Semakan Keputusan MUET Sesi 1 2025 Online & SMS

Bagaimana cara check result MUET dan bilakah tarikh rasmi semakan keputusan MUET Sesi 1 diumumkan? Jika merujuk kepada tarikh keputusan tahun lepas, keputusan peperiksaan MUET (Malaysia University English Test) sesi 1 tahun 2025 akan diumumkan sekitar pertengahan tahun.

Untuk makluman, keputusan peperiksaan MUET sesi 1 2025 boleh disemak secara atas talian/ online di Laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) atau disemak melalui khidmat penghantaran SMS. Tarikh rasmi akan dikemaskini di ruangan di bawah ini selepas pengumuman MPM.

Semakan Keputusan MUET Mac

Semakan Keputusan MUET Sesi 1 2025 Online Dan SMS

Berikut adalah maklumat penting untuk check result MUET  Sesi 1 2025 secara Online dan SMS. Semakan boleh disemak pada tarikh berikut seperti yang dikongsikan dari pengumuman rasmi oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Berikut adalah tarikh penting semakan MUET 2025:-

Tarikh Semakan MUET Sesi 1 Tahun 2025

Semakan sesi 1 2025 bermula dari jam 10:00 pagi pada
  • 19 Jun 2025, hari Khamis
* Tarikh semakan adalah RASMI seperti makluman Portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada MPM.

Kaedah Semakan Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara atau kaedah-kaedah yang disediakan dalam membuat semakan:-

1. Semakan Secara Dalam Talian

Layari Laman Web MPM dan semak secara atas talian/ online di : https://mecea.mpm.edu.my/MUETR/
  • Isikan No Kad Pengenalan anda dan tekan butang SUBMIT
* Calon mungkin menghadapi kesukaran untuk mengkases applikasi semakan di sebabkan penggunaan yang tinggi. Anda disarankan untuk membuat semakan keputusan pada waktu tidak puncak atau menyemak menggunakan Perkhidmatan SMS

Result MUET 2025 sesi 1 juga boleh disemak melalui perkhidmatan SMS seperti berikut :-

2. Check Result MUET melalui SMS

Taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888
muet result sesi
* Caj penghantaran adalah sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20 (Tidak termasuk GST)

Nota Penting

  • Untuk calon sekolah ataupun institusi, keputusan akan dihantar kepada Pengetua sekolah/ Institusi melalui SSP JPN. Untuk calon persendirian pula, keputusan akan dihantar melalui pos yang dihantar kepada calon.

Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu seperti panduan dan syarat yang dinyatakan berikut :-

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM. Permohonan akan dibuka bermula 19 Jun 2025 pukul 10:00 pagi hingga 23 Jun 2025 pukul 11:30 malam.

  1. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan ujian MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan. Caj bagi rayuan penyemakan semula dalam tempoh permohonan dibuka ialah RM90.00 manakala selepas tarikh tutup permohonan ialah sebanyak RM100.00
  2. Permohonan adalah secara dalam talian di portal MPM atau pautan terus di https://mecea.mpm.edu.my/muet_ss/.
  3. Bayaran bagi permohonan ini adalah secara perbankan internet.
  4. Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM atau pautan terus di https://mecea.mpm.edu.my/muet_ss/status/ selepas 20 hari dari tarikh tutup permohonan. MPM hanya akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.
  5. Langkah-langkah dan panduan cara membuat semakan semula keputusan MUET boleh dirujuk di SEMAK SEMULA MUET

Maklumat Lanjut Peperiksaan MUET

Kepada mereka yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET Tahun 2024 – 2025, berikut adalah maklumat berkaitan peperiksaan MUET termasuk tarikh pendaftaran dan ujian buat panduan calon.

Untuk makluman, penawaran Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) yang akan diperkenalkan oleh MPM bermula bulan April 2019

SESI MAC 2025 (SESI 1)

TarikhAktiviti
19 Disember 2024Tarikh Pendaftaran dibuka
12 Januari 2025Tarikh Tutup Pendaftaran
8, 9, 10, 14, 15 dan 16 April 2025Tarikh Ujian Speaking
19 April 2025Tarikh Ujian Bertulis

Sesi kedua MUET tahun 2024 adalah sesi Julai

SESI JULAI 2025 (SESI 2)

TarikhAktiviti
21 April 2025Tarikh Pendaftaran dibuka
18 Mei 2025Tarikh Pendaftaran Ditutup
5, 6, 7, 11, 12 dan 13 Ogos 2025Tarikh Ujian Speaking
3 Ogos 2024Tarikh Ujian Bertulis

Sesi seterusnya adalah sesi November yang merupakan sesi ketiga dan terakhir untuk tahun 2025

SESI NOVEMBER 2025 (SESI 3)

TarikhAktiviti
3 Julai 2025Tarikh Pendaftaran dibuka
3 Ogos 2025Tarikh Tutup Pendaftaran
29, 30 Oktober 2025, 3, 4, 5 dan 6 November 2025Tarikh Ujian Speaking
22 November 2025Tarikh Ujian Bertulis

Selamat membuat Semakan secara Online Dan SMS. Tahniah kepada calon MUET yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Tinggalkan Balasan