Syarat Kemasukan IPG Terkini (PISMP) Lepasan SPM

Syarat Kelayakan Kemasukan IPG Program PISMP Tahun 2024 Online. Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat untuk membuat permohonan IPG 2024. Permohonan online kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) akan dibuka dari 14 Mac 2024 sehingga 15 April 2024. Sebagai panduan sebelum memohon, berikut adalah syarat kemasukan IPG terkini (dahulunya Maktab Perguruan) meliputi syarat umur, akademik dan bidang pengkhususan.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah satu program pengajian yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh KPM – Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya ditawarkan dalam pelbagai bidang pengkhususan untuk keperluan guru di sekolah rendah.

Syarat Kemasukan IPG

Syarat Mohon IPG (Institut Pendidikan Guru Malaysia)

Sebelum ini, pelajar yang ingin menjadi seorang guru di Sekolah Menengah perlu membuat permohonan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Awam (UA) melalui permohonan UPU online.

Namun untuk intake sesi 2024, pemohon lepasan SPM 2021, 2022 atau 2023 boleh memohon terus melalui Portal PISMP tanpa melalui UPUonline.

Syarat Kemasukan IPG Terkini (PISMP Tahun 2024)

Pemohon IPG yang berjaya mendapat tawaran kemasukan adalah dikehendaki untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Penuntut yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan akan DITAWARKAN untuk mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program pengajian PPISMP dan PISMP adalah dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan syarat kelayakan permohonan kemasukan ke PISMP di IPG tahun 2024 beserta syarat pengkhususan permohonan kemasukan ke IPG.

i) Syarat Dan Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2004
  • Sihat tubuh badan
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred markah peperiksaan cemerlang. Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran seperti berikut :-:
    • i. Bahasa Melayu; dan
    • ii. Sejarah.
    • iii. Bahasa Inggeris
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Memenuhi syarat bidang perkhususan yang ditetapkan

ii) Bidang Pengkhususan PISMP

Pemohon perlu memenuhi syarat bidang pengkhususan yang boleh dirujuk di

Syarat Kemasukan IPG terkini pismp

Calon Yang Tidak Layak Memohon IPG

Selain syarat kemasukan yang dipaparkan diatas, calon-calon yang tidak layak untuk memohon kemasukan ke IPG adalah seperti berikut :-

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Mereka yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan IPG, sila hubungi :-

  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
    ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
    63000 CYBERJAYA, SELANGOR
  • No. Telefon : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6678/ 6768/ 6693/ 6733/ 6731/ 6689/ 6760/ 6758/ 6769
  • emel : uppp.ipgm@gmail.com | uppp@ipgm.edu.my

Semoga perkongsian Syarat Terkini untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) boleh dijadikan panduan buat lepasan SPM yang berminat. Tahniah buat pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia ambilan tahun 2024.

Tinggalkan Balasan