Cara Buka Akaun SSPN Online : Semak Penyata & Bayaran

Cara Buka Akaun SSPN Online. Adakah anda ingin membuka sebuah akaun simpanan untuk tujuan pendidikan anak-anak ataupun diri sendiri? Sekiranya ya, kerajaan Malaysia di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memperkenalkan satu instrumen yang bernama Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Berikut dikongsikan maklumat berkaitan SSPN termasuk semakan penyata dan baki bayaran sebagai panduan untuk orang ramai.

Skim simpanan ini dijamin oleh kerajaan bagi menggalakkan masyarakat untuk menabung dari awal demi menanggung yuran pendidikan di IPTA atau IPTS. Dengan pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 dan pemberian dividen yang konsisten, instrumen simpanan ini pastinya menguntungkan ibu dan bapa dalam menyediakan dana pendidikan anak-anak untuk belajar di peringkat pengajian tinggi.

Cara Buka Akaun SSPN-i Online

Cara Buka Akaun SSPN Secara Online & Cara Semak Penyata & Bayaran

Di bawah dikongsikan maklumat tentang apa itu SSPN Prime, SSPN Plus, cara untuk membuka akaun, menyemak penyata kewangan serta membuat bayaran.

Apa itu SSPN-i (SSPN PRIME)?

SSPN-i atau kini dikenali sebagai SSPN PRIME adalah penjenamaan semula SSPN selari dengan skim patuh syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Isthithmar” di mana PTPTN dilantik oleh pendeposit untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

Apa itu SSPN-i Plus (SSPN PLUS)?

SSPN-i Plus atau SSPN PLUS pula adalah satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh  PTPTN di mana ia ditambaik baik dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. Antara kelebihannya berbanding SSPN-i adalah manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal, khairat kematian termasuk pasangan dan sehingga 3 orang anak, elaun kemasukan hospital dan komitmen serendah RM30 sebulan. Skim ini merupakan kerjasama strategik diantara PTPTN dengan Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful bagi produk ini.

Syarat Pembukaan Akaun SSPN Prime dan SSPN Plus

  1. Warganegara Malaysia sama ada pendeposit atau penerima manfaat yang berumur 16 tahun dan ke atas kepada akaun SSPN Prime/ SSPN Plus yang dibuka
  2. Satu akaun sahaja boleh dibuka untuk setiap penerima manfaat yang sama
  3. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun
  4. Penerima manfaat juga boleh menjadi pendeposit atau membuka akaun bagi diri sendiri
  5. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akan SSPN Prime/ SSPN Plus bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat

Langkah Buka Akaun SSPN Prime/ SSPN Plus Online

Terdapat beberapa kaedah boleh digunakan untuk membuka akaun simpanan SSPN iaitu melalui aplikasi myPTPTN, Eksekutif pemasaran PTPTN dan Kaunter PTPTN. Pembukaan akaun baharu masih boleh dibuat di Portal Rasmi PTPTN, namun pembukaan di myPTPTN adalah lebih selamat dengan pengesahan eKYC. Berikut dikongsikan kaedah membuka akaun SSPN melalui aplikasi myPTPTN

  1. Muat turun aplikasi myPTPTN (Google Playstore, Apple AppStore, Huawei AppGallery)
  2. Klik daftar myPTPTN
  3. Isikan butiran pendeposit seperti nama penuh, nombor MyKad dengan tepat
  4. Pilih jenis pembukaan Akaun Simpanan SSPN Prime atau SSPN Plus
  5. Sila pilih Jenis Akaun sama ada:
    • Akaun Untuk Diri Sendiri – untuk pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN
    • Akaun Untuk Anak Jagaan Yang Sah – untuk ibu bapa atau penjaga yang membuka akaun bagi pelajar tidak melebihi 18 tahun
  6. Lengkapkan butiran-butiran lain
  7. Masukkan amaun deposit serendah RM20 atau lebih bergantung kepada pendeposit
  8. Kod Eksekutif PTPTN tidak perlu diisi
  9. Buat bayaran deposit melalui FPX Online Banking
  10. Cetak atau simpan resit pembayaran deposit yang dibuat untuk rujukan

Cara Semak Penyata & Deposit

Berikut pula adalah langkah-langkah untuk menyemak penyata dan menambah atau mengeluarkan deposit penerima manfaat:

  1. Buka aplikasi myPTPTN
  2. Klik Semakan Penyata di bahagian Perkhidmatan
  3. Pilih Penyata Simpanan
  4. Senarai Penyata Simpanan akan dipaparkan mengikut tahun
  5. Klik lihat penyata simpanan terperinci untuk menyemak penyata berdasarkan tahun, bulan atau tempoh yang
  6. Pengguna boleh memuat turun penyata kira-kira akaun simpan tersebut untuk rekodd dan simpanan
  7. Untuk penambahan deposit atau simpanan, klik Penambahan Simpanan di paparan utama myPTPTN
  8. Pilih akaun Simpanan
  9. Klik pada akaun yang ingin ditambah simpanan
  10. Satu paparan akan menunjukkan jumlah simpanan semasa di dalam akaun tersebut dan klik Pembayaran
  11. Tetapkan jumlah yang ingin ditambah dan buat pembayaran melalui FPX Online Banking
  12. Selesai membuat pembayaran, paparan resit akan dikeluarkan dan boleh dimuat turun untuk rekod atau simpanan

Pendeposit boleh menyemak penyata, membuat penambahan atau pengeluaran deposit serta mendapatkan penyata pelepasan cukai. Untuk mendapatkan panduan secara terperinci sila rujuk : Panduan Pengguna, Video Panduan Pengguna Aplikasi myPTPTN

Keistimewaan SSPN Prime dan SSPN Plus

Berikut adalah kelebihan atau keistimewaan yang diperoleh pendeposit yang membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional mengikut kategori:

SSPN Prime

  1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000 setahun bagi akaun yang dibuka untuk anak kandung/ anak jagaan sah sebagai penerima manfaat
  2. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 ke atas
  3. Kadar dividen yang kompetitif
  4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak
  5. Simpanan dijamin kerajaan
  6. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN

SSPN Plus

  1. Dividen kompetitif
  2. Elaun kemasukan hospital
  3. Tiada pemeriksaan kesihatan
  4. Manfaat perlindungan sehingga RM1.2 juta
  5. Khairat kematian (Pasangan & anak)
  6. Pelepasan taksiran cukai dalam tabungan bersih
  7. Manfaat takaful penyakit kritikal
  8. Komitmen serendah RM30 sebulan
  9. Layak memohon pinjaman PTPTN
  10. Simpanan dijamin kerajaan

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai perkara di atas, sila hubungi:

  • Nombor khidmat pelanggan: 03 – 2193 3000 (Isnin – Jumaat: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Semoga perkongsian Cara Buka Akaun SSPN di atas dapat membantu ibu, bapa, penjaga atau pelajar sendiri untuk menguruskan dana pendidikan pengajian tinggi masing-masing.

Related : penambahan deposit, isi maklumat, sspn untuk anak, salah satu

Tinggalkan Balasan