Semakan Keputusan Matrikulasi 2024-2025 Online

Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi 2023-2024 Online. Panduan ini khas buat para pelajar SPM 2022 yang telah membuat application ke Program Matrikulasi KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi sesi 2023/ 2024. Berdasarkan kepada tarikh tahun-tahun sebelumnya, semakan keputusan ke Kolej Matrikulasi 2023 dijangka akan diumumkan sekitar bulan Julai 2023. Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Keputusan Matrikulasi 2023-2024 Online. Maklumat bagi tahun 2024-2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Untuk Lulusan Matrikulasi yang lulus cemerlang boleh membuat memohon masuk ke UA/ IPTA melalui application UPU online.

Buat pengetahuan semua, pada tahun sebelum ini application ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2023-2024 telah dibuka bermula 16 Januari 2023 sehingga 16 April 2023. Application ke Kolej Matrikulasi KPM boleh dilakukan secara atas talian atau online melalui PMI. Pada sesi 2020-2021, application ke Kolej Matrikulasi KPM perlu  dilakukan secara atas talian atau online melalui Portal UPUOnline bermula sekitar Februari 2020 sehingga April 2020. Walau bagaimanapun, Bagi sesi 2021-2022 dan seterusnya, application melalui PMI dilaksanakan semula.

semakan keputusan matrikulasi online

Semakan Tawaran Keputusan Matrikulasi Sesi 2023-2024 Online

Untuk makluman, pada kelazimannya, semakan tawaran keputusan Matrikulasi KPM mereka yang berjaya akan dikeluarkan dalam tempoh masa 30 hari bekerja selepas keputusan result SPM diumumkan secara rasmi. Result SPM 2023 telah diumumkan pada 8 Jun yang lalu.

Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan tarikh rasmi keputusan diumumkan.

Cara Semakan Keputusan Matrikulasi KPM 2023

Berikut dikongsikan maklumat Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi 2023-2024 Online meliputi tarikh penting, cara semakan, link applikasi semakan dan maklumat kemaskini Matrikulasi.

A. Kemaskini Borang Matrikulasi

Pelajar SPM tahun 2022 yang telah memohon tidak perlu mengemaskini borang secara online.

Pelajar atau pemohon yang terlibat tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi KPM kerana keputusan SPM pelajar akan diambil dari Lembaga Peperiksaan Malaysia sejurus selepas keputusan SPM diumumkan.

B. Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi

Berikut dikongsikan cara membuat Semakan secara Online dan SMS. Juga dikongsikan maklumat rayuan untuk pemohon yang gagal mendapat tawaran.

i) TARIKH RASMI SEMAKAN MATRIKULASI

DibukaMasa
26 Jun 2023 (Hari Isnin)
2pm
  • Tarikh yang dinyatakan adalah RASMI

Tarikh semakan untuk tahun-tahun sebelumnya adalah seperti berikut :-

  • 2022 : 16 Julai 2022
  • 2021 : 8 Julai 2021
  • 2020 : 3 Jun 2020
  • 2019 : 15 April 2019
  • 2018 : 24 April hingga 8 Mei 2018
  • 2017 : 27 April hingga 11 Mei 2017
  • 2016 : 14 hingga 26 April 2016

ii) Semakan Melalui SMS

Tidak disediakan *

  • Tawaran Program Matrikulasi juga boleh disemak melalui Pekhidmatan SMS dengan menaip :
    • MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888

Nota : Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

iii) Nota Semakan

  • Rayuan kemasukan bagi tahun 2023 bermula 26 Jun hingga 7 Julai 2023 secara dalam talian
  • Rayuan Pertukaran Jurusan/Kolej (26 hingga 28 Jun 2023)
    • Keputusan pertukaran (5 Julai 2023)
    • Keutamaan pertukaran akan diberikan kepada pelajar yang sakit, kembar atau ibu bapa yg bertukar kerja tertakluk kepada kekosongan tempat. Sila sertakan dokumen sokongan berkaitan bagi permohonan pertukaran berkaitan.
    • Walau bagaimanapun kelulusan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan
    • Rayuan jurusan adalah meliputi :-
      • Jurusan Sains ke Jurusan Perakaunan – permohonan dibuat kepada Pengarah kolej masing-masing
      • Selain daripada Jurusan Sains ke Perakaunan – permohonan dibuat terus ke Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM
  • Nota bagi tahun 2023 akan dikemaskini. Di bawah adalah tarikh pada tahun lepas sebagai rujukan
  • Semakan Keputusan Tawaran/ Setuju Terima/ Rayuan Kemasukan (16-23 Julai 2022)
    • klik butang setuju terima, muat turun dokumen dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan;
    • membuat pembayaran yuran di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara dalam talian mengikut jumlah yang ditetapkan;
  • Mendaftar secara dalam talian mengikut kolej masing-masing. Pendaftaran pelajar baharu ke kolej adalah pada 24/ 25 Julai 2022
  • Permohonan rayuan (16-23 Julai 2022)
    • Hanya rayuan secara atas talian sahaja
    • Semakan tawaran fasa 2 (29 Julai 2022)
    • Pelajar yang berjaya perlu mendaftar pada 31 Julai 2022

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang kemusykilan, anda boleh rujuk kepada talian telefon pejabat atau talian bantuan:

  • Soalan Lazim (FAQ)
  • 03 8884 4035/4036/4037/ 4031 (waktu pejabat bermula dari 8.30 pagi – 4.30 petang) atau emel : mohon.matrik@moe.gov.my

Selamat membuat Semakan dan semoga anda berjaya.

Tinggalkan Balasan