Permohonan DPLI Dan ISMPPI UniSZA 2020 Online

Permohonan DPLI Unisza Dan ISMPPI Sesi 2020-2021 Online. Panduan buat mereka yang berminat dan berkelayakan untuk menyambung pengajian di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Adalah dimaklumkan yang Permohonan DPLI dan ISMPPI UniSZA sesi 2020-2021 secara online akan dibuka pada 9 Februari 2020. Penawaran kemasukan baharu adalah untuk Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam – ISMPPI).

Untuk program DPLI, penawaran adalah di Kampus UniSZA Gong Badak dan di UniSZA @ Putrajaya/ Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed). Untuk ISMPPI, penawaran adalah di UniSZA @ Putrajaya/ Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed).

Permohonan DPLI

Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMPPI) UNISZA 2020-2021

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting Permohonan DPLI Dan ISMPPI UniSZA 2020 Online meliputi tarikh penting permohonan, aplikasi permohonan, syarat kelayakan memohon dan maklumat lanjut.

Nota Penting

  1. Penawaran Program Pendidikan DPLI dan ISMPPI ini adalah berbentuk Open Market (Pasaran Terbuka) dan tiada jaminan penempatan di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), selepas menamatkan pengajian
  2. Opsyen/ elektif yang ditawarkan bagi program DPLI hanya empat (4) sahaja iaitu :-
    • i) Pendidikan Islam
    • ii) Bahasa Arab
    • iii) Matematik
    • iv) Teknologi Maklumat
  3. Saringan permohonan program akan dibuat merujuk kepada kelayakan ijazah pemohon serta melihat kepada opsyen yang ditawarkan di UniSZA
  4. Tempoh program DPLI adalah SETAHUN. Jadual bagi program ini agak padat dan juga mempunyai program wajib diikuti diantaranya Program Bina Insan Guru (melibatkan aktiviti lasak) dan partikum (Latihan Mengajar)
    • Bagi memastikan program ini tamat dalam tempoh sepertimana yang dinyatakan, pelajar tidak boleh mengandung sepanjang pengajian. Sekiranya didapati mengandung tawaran ini akan terbatal secara automatik
  5. Tempoh program ISMPPI adalah 4 tahun (8 semester biasa, 2 semester pendek)

TARIKH PENTING PERMOHONAN

DibukaDitutup
9 Februari 2020
6 April 2020
D2714 : DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)
D2715 : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN (ISMP)

Syarat kemasukan program adalah seperti berikut. Calon-Calon Mestilah Memenuhi Syarat Am Universiti Serta Keperluan Khas Program.

Syarat Kemasukan Diploma Pendidikan (Lepasan Ijazah)

A. SYARAT AM UNIVERSITI

1. Warganegara Malaysia

2. Mempunyai kelayakan :-

  • i. Lulus SPM
  • ii. Lulus Diploma / STAM / STPM
  • iii. Lulus Sarjana Muda dari Universiti Awam/ Swasta

B. SYARAT KHAS

1. Memenuhi Syarat Am Universiti. DAN

2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 ke atas dari IPTA/IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; DAN3. Lulus Ujian MedSI dan temuduga yang ditetapkan

Syarat kemasukan baharu untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) adalah seperti berikut :-

Syarat kemasukan untuk Lepasan Diploma :-

B. DIPLOMA

Syarat kemasukan untuk Lepasan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) :-

C. STAM

Syarat kelayakan lain kemasukan adalah seperti berikut :-

  • Memiliki Sijil Perguruan/ Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

ATAU

  • Memiliki Sijil APEL yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

DAN

  • Lulus SPM/ Sijil-sijil yang setaraf yang diiktiraf oleh Institusi berkaitan yang berdaftar

DAN

  • Lulus Ujian MEdSI dan Temuduga yang ditetapkan

Berikut adalah langkah dalam membuat permohonan DPLI UNiSZA sesi 2020-2021 online :-

PANDUAN PERMOHONAN DPLI/ ISMPPI UNISZA ONLINE

Sebelum mengisi permohonan, pemohon dikehendaki menyediakan semua dokuman dibawah untuk upload dalam sistem permohonan (DALAM JPEG):-

  • i) Gambar saiz passport
  • ii) Salinan Kad Pengenalan yang disahkan
  • iii) Salinan Sijil Akademik (SPM, STAM, STPM)
  • iv) Salinan Ijazah/Diploma yang disahkan
  • v) Salinan Transkrip yang disahkan
  • vi) Salinan Sijil MUET yang disahkan (bagi permohonan program ISMPPI)
  • vii) Surat Pengesahan Majikan (bagi yang sedang dalam perkhidmatan)

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi 09-6688811

Selamat membuat Permohonan DPLI Dan ISMPPI UniSZA 2020 Online. Moga permohonan anda untuk Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan berjaya.

Syarat Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam)

A. STPM

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai DAN

2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am DAN

3. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab ATAU

4. Gred C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab/ Bahasa Arab Tinggi DAN

5. Mendapat mana-mana DUA (2) Gred C pada peringkat SPM daripada mata pelajaran berikut:-

  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Pendidikan Al-Quran dan AlSunnah
  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Islam

DAN

6. Mendapat mana-mana SATU (1) Gred C mata pelajaran yang lain tidak termasuk Bahasa Melayu pada peringkat SPM DAN

7. Mendapat sekurang-kurangnya Gred E mata pelajaran Bahasa Inggeris peringkat SPM DAN

8. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (BAND 1) dalam MUET DAN9. Lulus Ujian MEdSI dan Temuduga yang ditetapkan.

  • 1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai DAN
  • 2. Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti DAN
  • 3. Memiliki Diploma dalam bidang berkaitan dengan program yang dipohon dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 DAN4. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab DAN

5. Mendapat mana-mana DUA(2) Gred C daripada mata pelajaran berikut:-

  • Bahasa Arab Komunikasi
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Pendidikan Al-Quran dan AlSunnah
  • Tasawwur Islam

DAN

6. Mendapat mana-mana SATU (1) Gred C mata pelajaran yang lain tidak termasuk Bahasa Melayu pada peringkat SPM DAN

7. Mendapat sekurang-kurangnya Gred E mata pelajaran Bahasa Inggeris peringkat SPM DAN

8. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (BAND 1) dalam MUET DAN

9. Lulus Ujian MEdSI dan Temuduga yang ditetapkan.

  • 1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Setaraf dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai DAN
  • 2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid DAN
  • 3. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Bahasa Arab DAN
  • 4. Mendapat mana-mana DUA(2) Gred C daripada mata pelajaran berikut:-
    • Bahasa Arab Komunikasi
    • Pendidikan Islam
    • Pendidikan Syariah Islamiah
    • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
    • Tasawwur Islam

DAN

5. Mendapat mana-mana SATU (1) Gred C mata pelajaran yang lain tidak termasuk Bahasa Melayu pada peringkat SPM DAN

6. Mendapat sekurang-kurangnya Gred E mata pelajaran Bahasa Inggeris peringkat SPM DAN7. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (BAND 1) dalam MUET DAN8. Lulus Ujian MEdSI dan Temuduga yang ditetapkan.

* Muat Turun syarat kemasukan dalam PDF di Syarat Program UNISZA

Layari Aplikasi UniSZA untuk memohon

1. Permohonan kali pertama sila masukkan nombor kad pengenalan/Mykad anda dan klik butang login bagi mengisi maklumat yang diperlukan

2. Masukkan nombor kad pengenalan/ Mykad anda tanpa sebarang simbol atau jarak

3. Tekan butang login untuk mengisi maklumat permohonan

Tinggalkan Balasan