Permohonan Rayuan Matrikulasi 2024 Online

Cara Membuat Rayuan Permohonan Matrikulasi 2024/2025 Online. Panduan buat anda yang telah membuat permohonan memasuki Matrikulasi. Bilakah tarikh untuk membuat semakan tawaran kemasukan ke Matrikulasi sesi bagi 2024/2025? Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dalam permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM. Namun begitu, sekiranya anda gagal mendapat tempat di Matrikulasi, anda boleh cuba untuk membuat rayuan. Bagaimanakah cara membuat permohonan rayuan Matrikulasi? Bagi yang gagal dalam mendapat tawaran kemasukan, anda boleh membuat rayuan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Tarikh Rayuan Permohonan Matrikulasi 2023 akan dibuka adalah bermula pada tarikh 26 Jun 2023. Seperti yang sedia maklum, rayuan bagi yang telah gagal mendapat tawaran pertama Kolej Matrikulasi KPM boleh dibuat secara atas talian/ online. Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Permohonan Rayuan Matrikulasi online

Permohonan Rayuan Matrikulasi 2023 Online Dan Manual

Rayuan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my.

  • Tarikh Rayuan : mulai 26 Jun 2023

Cara Permohonan Rayuan Matrikulasi 2023

i) Permohonan Rayuan Secara Online

ii) Menulis Surat Rasmi

*Tidak disediakan untuk rayuan kali ini

  • Contoh buat rayuan tahun-tahun sebelumnya
  • Anda juga boleh menulis surat permohonan rayuan secara rasmi dan perlu lampirkan beberapa dokumen seperti berikut yang telah disahkan:
    • i.Salinan kad pengenalan diri
    • ii.Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
    • iii.Salinan keputusan SPM
    • iv.Salinan Sijil aktiviti kokurikulum di peringkat negeri/kebangsaan
    • v. Surat rasmi yang menyatakan sebab kenapa memohon rayuan. Pastikan surat rasmi tersebut mengandungi alamat, nombor telefon dan emel kerana keputusan rayuan akan dimaklumkan melalui emel dan pos ke alamat anda.

Tarikh Penting : Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi

Rayuan Pertukaran Kolej, Aliran & Jurusan

i) Penempatan kolej adalah muktamad. Namun begitu anda boleh memohon pertukaran kolej sekiranya memenuhi syarat berikut:

  • 1. Pelajar memerlukan rawatan perubatan berkala disebabkan sakit kronik yang berpanjangan;
  • 2. Adik beradik ditempatkan di kolej matrikulasi yang berlainan; atau
  • 3. Pertukaran dari Semenanjung ke Sabah/ Sarawak atau sebaliknya

Semua permohonan rayuan pertukaran kolej boleh dibuat melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my pada 26 hingga 28 Jun 2023.

Keputusan rayuan pertukaran kolej akan diumumkan pada 5 Julai 2023. Semakan boleh dibuat di https://matrikulasi.moe.gov.my. Walau bagaimanapun kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan

ii) Penetapan aliran dalam Jurusan Sains akan dibuat selepas mendaftar di kolej masing-masing. Sekiranya anda ingin memohon pertukaran aliran, anda boleh membuat rayuan terus kepada Pengarah kolej masing-masing.

iii) Permohonan pertukaran jurusan adalah seperti berikut:

  • Jurusan Sains ke Jurusan Perakaunan – permohonan dibuat kepada Pengarah kolej masing-masing
  • Selain daripada Jurusan Sains ke Perakaunan – permohonan dibuat terus ke Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4042 atau Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks

Selamat membuat Rayuan melalui kaedah rayuan yang dikongsikan. Semoga segala urusan anda dipermudahkan dan semoga berjaya.

Tinggalkan Balasan