PTPTN

Permohonan PTPTN Online (Borang Dan Syarat)

Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN Online

Menyambung pengajian tinggi di UA/ IPTS dan lain-lain institusi adalah pilihan buat pelajar. Namun, kos pengajian menjadi masalah utama buat pelajar dari kalangan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Panduan buat lepasan SPM/ STPM atau setaraf yang mendapatkan tawaran untuk melanjutkan pengajian ke UA/ IPTA tahun 2018. Adakah anda memerlukan pinjaman pelajaran atau bantuan kewangan untuk meneruskan pengajian tersebut? Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat permohonan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) secara online.

Kos sara hidup dan pembiayaan yuran pengajian merupakan salah satu faktor yang sering menjadi permasalahan dalam kalangan pelajar. Masalah sebegini yang biasanya menjadi penyebab sesetengah pelajar itu tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan pilihan masing-masing. Namun, masalah ini mungkin dapat diringankan dengan wujudnya pinjaman pendidikan PTPTN.

Buat pengetahuan semua, sebenarnya Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan oleh kerajaan dengan tujuan untuk membantu pelajar IPTA/ IPTS dengan memberikan pinjaman pelajaran kepada mereka yang berkelayakan. Dengan adanya pinjaman ini, secara tidak langsung ia dapat meringankan bebanan para pelajar sepanjang tempoh pengajian.

Permohonan PTPTN Online (Borang Dan Syarat)

Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN Online

Berikut dikongsikan maklumat mengenai cara Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN Online termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi online dan cara hubungi :

Berikut adalah syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan PTPTN :

SYARAT PERMOHONAN PTPTN

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon
3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon
6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas
7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun
8. Tiada penaja lain
9. Telah membuka akaun SSPN-i**

NOTA PENTING

1. * Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN.
2. ** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit

Berikut adalah panduan cara memohon pinjaman pendidikan PTPTN secara online :

CARA MEMBUAT PERMOHONAN PTPTN SECARA ONLINE

1. Anda perlu membuka akaun SSPN-i terlebih dahulu di mana-mana cawangan Agrobank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat atau cawangan PTPTN bagi mendapatkan nombor akaun SSPN-i
2. Setelah itu, anda perlu membeli nombor PIN PTPTN di mana-mana cawangan kaunter BSN dengan nilai seunit RM5.00 sahaja. Nombor PIN ini perlu disimpan untuk kegunaan semasa membuat permohonan PTPTN secara online. Tempoh sah nombor PIN ini adalah selama 6 bulan bermula dari tarikh pembelian anda
3. Seterusnya, anda boleh membuat pendaftaran permohonan PTPTN secara online menerusi laman web rasmi PTPTN. Diingatkan, laman web berkenaan hanya boleh dilayari menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 2 ke atas
4. Selesai permohonan PTPTN online, anda boleh membuat semakan status permohonan PTPTN sama ada anda layak menerima pembiayaan PTPTN atau sebaliknya
5. Sekiranya permohonan PTPTN berjaya, anda perlu membuka akaun simpanan bank mengikut panel bank yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN kerana pembiayaan pinjaman anda akan terus bank-in ke bank tersebut

MAKLUMAT LANJUT

1. Sebarang maklumat dan keterangan lanjut tentang permohonan pinjaman PTPTN  boleh hubungi
  • PTPTN HOTLINE di talian 03 -20804455

Selamat membuat Permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN Online. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan segala urusan anda. Semoga berjaya kepada semua.

Share this post:

Tags

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close