Panduan buat pelajar yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi 1 Mac 2023. Mendapatkan result MUET mengikut Band tertentu adalah diperlukan bagi kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda melalui permohonan UPU online. Berikut dikongsikan Cara membuat Pendaftaran MUET Sesi 1 Mac 2023 secara online termasuk maklumat tarikh ujian bertulis. Pendaftaran MUET sesi Mac 2023 dijangka akan bermula dari November 2022 sehingga Disember 2022.
Adalah diingatkan bahawa calon yang ingin menduduki peperiksaan perlu mendaftar peperiksaan MUET Mac 2023 mengikut tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan dalam Kalendar MUET. Calon perlu membuat pendaftaran awal secara online kerana permohonan daftar yang lewat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
Borang Pendaftaran MUET Sesi 1 Mac 2023 Online
Merujuk kepada Kalendar Peperiksaan MUET 2023 MPM, tarikh pendaftaran peperiksaan MUET sesi Mac 2023 (Sesi 1 tahun 2023) adalah seperti tarikh yang dinyatakan seperti berikut:-
SESI MAC 2023 (SESI 1) | ||
Tarikh | Aktiviti | |
7 Disember 2022 | Tarikh Pendaftaran dibuka | |
10 Januari 2023 | Tarikh Tutup Pendaftaran | |
8, 9, 10, 11, 15 dan 18 Mei 2023 | Tarikh Ujian Lisan (Speaking) | |
1 April 2023 | Tarikh Ujian Bertulis | |
– | Tarikh Semakan Keputusan | |
Cara Daftar MUET Mac 2023 Secara Online
Pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi Mac 2023 boleh mengisi Borang Pendaftaran MUET secara Online. Ianya terdapat di laman sesawang MPM seperti panduan berikut :-
- Applikasi eSubmission MPM online
- Klik Calon Persendirian
- Klik pada butang ‘Daftar pengguna’ atau hiperlink ‘Daftar Pengguna’ jika belum mendaftar
- Log Masuk dengan Pengguna ID dan Kata Laluan jika telah mendaftar
- Calon dikehendaki membaca terlebih dahulu Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon di portal MPM www.mpm.edu.my sebelum membuat pendaftaran online bagi memastikan semua maklumat berhubung pentadbiran MUET diperoleh dengan tepat.
- Manual Pengguna Calon Persendirian MUET klik MUET Daftar atau di Panduan Pendaftaran
Pendaftaran Calon Persendirian MUET
- Bermula pendaftaran MUET Sesi 1 2023, calon persendirian boleh mendaftar melalui Portal MUET MPM.
- Calon boleh merujuk pada Manual Pengguna Portal MUET MPM untuk langkah-langkah pendaftaran atau ikuti carta alir yang disediakan seperti berikut:
Berikut adalah makluman daripada Majlis Peperiksaan Malaysia berkenaan kaedah pendaftaran calon persendirian.
Panduan Calon MUET
Menurut infografik carta alir pendaftaran yang dikongsikan oleh MPM, pendaftaran MUET bagi tahun 2022 tidak memerlukan pembelian PIN MEC.
Calon adalah dinasihatkan untuk membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara online di https://mypay.com.my/web/mpm/ sebelum mendaftar sebagai pengguna portal. Sila semak kekosongan pusat ujian MUET sebelum membeli no pin MEC. Sila klik “Semak Kekosongan Pusat Ujian MUET”Setiap calon hanya boleh menggunakan satu No. PIN MEC sahaja bagi membuat pendaftaran melalui sistem ini. Penggunaan No. PIN MEC kedua walaupun telah dibeli dari BSN atau secara atas talian bagi tujuan penambahan kertas yang hendak didaftarkan tidak akan diterima oleh sistem.
Jika dalam tempoh 1 jam tiada balasan email mengenai lupa katalaluan, calon boleh menghantar terus ke email mpmadmin@mpm.edu.my atau menghubungi MPM di talian 0361261691/1692.Calon yang menggunakan nombor kad pengenalan sebagai pengguna ID, sila masukkan nombor kad pengenalan penuh yang mempunyai simbol ‘-‘. (Contoh : 900102-05-8076)Bagi calon yang mendaftar MUET, pendaftaran tidak berjaya sekiranya pusat menduduki peperiksaan tidak dipilihSila pastikan calon menyimpan/mencetak penyata pendaftaran (MUET/PP) agar dapat memastikan pendaftaran telah berjaya- Calon juga dinasihatkan untuk membuat Semakan Slip Daftar MUET 2023 Online sebelum hadir menduduki peperiksaan. Permohonan perpindahan pusat Ujian MUET juga boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan oleh MPM.
Proses Pendaftaran MUET secara online adalah seperti grafik berikut :-
Diharap agar perkongsian maklumat ini memberi manfaat buat semua. Selamat membuat pendaftaran MUET sesi 1 Mac 2023. Tahniah kepada calon MUET yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.