Semakan Ujian MEdSI UA Dan Temuduga UPSI Sesi 2024-2025 Online

Semakan Ujian MedSI dan Temu Duga Pendidikan/ Bukan Pendidikan UPSI 2023-2024 Online. Perhatian untuk pelajar lepasan STPM/ setaraf yang telah membuat permohonan program pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UPSI atau Universiti Awam (UA) yang lain. Berikut dikongsikan maklumat penting Ujian Medsi serta Temuduga Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Bukan Pendidikan bagi permohonan UPU 2023 online serta UPSI ambilan pertama. Maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Untuk makluman, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah penyelaras kepada Ujian MeDSI untuk kemasukan ke UA. Selain calon UPSI, calon UA lain yang terlibat adalah dari UUM, UM, UiTM, UTHM, USM, UPM, UKM dan UiAM.

semakan ujian medsi

Semakan Ujian MEdSI 2023-2024 Online

Berikut adalah panduan cara membuat semakan beserta maklumat Semakan Panggilan Temuduga Pendidikan serta Bukan Pendidikan permohonan UPSI ambilan pertama sesi 2023-2024.

  • Tarikh penting Semakan Keputusan UPU online dan SMS klik Semakan UPU

TARIKH SEMAKAN PANGGILAN UJIAN MEdSI PROGRAM PENDIDIKAN

DibukaMasa
25 Mei 2023 (Khamis)
Selepas jam 500 petang
Semakan Panggilan Ujian MEdSI bagi Program Sarjana Muda Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
  • Tarikh yang dinyatakan akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika terdapat sebarang perubahan

Semakan panggilan temuduga pendidikan/ bukan pendidikan serta Ujian Medsi boleh mula di pautan aplikasi semakan UPSI seperti berikut :-

Aplikasi Semakan

Semakan Panggilan Temu Duga bagi program pengajian Bukan Pendidikan, Lepasan STPM/Setaraf sesi akademik 2023/2024.

SEMAKAN TEMUDUGA BUKAN PENDIDIKAN

DibukaMasa
16 Mei 2023 (Selasa)
Selepas jam 300 petang

Calon yang memohon program pengajian bertemu duga dan/atau ujian(#), boleh melayari URL seperti dibawah :

  1. UPSI : https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/
  2. UTHM : https://wapps.uthm.edu.my/tawaran/
  3. UniSZA : https://www.unisza.edu.my/tawaran
  4. UiTM : https://online.uitm.edu.my
  5. UMT : https://intake.umt.edu.my/temuduga/
  6. UMS : http://bpa.ums.edu.my/semakanums/
  7. UKM : https://appsmu.ukm.my/etemuduga/semakan
  8. UMK : https://admissionintake.umk.edu.my/temuduga
  9. UM : https://kemasukan.um.edu.my
  10. UPM : http://intake.upm.edu.my/temuduga/
  11. USIM : https://etasjil.usim.edu.my
  12. USM : https://pohon.usm.my
  13. UTM : https://jpt.utm.my
  14. UUM : http://www.uum.edu.my/kemasukan
  15. UNIMAS : https://www.unimas.my/kemasukan/temuduga
  16. UIAM : http://www.iium.edu.my/kemasukan/temuduga/
  17. UPNM : https://kemasukan.upnm.edu.my/temuduga/

Sila hubungi UA terlibat untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut

Semakan Temu Duga Dan Ujian Khas Bagi Program Pendidikan Dan Bukan Pendidikan Ambilan Sesi 2 2023/2024 boleh disemak di pautan berikut :-

Apa itu Ujian MeDSI?

  • Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia – Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) adalah satu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/ Setaraf di Universiti Awam. Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik. Jumlah soalan ialah sebanyak 300 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam
  • Klik Contoh soalan dan tips menjawab Ujian MEdSI

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai tarikh dan semakan aplikasi panggilan temuduga UPU bagi sesi 2023/2024.

Semakan Panggilan Temuduga UPU Lepasan STPM/ Setaraf (Melalui UPUonline)

  • 16 Mei 2023 : Semakan Panggilan temuduga Bukan Pendidikan
  •  25 Mei 2023 : Semakan Panggilan Ujian MEdSI bagi Program Sarjana Muda Pendidikan & Panggilan Temu Duga Pendidikan
  • ? : Temuduga Bukan Pendidikan diadakan (tertakluk UA)
  • 31 Mei hingga 11 Jun 2023 : Ujian MeDSI dijalankan
  • ? : Temuduga Pendidikan diadakan (tertakluk kepada UA)

Aplikasi Semakan Temuduga Pendidikan / Bukan Pendidikan

Tinggalkan Balasan