Contoh Surat Rayuan Matrikulasi KPM

Contoh Surat Rayuan Kemasukan Ke Program Matrikulasi KPM. Panduan buat anda yang telah membuat permohonan memasuki Matrikulasi. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya dalam semakan tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM. Namun begitu, sekiranya anda gagal mendapat tempat di Matrikulasi, anda boleh cuba untuk membuat permohonan rayuan. Salah satu cara membuat permohonan rayuan Matrikulasi adalah dengan menghantar surat rayuan. Berikut dikongsikan contoh surat rayuan Matrikulasi buat panduan pelajar/ pemohon.

Nota ambilan 2023 : Rayuan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my mulai 26 Jun hingga 9 Julai 2023.

Contoh Surat Rayuan Matrikulas(Appeal Letter)

Contoh Surat Rayuan Matrikulasi Sesi 2023-2024

Berikut adalah contoh bagi sesi sebelum ini. Bagi tahum 2023/2024, rayuan perlu dibuat secara atas talian.

Pemohon yang gagal mendapat tawaran kemasukan Matrikulasi kali pertama boleh membuat rayuan. Permohonan rayuan Matrikulasi boleh dibuat melalui kaedah berikut :-

i) Rayuan Secara Online

ii) Berhubung Terus Dengan Bahagian Matrikulasi

Tidak disediakan*

  • Berhubung terus ke Bahagian Matrikulasi KPM bersama salinan keputusan SPM yang telah disahkan untuk mengisi borang. Dokumen yang anda perlu bawa adalah seperti berikut:
    • i.Salinan Kad pengenalan diri yang telah disahkan
    • ii.Salinan Kad pengenalan ibu & bapa yang telah disahkan
    • iii.Salinan keputusan SPM yang telah disahkan
    • iv.Salinan Sijil aktiviti di peringkat negeri/kebangsaan yang telah disahkan sahaja
    • v.Surat rasmi yang menyatakan alasan kenapa memohon rayuan

iii) Menulis Surat Rasmi Rayuan

Tidak disediakan*

Berikut dikongsikan contoh surat rayuan permohonan Matrikulasi untuk panduan anda:

Nama Pemohon
Alamat Surat Menyurat
…………………….
…………………….

——————————————————————-

BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

20 APRIL 2019

TUAN,

PER: RAYUAN KEMASUKAN KOLEJ MATRIKULASI SESI 2019/2020

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya ……………… (No. KP …………….) ingin membuat rayuan kemasukan ke Kolej Matrikulasi sesi 2019/2020. Jurusan yang saya memohon ialah Jurusan Sains.

2. Saya telah memperolehi …. A dan …..B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan mendapat keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Kimia dan Fizik. Selain itu, saya juga memperolehi keputusan A+ dalam mata pelajaran Matematik dan B+ dalam Matematik Tambahan.

3. Di samping itu, saya juga aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Saya pernah menyertai …………. Saya juga pernah menyertai ………….. (Disertakan peringkat). Pada tahun 2016, saya mencapai kejayaan dalam …………. (Disertakan peringkat).

4. Pada tahun 2018, sewaktu saya di Tingkatan Lima, saya pernah memegang jawatan Pengerusi dalam ………….. dan memegang jawatan Naib Pengerusi dalam ……………… . Selain itu, saya juga pernah memegang jawatan dalam ………….. .

5. Bersama-sama surat rayuan ini, saya sertakan satu salinan kad pengenalan beserta satu salinan keputusan peperiksaan SPM yang telah disahkan sebagai rujukan Tuan.

6. Besar harapan saya sekiranya pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan rayuan saya ini seterusnya memberi peluang kedua kepada saya memasuki mana-mana Kolej Matrikulasi tuan. Segala pertimbangan daripada pihak tuan saya dahului ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
Yang Benar,

……………………………. (Tandatangan)
(NAMA PEMOHON)

Semoga perkongsian Contoh Surat Rayuan Matrikulasi 2023-2024 ini memberi manfaat untuk semua pemohon. Selamat mencuba dan semoga anda berjaya dalam permohonan rayuan.

Tinggalkan Balasan