SPM

Takwim Peperiksaan Luar Negeri dan Profesional 2019

Jadual Tarikh Exam Luar Negeri Dan Badan Profesional

Jadual Tarikh Peperiksaan Luar Negeri dan Profesional Tahun 2019. Panduan buat para pelajar. Adakah anda dalam kalangan calon yang akan menjalani peperiksaan luar negeri dan profesional pada tahun 2019? Jika ya, sudahkah anda mengetahui bilakah tarikh peperiksaan-peperiksaan tersebut dijalankan? Buat makluman semua, Jadual Peperiksaan iaitu Takwim Peperiksaan Luar Negeri dan Profesional telahpun dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Terdapat banyak peperiksaan yang terbabit sebagai contoh, ABRSM, ACCA, AIA, DELF dan IGSCE.

Melalui Takwim peperiksaan ini, calon boleh mengetahui jenis peperiksaan beserta tarikh peperiksaan tersebut dijalankan. Jenis-jenis ujian pula termasuk ujian amali, teori, bertulis dan lisan.

Takwim Peperiksaan Luar Negeri dan Profesional

Berikut adalah ringkasan program beserta jadual tarikh peperiksaan untuk program tersebut bagi tahun 2019 :-

Takwim Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional 2019

Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional bagi tahun 2019 untuk rujukan semua:

The Associated Board of the Royal Schools of Music (ABRSM)

ABRSM merupakan suatu badan pendidikan muzik terbesar di United Kingdom yang menerbitkan muzik dan menyediakan ujian muzik terkemuka di dunia. Ia menawarkan penilaian buat calon-calon dari lebih 90 buah negara saban tahun. Jadual peperiksaan ABRSM adalah seperti berikut:
No.Tarikh
1.Teori A: 16 Mac 2019
2.Amali 1: 20 Mac – 26 April 2019
3.Teori B: 3 Ogos 2019
4.Amali 2: 12 Jun – 30 Ogos 2019

The Associated Chartered Certified Accountants (ACCA)

ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) merupakan salah sebuah badan perakaunan profesional. Peperiksaan profesional ACCA merangkumi 14 kertas. Untuk layak menerima sijil, calon perlu lulus kesemuanya. Sekiranya anda memperoleh sijil ACCA, ia akan meliputi kelayakan dalam semua bidang perniagaan. Jadual peperiksaan ACCA adalah seperti berikut:
No.Tarikh
1.4 Mac – 8 Mac 2019
2.3 Jun – 7 Jun 2019
3.2 September – 6 September 2019
4.2 Disember – 6 Disember 2019

University of London (UoL)

Jadual peperiksaan UoL adalah seperti berikut:
No.Tarikh
1.2 Mei – 11 Jun 2019
2.18 September – 31 Oktober 2019
3.2 Disember – 6 Disember 2019

The Association of International Accountants (AIA)

Peperiksaan AIA adalah sejenis peperiksaan profesional dalam bidang perakaunan. Ia diurus oleh AIA (The Association of International Accountants). Peperiksaan AIA merangkumi tiga peringkat iaitu Foundation, Profesional 1 dan Profesional 2. Calon hendaklah lulus kesemua tahap peperiksaan dalam tempoh masa 10 tahun dari tarikh mendaftar sebagai pelajar AIA. Jadual peperiksaan UoL adalah seperti berikut:
No.Tarikh
1.13 Mei – 16 Mei 2019
2.25 November – 28 November 2019

Diplôme d’Êtudes en Langue Française (DELF)

Jadual peperiksaan Diplôme d’Êtudes en Langue Française (DELF) adalah seperti berikut:
No.Tarikh
1.Peperiksaan Bertulis: 4 September 2019
2.Peperiksaan Lisan: 5 – 30 September 2019

International General Certificates of Secondary Education (IGCSE) Literature (English) 0486

Jadual peperiksaan International General Certificates of Secondary Education (IGCSE) Literature (English) 0486 adalah seperti berikut:
No.Tarikh
1.15 Mei 2019
2.23 Mei 2019
Untuk memuat turun takwim dalam versi PDF, klik: Takwim Peperiksaan Luar Negeri & Profesional 2019
* Tarikh-tarikh yang disenaraikan adalah bergantung pada pindaan oleh badan Peperiksaan yang berkenaan.

Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan Takwim Peperiksaan Luar Negeri dan Profesional 2019 dapat membantu memudahkan urusan anda. Selamat berjaya dalam peperiksaan anda!

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close