Prapendaftaran Matrikulasi Online Pelajar Yang Berjaya

Pre Registration Online Calon Jaya Program Matrikulasi KPM Sesi 2021-2022. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pelajar yang berjaya perlu membuat Prapendaftaran Matrikulasi secara online bermula dari 12 Hingga 22 Julai 2021 menurut beberapa Laman Web Rasmi Kolej  Matrikulasi KPM. Pelajar yang gagal pula boleh membuat rayuan kemasukan melalui online dan membuat surat rayuan rasmi.

Tujuan pre registration pelajar baharu Program Matrikulasi adalah untuk memastikan proses pendaftaran pelajar Matrikulasi di Kolej Matrikulasi nanti berjalan lancar. Kemudahan yang disediakan ini sekaligus melancarkan proses pendaftaran pelajar.

Prapendaftaran Matrikulasi

Prapendaftaran Calon Jaya Matrikulasi 2022 Online

Maklumat bagi tahun 2022 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pendaftaran Online ini HANYA dibuka kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan sesi pengajian 2021/2022 ke Program Matrikulasi, KPM pada 12 Julai 2021 termasuk pelajar yang telah diluluskan permohonan pertukaran Program/Jurusan/Kolej di Kolej Matrikulasi berkenaan.

Bagi calon rayuan, tarikh pendaftaran online anda akan dimaklumkan kemudian melalui laman web kolej.

Pre Registration Matrikulasi secara dalam talian atau online untuk calon yang berjaya menerima tawaran kemasukan sesi 2021/2022 boleh dibuat seperti ketetapan berikut :-

Cara Buat Prapendaftaran Matrikulasi Sesi 2021 Online

BermulaHingga
12 Julai 2021
22 Julai 2021
Dapatkan maklumat lanjut prapendaftaran daripada laman sesawang kolej Matrikulasi tempat pelajar ditawarkan

Nota penting adalah seperti berikut :-

Nota Penting

A. Bayaran Yuran

1. Sebelum membuat prapendaftaran, sila pastikan anda telah membuat pembayaran yuran terlebih dahulu di BSN
jumlah yuran kolej matrikulasi
2. Tiada yuran lain yang dikenakan. Kos pengajian dan kos penginapan adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan

B. Cara Mendaftar

1. Sila layari laman sesawang mengikut kolej matrikulasi yang telah ditawarkan seperti di bawah untuk membuat prapendaftaran
2. Pelajar yang menghadapi masalah dalam membuat pendaftaran secara online walau bagaimanapun boleh membuat pendaftaran di kolej pada tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran masing-masing
3. Semasa prapendaftaran, pelajar dikehendaki melengkapkan maklumat peribadi seperti kad matrik, saiz baju, kunci bilik penginapan dan sebagainya

Berikut dikongsikan link applikasi mengikut Kolej Matrikulasi. Sila klik dibawah ini untuk pendaftaran secara online :-

Prapendaftaran Matrikulasi Online Pelajar Yang Berjaya

Senarai Pautan URL PraPendaftaran Mengikut Kolej Matrikulasi

Nama KolejPautan URL
1. Kolej Matrikulasi Melaka

2. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
4. Kolej Matrikulasi Perlis
5. Kolej Matrikulasi Labuan
http://register.kml.matrik.edu.my
6. Kolej Matrikulasi Johor
7. Kolej Matrikulasi Perak
8. Kolej Matrikulasi Kedah
9. Kolej Matrikulasi Pahang
10. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
11. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
12. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
13. Kolej Matrikulasi Selangor
14. Kolej Matrikulasi Kelantan
15. Kolej Matrikulasi Sarawak
16. Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah
18. Kolej MARA Kulim, Kedah
Pelajar baharu akan mendaftar ke Kolej Matrikulasi masing-masing pada (26 Julai 2021)

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada bakal pelajar Program Matrikulasi sesi 2021-2022. Selamat membuat Pra register Matrikulasi 2021 Online

Tinggalkan Balasan