Jadual SPM 2023 Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

Panduan buat para pelajar Tingkatan Lima (5). Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini? Pasti anda sudah tahu maklumat berkaitan Jadual waktu peperiksaan Tarikh Sijil Pelajaran Malaysia. Sekiranya belum, berikut dikongsikan Jadual SPM 2023 Tarikh Sijil Pelajaran Malaysia yang dipetik dari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM).

Buat makluman semua, Peperiksaan bertulis SPM 2023 akan dilaksanakan pada tarikh yang sesuai ikutan perubahan takwim persekolahan tahun sebelum ini. Tarikh keputusan peperiksaan SPM 2023 pula diumumkan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan menerusi makluman Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

jadual spm 2021

Jadual SPM 2023 Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

Berikut dikongsikan draf jadual waktu peperiksaan bertulis SPM 2023. Ia merangkumi maklumat penting termasuk tarikh, waktu, kod kertas, nama kertas dan waktu peperiksaan dijalankan. Jadual lengkap akan dikongsikan selepas pengumuman rasmi dari pihak LPM.

Bagi tahun 2023, Lembaga Peperiksaan telah mengeluarkan draf jadual SPM yang boleh dirujuk pada pautan berikut:

INFO : Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan kenyatan media pada 18 Ogos 2023, memaklumkan tarikh Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar serta Ujian Amali Sains SPM 2023 akan dilaksanakan pada tarikh berikut :

  • Ujian Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi) : 5, 6, 7 Disember 2023
  • Ujian Amali Sains (Sains Tambahan) : 7 Disember 2023
  • Ujian Bertutur Bahasa Melayu : 8 hingga 11 Januari 2024
  • Ujian Bertutur Bahasa Inggeris : 17 hingga 23 Januari 2024
  • Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Inggeris : 19 Januari 2024

Info Penting : Format dan Manual Pentaksiran Baharu SPM 2021 (KSSM)

Jadual waktu lengkap SPM 2023 (RASMI) seperti diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) adalah seperti berikut :-

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2023 (KEMASKINI TERKINI)

30, 31 Januari & 5 Februari 2024

Jadual SPM-1

6 & 7 Februari 2024

Jadual SPM-2

19, 20, 21 Februari 2024

Jadual SPM-3Jadual SPM-4

22 Februari 2024

Jadual SPM-5

26 Februari 2024

Jadual SPM-6

27 Febbruari 2024

Jadual SPM-7Jadual SPM-8

28 Februari 2024

Jadual SPM-9

29 Februari, 5, 6, 7 Mac 2024

Jadual SPM-10
Jadual SPM-11

Untuk memuat turun dokumen PDF Jadual Peperiksaan SPM 2023, klik pada pautan ini:

Amaran Peperiksaan/ Pentaksiran Kepada Calon

Calon yang menduduki peperiksaan di dewan/bilik peperiksaan dilarang:

  1. Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
  2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/ bilik peperiksaan.
  3. Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
  4. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
  5. Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
  6. Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
  7. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
  8. Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
  9. Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Tarikh Sijil Pelajaran Malaysia 2023 ini dapat memudahkan urusan anda. Selamat berjaya kepada semua calon.

Tinggalkan Balasan