka yang bertuah memenangi pelbagai hadiah menarik sehingga RM30 juta. Oleh itu, ikuti perkongsian di bawah untuk makluman mengenai Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional meliputi Tarikh & Semakan Keputusan Cabutan 2025.
Seramai 95 orang jutawan telah dinobatkan di bawah produk ini yang diperkenalkan sejak tahun 1978. Dengan simpanan serendah RM10 pencarum yang layak berpeluang untuk mendapat hadiah berbentuk wang ringgit, voucher dan kereta mewah. Tambahan pula, cabutan dibuat kepada pelbagai kategori yang memberikan peluang lebih banyak kepada pemilik SSP untuk memenangi hadiah yang ditawarkan oleh BSN.
BSN SSP 2025 : Tarikh & Semakan Keputusan Cabutan Sijil Simpanan Premium
Produk simpanan yang diperkenalkan oleh BSN ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai menyimpan duit demi kepentingan masa depan.
Apa Itu Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN?
Sijil Simpanan Premium BSN adalah satu produk Bank Simpanan Nasional yang berasaskan konsep mudharabah dan patuh syariah. Simpanan ini mendapat jaminan daripada kerajaan dan hadiah yang ditawarkan dikecualikan dari cukai pendapatan.
Kategori Cabutan Dan Hadiah Yang Ditawarkan
Bagi tahun ini, terdapat 10 kategori cabutan yang diperkenalkan oleh BSN seperti berikut:
1) Cabutan Jutawan
- RM1,000,000 setiap bulan
2) Cabutan Bulanan
- RM100,000 setiap bulan
3) Cabutan Simpanan Konsisten
- BMW 320i Sedan x 1 (Cabutan bulan Mac)
- Mercedes EQA x 1 (Cabutan bulan Jun)
- BMW iX2 x 1 (Cabutan bulan September)
- Mercedes A250 Sedan x 1 (Cabutan bulan Disember)
- BMW 5 Series x 1 (Cabutan bulan Disember)
- RM10,000 x 2 (Bulan cabutan Mac, Jun, September, Disember)
4) Cabutan Negeri
- Perodua Myvi 1.5 Auto x 1 (Setiap negeri)
- RM100 x a00 setiap negeri
5) Cabutan Penyimpan Muda
- Baucar Apple (RM15,000) x 1 setiap bulan cabutan
- Baucar Apple (RM10,000) x 3 setiap bulan cabutan
6) Cabutan Kesetiaan
- Baucar Barang Kemas bernilai RM25,000 x 1 (Cabutan Februari, Mei, Ogos dan November)
- RM10,000 x 3 (Cabutan Februari, Mei, Ogos dan November)
7) Cabutan Penyimpan Baru
- Perodua Myvi 1.5 x 1 setiap bulan cabutan
- RM20,000 x 3 (Cabutan Februari, April, Jun, Ogos, Oktober dan Disember)
8) Cabutan Profesion / Segmen
- Proton X50 x 1 setiap bulan cabutan
- Baucar Umrah/ Percutian bernilai RM20,000 x 1 setiap bulan cabutan
- RM10,000 x 3 setiap bulan cabutan
9) Cabutan Akaun Gaji (Gandaan Penyertaan)
- RM20,000 x 1 setiap bulan (Cabutan Februari, Mei, Ogos dan November)
- RM10,000 x 3 (Cabutan Februari, Mei, Ogos dan November)
10) Cabutan Perayaan
- RM20,000 x 2 setiap bulan cabutan
9) Cabutan Kasih
- Perodua Ativa x 1 setiap bulan cabutan
- RM20,000 x 2 setiap bulan cabutan
Syarat-Syarat Menyertai BSN SSP
Seperti semua produk yang ditawarkan oleh bank, pelanggan perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Berikut adalah syarat am untuk menyertai produk Sijil Simpanan Premium oleh Bank Simpanan Nasional:
- Terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warga asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia
- Berumur 12 tahun dan ke atas
- Simpanan minimum RM10 (1 unit). Tiada had maksimum.
Syarat-syarat yang lebih terperinci boleh disemak pada pautan berikut:
Cara Menyimpan
Bank Simpanan Nasional menyediakan lima kaedah untuk pengguna menyimpan seperti di bawah:
1) Melalui Mesin ATM
- Masukkan kad ATM/Debit BSN
- Pilih Bahasa
- Masukkan nombor PIN
- Pilih “Simpanan BSN SSP”
- Masukkan amaun dalam gandaan RM10
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi
2) Melalui Mesin Deposit Tunai (Dengan Kad ATM/Debit BSN)
- Masukkan kad ATM/ Debit BSN
- Pilih Bahasa
- Masukkan nombor PIN
- Pilih ” Simpanan BSN SSP”
- Pilih kaedah simpanan (Debit akaun atau tunai)
- Masukkan amaun dalam gandaan RM10
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi
3) Melalui Mesin Deposit Tunai (Tanpa kad ATM/ Debit BSN, hanya untuk penyimpan sedia ada sahaja)
- Pilih Bahasa
- Pilih “Simpanan BSN SSP”
- Masukkan nombor akaun simpanan BSN Giro/Giro-i
- Masukkan amaun dalam gandaan RM10
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi
4) Melalui perbankan internet myBSN
- Log masuk ke laman web BSN di
- Pilih “Simpanan BSN eSSP”
- Pilih “Nombor Akaun” daripada senarai
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan
- Sahkan simpanan dan cetak resit transaksi
5) Melalui Ejen Bank Berdaftar (EB BSN)
- Kemukakan kad pengenalan dan wang tunai (untuk pelanggan baru) atau kad ATM/ Debit BSN atau tunai (untuk pelanggan sedia ada) kepada EB BSN
- EB BSN akan memproses simpanan di terminal POS
- Sahkan simpanan dan simpan resit transaksi
- Simpanan maksima adalah RM1,000 untuk setiap transaksi
Tarikh Keputusan Cabutan BSN SSP 2025
Pelanggan sedia maklum bahawa BSN akan membuat cabutan pada setiap bulan dan berikut adalah Kalendar Cabutan bagi tahun 2025:
Cara Semak Keputusan Cabutan SSP
Semak keputusan nama pemenang setiap cabutan yang dibuat pada tarikh yang telah ditetapkan menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor sijil SSP masing-masing pada pautan di bawah:
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi:
- 1300 88 1900 : Pusat Perhubungan Pelanggan BSN
- Soalan-Soalan Lazim 2025
Rel : simpan resit transaksi, produk simpanan bsn yang unik, patuh syariah yang menawarkan, pelanggan baru atau kad pengenalan dan wang tunai,